December 16, 2010

Saya Suka ...

mood : tengah kenyang ^^

Pagi tadi adik aku pergi main futsal. Adik yang sorang lagi start melukis. Tetiba je dia ni minat melukis pulak (baru lepas tusyen melukis). Nak tengok tak gambar dia lukis?

TADAA !

Saya Suka ...
*guna crayon

Cantik tak? Wah-wah first time aku memuji adik aku ni. Haha.

Actually, hari ni aku nak borak pasal hobi. Adik aku yang pertama suka main futsal, main bola. Yang lagi sorang suka melukis (adik aku dua-dua lelaki). Aku? Aku suka melancong aka jalan-jalan. Tu pasal aku suka blogwalking. Menambah kenalan blogger ^^ . Aku jugak suka makan. Kalau dah tiba masa nak breakfast, lunch dan dinner, memang terasa kuat betul nafsu makan aku. Haha. (tu pasal makin naik berat tu =.=')

Ada banyak aktiviti yang boleh dijadikan sebagai hobi. Kalau tanya kat bebudak lelaki, ramai yang cakap,

"Hobi aku main bola. Tetiap petang main bola,"

"Kenapa suka main bola?,"

"Suka hati aku lah suka main bola," =.='

Kalau perempuan? Erm yang aku tau, golongan mak-mak mesti suka memasak kan? Hehe. Ni yang aku pun suka ni pasal aku suka makan ^^. Lagi satu, perempuan ni, tak sah kalau tak bergosip aka mengumpat. Tu kira hobi lah jugak tu.

"Eee dia ni suka kat dia ni? Baik ambik aku, aku lagi lawa,"

"Tu pakai ubat guna-guna lah tu sampai semua jantan nak kat dia,"

Ish-ish kuat nya mengumpat. Cakap ikut sedap mulut je kan?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" 
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)

So, beringat lah ye golongan yang suka mengumpat (terkena bulu hidung aku =.=').

Lagi? Selain tu, tak kurang jugak yang suka memancing. Ni lelaki or perempuan, dua-dua pun ada yang suka memancing. Am I right?

Memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi (paksu aku cakap). Kena sabar tunggu ikan makan umpan. sabar kalau seharian memancing tapi langsung tak dapat ikan. Tak tau lah sejauh mana kebenarannya pasal aku tak pernah memancing.

Lagi? Window shopping. Ni golongan perempuan memang suka. Tambah-tambah lagi yang poket kering. Termasuklah aku ^^

"Window shopping tu ape?"

Meh aku bagitau ye adik-adik. Window shopping tu korang pergi shopping kompleks tapi tak beli apa-apa. Just jalan-jalan dan tengok-tengok je. Ade jugak yang suka bergambar pegang barang-barang yang teringin nak beli tu. Memang kena tahan nafsu lah kalau window shopping ye, puan-puan.

Lagi? Fikir sendiri lah pulak ^^

p/s : Mencuri, merompak, meragut tu hobi atau kerja atau ape eh? =.='

12 comments:

  1. weh m.cik.. ajo ak blog.. hahhaa..

    ReplyDelete
  2. saya suka juga. main bola. waaa

    ReplyDelete
  3. hehee saya suka tengok bola.. tengok je bola tu ^^

    ReplyDelete
  4. lukisan tu cantik!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. hehe saya ta tipu tu mmg adk saya yg lukis ^^

    ReplyDelete
  6. Hebat nih..
    cew hobby bola...
    apa ga' capek Alia ???
    tapi aku salut ma kamu karena jrang cew yg mau olahraga, kebanyakan hnya suka mejeng wajah ma jalan2 ke mall... tao ke salon habisin uang ibu/bapak...
    hehehe..

    salam sahabat Ujung Gading, Padang, Indonesia..

    ReplyDelete
  7. hehe saya suka tengok orang main bola saja ^^

    manjung, perak, Malaysia

    ReplyDelete
  8. Alon', nak gi mancing.....mai kat langkawi

    ReplyDelete
  9. AnonymousJune 29, 2011

    yep ak gan kenkawan aku nak mai sana,, haha mst bes thp dewa kan

    ReplyDelete
  10. AnonymousJune 29, 2011

    yep ak gan kenkawan aku nak mai sana,, haha mst bes thp dewa kan

    ReplyDelete
  11. Hehe i like this one

    ReplyDelete

Follow