November 5, 2011

November 05, 2011

ANARCHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng !

First of all, ayat yang selalu blogger letak kalau lama tak update; blog kesayangan aku ni dah bersawang dah berhabuk. So sorry readers sebab buat korang tertunggu tunggu aku update (ayat orang perasan). 

Bayak perkara berlaku kat aku lately yang tak sempat aku nak bagitau korang. Aku agak busy sejak bergelar siswi UiTM Seri Iskandar (*bangga gile =.='). Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat kat UiTM Seri Iskandar dalam bidang senibina. Yup, I'm going to be an architect, if Allah wills. Anyway, entry kali ni khas aku nak berkongsi dengan korang tentang kehidupan aku kat sini (dah masuk dua bulan). Let's cekedout !

Sebelum mendaftar, perasaan tak sabar nak masuk U memang dah sejati dalam diri. Mana tak nya, hampir 10 bulan duduk rumah doing nothing! Memang sessi menambah lemak jela duduk rumah. Tapi yang tak best nya, daftar masuk UiTM pada 6 Sept 2011 iaitu pada hari ke-8 raya. Rasa tak puas je beraya. Selalunya beraya paling kurang pun 2 minggu tetiba kena had pulak raya tahun ni. Walau apepun, aku dah selamat serah diri dah kat UiTM. Hari first memang kekok gile dengan roomate. Buat pengetahuan, roomate aku adalah Am dah Alia. Am dari Parit Buntar manakala Alia dari Kelantan. Bila mula mula dapat tau roomate sama nama dengan aku, terasa leceh betul or memang dah nasib. Sejak sekolah rendah lagi aku akan rapat dengan member yang sama nama dengan aku. Jodoh kot?

ANARCHIve
*Am dan Alia

Kalau masa sekolah dulu ade minggu orentasi, kat UiTM minggu orentasi dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS). Patotnya siswa jela yang kena orentasi kan? Susah susah je siswi join sekali, bukan ada nama 'siswi'. Haha. Korang faham ke tak ape yang aku cakap ni? =.='

Minggu MDS takde lah seteruk orentasi, ade riadah, sukaneka segala. MDS just nak bagi pengenalan tentang ape yang ade kat UiTM. 

MDS berlangsung selama 4 hari. Habis je MDS, kami terus dibahagikan mengikut fakulti memasing. Start dari sini lah aku kenal dengan bebudak satu kelas. Kami satu batch semua satu kelas. Ade 60 orang semuanya. Member member kelas aku ni memang sempoi sempoi semuanya. Semuanya ade kelebihan dan kreativiti memasing.

ANARCHIve
*girls (30 people)

*boys(30 people)

Cerita soal kelas, memang enjoy. Walaupun assignment belambak tapi aku enjoy sebab buat benda yang aku minat. Just sedih takde belajar math. Aku ni gile math sikit. Kelas design lah yang paling best. Banyak projek melibatkan trip ke luar. Contohnya, kami bebudak Part1 archi dah pun pergi survey bangunan Menara Condong kat Teluk Intan. Kena lukis bangunan tu. Memang satu perkara yang tak pernah aku buat sebelum ni. Lagi satu trip ke Lumut dan Teluk Batik untuk survey man-made objects dan nature. Kena buat model berdasarkan ape yang kami nampak kat sana.

Serba sedikit gambar trip :

ANARCHIve

ANARCHIve

ANARCHIve

ANARCHIve

Kami pelajar senibina atau lebih dikenali sebagai archi ade persatuan sendiri, Architecture Student Association (Archisa). Setiap sem kami ade event seperti Archisport, Archidinner, Architalk dan Archiday. Archiday adalah event terbesar. Archisport dan Architalk dah pun berlalu. 

Serba sedikit gambar Archisport :

ANARCHIve


ANARCHIve

ANARCHIve

ANARCHIve

Event event Archisa ni Part03 yang handle but kami Part01 ditugaskan untuk jadi 'kuli'. Means kami membantu bebudak Part03 handle semu event. Penat memang penat but daripada jadi 'kuli' ni lah kami belajar macam mana nak handle semua evet supaya masa kami Part03 nanti kami boleh buat macam diorang ataupun lebih baik lagi. 

Harapan aku buat masa ni nak tetap belajar archi. Nak tabah dan sabarkan diri menempuh cabaran kat sini. So korang lah orang kuat aku untuk doakan aku berjaya. Haha. Takde ape nak cakap dah kot. See you guys on next entry ^^

p/s : Rase awkward gile menaip bila lama tak update. So sorry ayat macam karangan budak darjah 1 =.='

p/s/s : Tajuk entry kali ni ialah nama batch kami, Part01 archi.

p/s/s/s : credit image to : Muhammad Faiz

August 21, 2011

August 21, 2011

Ramadhan Mengundang Memori

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng !

