Kehidupan seorang pelajar SPM

mood : malas stadi lah !! Ngee~ 

Tengok title pun dah tau kan? Aku ni budak sekolah lagi. Nak ambik SPM tahun ni(2010). Dan aku baru je campak buku teks Fizik yang aku tengah usha tadi. Haha.

Kehidupan seorang pelajar SPM
*cantik tak meja study aku? =P

Cepatnye masa berlalu. Sedar tak sedar lagi sebulan je aku nak SPM. Aku rasa aku belum bersedia. Tapi takde pulak aku nak study, nak buat persiapan. Ntah lah tapi aku rasa tak tau macam mane nak buat persiapan SPM. Umi pulak membebel bile dengar bunyi laptop,

"Hah sape pulak yang mengadap laptop tu? Tak sedar lagi nak periksa. Internet je yang dia bukak,"

"Alah, orang nak release tension lah umi,"-alasan semata-mata ^^

Kehidupan sebagai pelajar SPM aku takrifkan sebagai 'Perang Dunia Ke-3'. Yelah orang pun cakap yang SPM ni penentu masa depan,

"Hang nak ke mana kalau SPM cukup makan je. Kata nak pergi oversea tapi subjek sains hang ni asyik dapat C aje,"-umi membebel bila result trial keluar.

Memang tak boleh nak pi mana-mana ke kalau SPM cukup makan? Result aku yang teruk nye just subjek sains lah(Fizik, Kimia, Biologi). Subjek killer lah bagi aku. Kalau lah aku boleh pusing balik masa aku mula-mula masuk tingkatan 4 dulu, sure aku masuk kelas hujung. Takde nak pening kepala mengadap subjek killer yang buat result aku cacat.

Soalan yang sering bermain dalam otak aku, 'Macam mana nak study ni?'

Dah nak SPM baru aku terpikir macam mana nak study. Umi selalu suruh aku baca buku. Cikgu-cikgu pon cakap perkara yang sama. Insan-insan tersayang ni cakap,

"Baca buku banyak-banyak, jangan nak buang masa,"

"Buat ulangkaji, tengok balik tajuk-tajuk tingkatan 4,"

Tapi aku bukan jenis yang boleh mengadap buku 24 jam. Baca banyak-banyak pon, otak aku pikir benda lain gak. Tak pon, lama-lama mesti aku tertido atas meja.

Tapi member-member aku ade yang macam tu. Ulat buku la katakan. Tak jemu diorang mengadap buku. Tak tau lah ape petua nye. Itu jenis-jenis harapan 10A la tu. Haha. Ade gak yang prefer study group,

"Join la study group kitorang, Lia. Kau jugak yang cakap tak tau macam mana nak study kan? "

Masalahnye, diorang ajak aku join ni bile tinggal lagi sebulan nak SPM. Kang tak pasal-pasal bukan kitorang yang baca buku tapi buku yang dengar kitorang berborak. Tapi pape hal pun, aku setuju je join member-member study group daripada aku dok rumah, melongo tak tau nak buat ape. Lagipun study kat rumah member aku, dapat la makan free kan? Hehe ^^

Lagi satu pasal hidup aku sebagai pelajar SPM yang buat umi selalu bising. Aku suka sangat merayap. Almaklumlah, nak panaskan enjin motor(motor baru la bro =P). Last2 tahun ni umi ketatkan jadual seharian aku dengan tusyen. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku ade tusyen. Naik sengal otot-otot otak aku coz kena pikir lebih. Pagi, sekolah. Petang, malam pulak tusyen.

Aku kekadang nak protes gak. Mana taknye, masa untuk aku berfoya-foya diragut serta-merta(ayat macam ape je =P). So, aktiviti seharian yang aku selalu buat sebelum ni, jadi terhad la kan? Takpe lah aku redha je. Lagipun cikgu tusyen aku, especially cikgu Fizik(En.Ishak) best jugak. Suke buat lawak. Cara nak ingat yang dia ajar pun seronok(walaupun aku tetap tak ingat-ingat). Alah, nanti habis sekolah tau lah ape aku nak buat(berangan seketika).

Seronok pulak nak SPM ni, adik-adik aku jadi terhad masa nak kacau aku. Kalau dulu sepanjang masa kerja diorang nak menyepahkan bilik aku, tapi sekarang mesti diorang kena dengan umi,

"Along tu nak belajar, jangan kacau. Hampa pun pergi lah baca buku jugak,"-padahal dalam bilik, bukan aku study pun. Haha.

Abah aku cerewet sikit bab kekemasan ni. So, selalunye aku lah jadi mangsa kena kemas rumah(sapu sampah, jemur kain..bla..bla..). Tapi yang bestnye sekarang ni umi yang buat.

Alasannye nak suruh aku tumpu untuk study. Isk3 bile pikir balik, teruk jugak aku ni. Bukan aku study pun bile umi suruh. Padahal, umi dah banyak bagi ruang kat aku.

p/s : Pape hal pun, aku kena sedar la yang aku nak SPM kan? Actually, aku baru je nak sedar =))

No comments:

Post a Comment

@aliaamie