Perihal Makcik-Makcik

mood : Bangun awal lagi hari ni =.='

Ceh ! Hari ni pun kena bangun awal. Ade student umi datang personal tusyen. Baru cadang nak membuta sampai tengah hari. Haha. Takpe lah anak dara kan tak elok bangun lewat (ayat penyedap hati). Lagipun hari ni aku puasa. Kena banyak bersabar ^^

"Hee puasa ganti tak habis lagi?"

Hei, siapa kata aku puasa ganti? Bila perempuan puasa je, kena cop puasa ganti. Muka putih suci macam aku ni dah lama habis puasa ganti lah. Ni antara cara-cara aku nak turun berat lah. Untuk pengatahuan lanjut, usha lah entry yang aku buat pasal | Jagalah kesihatan Anda |

Bila dah bangun awal ni, macam semalam lah, kerja-kerja rumah dah siap awal. Dan mula lah aku mengalami kebosanan melampau. Tu pasal lah mula buat entry baru. Okay, di pagi yang mulia ni, aku nak story pasal perangai makcik-makcik. 

Seperti yang sudah sedia maklum, kite semua ni mestilah makin lama makin besar kan. Seingat aku lah, kalau jumpa makcik-makcik aku, sure diorang cakap,

"Eh, Alia ke ni? Amboi dah besar dah. Dah boleh kahwin dah pun,"-cakap dengan senyuman meleret ke telinga.

"Tak lama lagi dapat menantu lah kau, Mi (nama manja abah aku). Alia ni mesti dah ada boyfriend punya,"-lepas cakap, mengekek sesama mereka.

Seingat aku, time aku darjah 6 dulu pun diorang cakap macam ni jugak. Buang tebiat ke aku nak kahwin dah umur masih setahun jagung? Haha.

Okay itu bila hari pertama lah jumpa dengan makcik-makcik. Paling aku tension kalau ramai sedara-mara datang rumah aku, sure lah aku yang kena mengemas. Aku je anak dara dalam family aku. Hah, time aku basuh pinggan ke, sapu sampah ke,

"Amboi rajin anak dara Mi ni. Maklong boleh goyang kaki je lepas makan kan,"-tersengih-sengih.

Okay lah. Itu cerita makcik-makcik aku. Ni cerita sorang makcik kat kedai jual sayur. Aku ni bab memasak, mengenal jenis-jenis sayur memang aku lemah. Satu hari tu, umi mintak tolong beli bayam dengan kobis. Okay, aku takde lah zero pasal sayur-sayur ni. Kobis tu aku tau lah. Tapi bayam aku tak tau pasal aku tengok sayur-sayur seangkatan dengannya tu semua sama je?

Walaubagaimanapun, aku kuatkan semangat nak tolong pergi beli. Tolong mak dapat pahala tau. Syurga kan bawah tapak kaki mak. Oleh itu, dengan berbekalkan hati yang berkobar-kobar, aku merempit pergi kedai jual sayur tu. Tak jauh pun, 5 minit dah sampai.

"Makcik, sayur bayam ade tak?"

Aku tanya kat makcik kat kaunter pasal umi cakap, kalau tak tau sayur bayam macam mana, tanya kat kaunter nanti dia tolong. Time tu, orang tua ni tengah sibuk sebab ramai betul nak beli sayur.

"Sayur2 semua ada kat depan dik,"-ceh ! perasan muda.

"Maaflah makcik, saya tak kenal sayur bayam,"-cakap dengan lemah-lembut ^^

Senyap.

Makcik tu tak peduli dah kat aku. At least mintak lah anak die yang dok tepi dia tu tolong ambik sayur aku kan? Erk. Aku melongo macam budak kecik nak mintak susu kat mak dia. Aku dah mula angin satu badan. Aku ni dah lah panas baran sikit.

"Takpe lah makcik, saya cari kat tempat lain,"-dengan lemah-lembut jugak (control suara daripada meninggi).

Semua orang tengok je. Bukan nak tolong aku. Lastly aku pergi kedai yang pakcik yang jual. Pakcik tu sangat baik hati sampai semua sayur yang ada kat kedai dia, dia bagi tau aku satu persatu =.='

Bila sampai kat rumah,

"Umi, bagitau along jenis-jenis sayur boleh tak?"

"??????,"

p/s : Nasib baik aku kenal lagi macam mana ikan, ayam dan daging.

5 comments:

  1. seb baik bayam.. klu ikan ke.. hmm.. lagi tak kenal.. hehe

    ReplyDelete
  2. ehehe..bayam qiqi kenal..sbb feberet tu..tang ikan.kena bkk kamus sikit..hahaha.....ikn slalu mak beli tu tau la...tp kalo da rupe pelik2...mmg kena bce signboard le.hehehe

    ReplyDelete
  3. huhuhu~~~ ni klau nak belajar ttg sayur sng jer..gi kt tesco ke giant tgk cam jns2 sayur 2~~

    ReplyDelete

@aliaamie