Kalau tengok kalendar, dah hampir sebulan aku tak meng'update' blog. Ni semua gara gara nak layan drama korea yang berlambak lambak kat youtube. Sorry dear blog, sorry dear readers.

Kalau tengok kalendar, hari ni dah masuk 21 hari kita yang bergelar umat Islam, umat Nabi Muhammad saw menjalani ibadah puasa. Terima kasih Tuhan sebab masih beri aku nafas untuk beribadah pada Ramadhan kali ni. Entry kali ni adalah mengenai insan yang istimewa di hati aku. Aku nak luah perasaan rindu aku yang makin mendalam dari sehari ke sehari. Maafkan aku kalau entry kali ni buat korang boring or whatever lah.

Azizah bt Taib dan Ariffin bin Matsaman ialah dua insan yang aku sayang selepas aku sayangkan Tuhan dan Rasulku. Mereka ialah arwah opah dan atok aku (sebelah abah). Aku merupakan cucu kesayangan arwah opah dan atok memandangkan aku ni cucu pertama mereka. Masa aku kecik kecik dulu pun aku tak tinggal dengan umi dan abah sebaliknya aku tinggal dengan arwah opah dan atok. Maybe sebab masa aku masuk tadika, tadika aku tu dekat dengan rumah arwah opah dan atok. Selalunya tetiap hujung minggu aku balik rumah abah. Rumah abah, umi takde lah jauh dengan rumah arwah opah, atok. Takde lah sejauh KL-Perak or Ipoh-Manjung. Sama sama tinggal kat Manjung.

Ariffin Bin Matsaman

Aku tak ingat arwah atok kerja ape dulu, tapi aku ingat yang setiap kali balik kerja mesti arwah atok bawak balik buah rambutan. Selalunya aku makan rambutan kat ruang tamu, sambil tengok tv. Kat rumah abah, jangan harap nak makan sambil mengadap tv. Kalau nak kena bebel 24jam, boleh lah try. Tinggal dengan arwah atok, tetiap hari aku dapat makan rambutan sampai kan rambutan jadi buah faveret aku sampai ke hari ni.

Aku ingat lagi, kekadang kalau cuti sekolah arwah atok dan opah bawak aku ke Ipoh. Kat Ipoh, arwah atok ade sebuah rumah. Bilik air kat rumah tu cuma ade telaga. Bila bangun pagi, arwah atok lah orang yang mandi kan aku.

Masa aku mula mula masuk tadika dulu, arwah atok jugak lah yang hantar@ambik aku dari tadika. Aku tak tau lah sama ada arwah atok tunggu aku habis tadika ke ape ke tapi yang pasti setiap kali habis tadika, arwah atok dah terpacak kat luar pagar, tunggu aku pakai kasut.

Arwah atok meninggal dunia masa umur aku 5 tahun (1998). Malam tu aku tidur kat rumah abah. Tengah tidur tetiba abah kejut aku dan angah bangun (Am tak lahir lagi). Tak pikir ape ape, aku ikut jelah abah dan umi. Jauh abah memandu tak henti henti tapi aku malas nak pikir time tu. Sepanjang perjalanan aku tidur je. Bila dah sampai kat sebuah rumah, abah dukung aku masuk rumah tersebut. Perkara pertama yang aku nampak kat dalam rumah tu, arwah atok tengah baring dikelilingi sanak saudara. Aku cuma pikir yang atok tengah tidur. Kenapa saudara mara aku duduk dekat dengan atok, aku tak tau.

Keesokan paginya baru aku sedar yang atok dah meninggal dunia. Aku tak meraung pun. Cuma air mata aku mengalir tengok abah, adik beradik abah semua cium arwah atok buat kali terakhir. Bila tiba masa nak kebumikan arwah atok baru aku mula nak teresak esak. Sesungguhnya aku berat hati tengok arwah atok dikebumikan. Berat hati nak lepaskan arwah atok pergi.

Arwah atok dikebumikan kat Klang. Tiap kali pergi ziarah kubur arwah atok, air mata aku pasti mengalir. Sampai sekarang aku mesti menangis bila ziarah kubur arwah atok. Sampai sekarang kenangan bersama arwah atok tak pernah luput dari ingatan aku.

Azizah Binti Taib

Kalau arwah atok selalu bawak balik rambutan, arwah opah pulak selalu masak sardin tiap kali makan tengah hari. Kekadang sampai bawak ke makan malam. Tapi kalau paksu aku balik, opah masak kari (paksu tak kahwin lagi masa tu). Terpaksa lah aku kempunan sardin buat beberapa hari. Sama seperti rambutan, sardin jugak dah jadi makanan kegemaran aku sampai sekarang. Kawan kawan ade yang cakap aku takde 'class' lah ape lah tapi bagi aku sardin makanan paling sedap kat dunia ni.

