December 13, 2010

Jagalah Kesihatan Anda

mood : semakin bulat ! =.='

Hari ni bangun awal. Bangun awal pasal umi aku megajar hari ni. Personal class kat rumah student dia datang rumah(umi aku cikgu Kimia). Argh terasa sakit kepala pulak pasal da lama bangun lewat. Menyusahkan aku je nak kena bangun awal. Pergi lah tusyen kat pusat tusyen. Sibuk nak personal tusyen pulak. Erm tapi takpe lah pasal budak tu hensem ala-ala Daniel Radcliffe. Haha.

Disebabkan bangun awal hari ni, kerja-kerja mengemas rumah seperti basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sidai kain baju aku siapkan dengan sangat awal. Pukul 9 dah siap. Rekod baru tu. Selalu bangun pukul 10, pukul 11 baru siap. Eh, tak percaya pulak aku buat semua kerja-kerja rumah. Aku sorang je anak dara umi aku lah. Kena lah tolong ringankan bebannya. Betul tak? Lepas siap semua kerja, aku pun melantak lah nasi lemak (rutin breakfast). 

Time tengah makan tu, tiba2 aku teringat member aku tanya kat aku semalam,

"Weh, kau berapa lama tak berak?"-soalan tanpa lapik.

"Eh, kenapa tanya?"

"Aku tengok kau macam makin besar je. Haha,"

Aduh, aku terus berhenti suap nasi lemak. Menjerit-jerit nasi tu, mintak dimakan. Tapi aku tak pedulikan jeritan mereka. Hehe. Aku terus pergi ke penimbang berat. Oh mak kau ! Naik 2 kg ! Ish aku memang tak control diet ke time cuti ni eh?

*spiderman telebih makan 

Apa lagi, aku jadi kelam kabut lah. Tiba-tiba terpikir nak cari formula diet yang mencepatkan penurunan berat. Cari punya cari, tetiba ternampak pulak artikel ni,

"Sebuah hasil studi yang dilakukan oleh tim dari Universitas Chicago menunjukkan, kurang tidur bisa mengurangi efek diet. Ketika orang yang sedang proses berdiet memiliki tidur yang berkualitas, berat badan yang berkurang lebih banyak dibanding pelaku diet yang tidurnya kurang.
Para ahli dari Columbia University, New York, yang mengamati kebiasaan tidur, menyebutkan, 18 ribu orang menemukan bahwa orang yang tidur kurang dari empat jam setiap malam memiliki resiko 73 persen mengalami kegemukan di kemudian hari dibanding orang yang tidur tujuh-hingga delapan jam setiap malam

Orang yang memiliki rata-rata tidur 6 jam, setiap malam mempunyai resiko kegemukan 23 persen. Di lain pihak, orang yang terlalu banyak tidur, sekitar 10 jam setiap malam, memiliki resiko 11 persen menderita kegemukan."

Agaknya aku ni kurang tidur kot. Kena tidur lama-lama sikit lepas ni. Haha.

Bila dah terlanjur baca artikel-artikel tentang 'gemuk', aku bukak lah pulak wikipedia. Tengok pasal obesiti. Rupa macam tak pernah dengar obesiti tu ape padahal belajar dalam Biologi dulu.

"Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat pengidapnya juga semakin pendek."

"Siapakah yang tergolong dalam obesiti?
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal; 
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya; 
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35; 
Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan 
Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan." 

Secara konklusinya, janganlah kita makan banyak sampai dapat penyakit obesiti. Merbahaya tau obesiti ni. Aku cadangkan korang yang nak kurangkan berat, masuk biggest loser. Aku pun nak join jugak tahun depan. Haha. Eh, program tu berkesan lah kalau nak kurangkan berat. 

p/s : nak ajak umi pergi gim lah lepas ni ^^

9 comments:

  1. alamakkkkkkk

    nak kene diet jugak ah ni. hihi
    flw blog kamu :)

    ReplyDelete
  2. waaah,kita serupa lah.Haha.cuti ni,bdan pon mkin besar.waa,nak diet.cmna nk kurus T.T

    ReplyDelete
  3. myaby , qieranna : yup3 jum diett .huhu ^^

    azyan : siyes? haha ..sy tkejut tgk berat sy dh naik ! =.='

    ReplyDelete
  4. wah, sy terlebih tdo ni..
    so kne diet gak ni..
    thx 4 ur info

    ReplyDelete
  5. hans : pergi ngan member or family ? ^^

    halia kentang : haha. my plesure ^^

    ReplyDelete
  6. pemilihan kata-kata dan ayat-ayat yang tepat. Congrats

    ReplyDelete

Follow