Kalau korang kecik kecik dulu selalu duduk bawak ketiak mak korang, aku pulak duduk bawah ketiak arwah opah. Ni terjadi bila nak tidur malam lah. Aku mesti tidur dengan arwah opah.

Walaupun arwah atok dah takde masa tu, aku tetap tinggal dengan opah. Nak teman opah. Kekadang kalau family nak balik ke Terengganu (kampung sebelah umi), aku tak sampai hati nak tinggalkan opah sorang sorang. Opah pulak selalu acah acah cakap yang opah nak ikut arwah atok. Lagi lah berat hati rasa nak tinggalkan opah.

Arwah opah meninggal dunia masa umur aku 7 tahun (2000). Arwah opah meninggal dunia kat Mekah masa menunaikan haji. Time tu, paksu yang teman arwah opah menunaikan haji. Aku ingat lagi sebelum arwah opah nak ke KLIA. Arwah opah peluk aku erat, lama. Masa tu aku rasa macam nak ikut je arwah opah ke Mekah. Berat hati aku nak berjauhan dengan arwah opah.

Hari arwah opah sepatutnya sampai ke Malaysia, aku dan family bergerak ke Ipoh, rumah ayah sedara aku. Abah sendiri tak tau lagi yang opah dah meninggal masa tu. Kami ke Ipoh dengan perasaan tak sabar sabar nak jumpa opah. Lama aku main main dengan sepupu sepupu aku tapi bayang opah langsung tak nampak. Aku jadi tak sabar. Tiba tiba aku dapat dengar ayah sedara aku bagitau sesuatu kat abah, "Saya nak bagitau ni. Sebenarnya mak dah takde. Mak meninggal kat Mekah. Kebumi kat sana" -lebih kurang macam ni lah.

Masa tu, hanya Tuhan saja yang tau perasaan aku. Aku tak boleh nak terima pemergian arwah opah setelah arwah atok tinggalkan aku dulu. Aku dan family balik malam tu jugak. Aku tak ingat lah sama ada malam hari yang sama or hari lain tapi aku ingat perjalanan pulang ke rumah adalah pada waktu malam. Dalam kereta aku dengar abah macam menangis, cakap kat angah, "Opah dah takde. Atok dah takde sekarang opah dah takde"

Lepas dengar abah cakap macam tu, air mata aku tak henti henti mengalir sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Paling aku terkilan sebab kubur arwah opah kat Mekah, tak boleh nak pi ziarah tetiap tahun macam ziarah kubur arwah atok. Hanya doa yang dapat aku kirimkan.

Suatu hari, abah dengan adik beradik berkumpul kat rumah arwah opah. Paksu bawak balik barang barang yang arwah opah belikan untuk aku, angah dan sepupu sepupu aku. Arwah opah belikan baju polis Arab untuk cucu cucu lelaki manakala gaun Arab untuk cucu cucu perempuan. Aku ingat lagi yang gaun aku paling cantik, lain daripada sepupu sepupu perempuan aku.

Ramadhan kali ni Ramadhan ke-11 tanpa kehadiran arwah opah dan atok. Setiap kali Ramadhan menjelma, kenangan bersama arwah opah dan atok akan bermain di fikiran. Aku terkilan arwah opah dan atok tak sempat tengok aku boleh puasa penuh. Terkilan arwah opah dan atok tak sempat tengok aku masuk sekolah menengah. Tak sempat tengok aku dapat result PMR dan SPM. Aku ingat lagi aku pernah cakap kat arwah opah dan atok yang bila aku dah pandai bawak kereta, aku nak beli kereta kancil warna merah, nak bawak opah dan atok jalan jalan. Aku terkilan tak sempat aku nak tunaikan hajat aku tu.

Tapi siapa aku nak melawan takdir. Masa mula mula arwah opah dan atok dah takde dulu memang aku selalu persoalkan kenapa DIA ambil opah dan atok terlalu awal. Tapi sekarang aku dah redha cuma aku masih meratapi pemergian arwah opah dan atok terutamanya tiap kali selesai solat sebab aku akan doakan arwah opah dan atok. Aku tau tak elok menangisi pemergian orang yang dah tiada tapi aku tak kuat nak melawan perasaan tu.

'Opah, atok.. Lia rindu sangat sangat kat opah ngan atok!'

p/s : Sorry ayat tunggang langgang, emosi punya pasal.

July 22, 2011

July 22, 2011

Sahabat Atau Kawan ?

Assalamualaikum.

Tadi baru je habis tengok cerita Playful Kiss. Bagi aku cerita ni tak sehebat cerita Boys Over Flower (BOF). Jalan ceritanya tak berapa menarik perhatian aku. Tapi aku tetap layan sampai habis sebab Kim Hyun Joong berlakon (aku minat Hyun Joong ^^). Lepas ni nak layan Secret Garden pulak. Aku nak sangat cari drama He's Beautiful tapi tak jumpa jumpa (frust kot =.='). So korang korang yang tau mana nak cari He's Beautiful sila inform kat aku ye. Kerjasama korang amat dihargai. Hehe.

Malam ni tetiba datang mood rindu kat member member aku. Atau pun kata yang sinonim dengannya kawan, rakan, sahabat, teman dan lain lain yang berkaitan. Teringat waktu aku bersekolah rendah aku ade tiga orang member yang agak rapat ketika itu. Ke mana mana sentiasa bersama even nak ke toilet sekalipun. Kalau pi mana mana tak ajak lagi sorang, for sure merajuk setahun.

Then, naik sekolah menengah ade lebih kurang enam, tujuh orang yang rapat dengan aku. Member waktu sekolah rendah dulu dah lost contact. Sekarang pulak bila dah habis sekolah menengah, member yang rapat waktu sekolah menengah dah tak berapa nak rapat lagi. Memasing dah bawak diri ke IPTA dan IPTS. Sekadar chat kat fesbuk or kekadang main miskol miskol menunjukkan yang kitorang masih 'keep in touch'.

Itulah putaran hidup dalam pergaulan. Mereka yang bergelar kawan, rakan dan sebagainya tu datang berganti ganti.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku nak mengupas perbezaan antara kawan dan sahabat mengikut pandangan aku sendiri.

Kalau tengok kat kamus dewan, istilah sahabat dan kawan membawa erti yang hampir sama tapi bagi aku erti kedua dua istilah ni jauh berbeza. Bukan bermaksud aku tak setuju dengan pakar pakar bahasa yang menghasilkan kamus dewan tapi hati aku yang meletakkan perbezaan antara keduanya (awal awal lagi aku dah bagitau yang entry ni adalah pendapat aku semata mata, okay).

Situasi 1

Aku sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah. Di pertengahan jalan, tetiba kereta aku buat hal. Aku cepat cepat memandu ke bengkel kereta yang berdekatan. Tauke bengkel tersebut menyuruh aku tinggalkan kereta aku di bengkel buat sementara waktu. Aku pun menelefon cikA untuk meminta bantuan beliau ambik aku di bengkel.

"Eh, sorry lah tapi aku nak pergi camping dengan pakwe aku lagi setengah jam. Sorry sangat sangat ye,"

Gagal meminta bantuan cikA, aku menelefon cikB.

"Aku ade meeting kat office nanti. Tapi takpe aku ambik kau dulu. Meeting tu nanti aku mintak diorang delay,"

Situasi 2

Pada suatu hari, aku keluar shopping dengan cikA dan cikB. Banyak barang yang aku kutip nak beli. Sampai di kaunter pembayaran baru aku tersedar yang aku tertinggal dompet di rumah. Aku mula gelabah dan mintak tolong cikA dan cikB pinjamkan aku duit.

cikA : "Duit aku cukup cukup untuk bayar barang aku je lah. Sayang pulak aku nak guna kad kredit sebab aku baru topup semalam"

cikB : "Kau guna lah duit aku. Kalau tak cukup, nanti aku pi keluar duit kejap"

Dalam situasi situasi di atas, aku anggap cikA sebagai kawan tapi cikB sebagai sahabat. cikB sentiasa ada apabila aku perlukan bantuan tapi cikA akan beri pelbagai alasan. Selalu kita dengar pun pepatah 'kawan makan kawan' tapi tak pernah pulak dengar pepatah 'sahabat makan sahabat' kan?

Pada pandangan aku jugak, semua mereka yang bergelar sahabat adalah kawan tapi tak semua mereka yang bergelar kawan adalah sahabat. Tapi tak bermakna kawan tu tak penting, okay. Setakat aku hidup selama 18tahun ni, sahabat yang paling akrab dengan aku adalah diri aku sendiri (*ceh ! =.=').

Sahabat Atau Kawan ?
*mereka

p/s : Ape beza kawan dan sahabat bagi korang pulak?

July 12, 2011

July 12, 2011

Perbezaan Antara Aku Dan Dia

Assalamualaikum

TADAA !

Perbezaan Antara Aku Dan Dia

Banyak tak kuih raya? Ni pun separuh je. Ade banyak lagi. So korang korang yang gila kuih raya boleh lah menempah kuih raya kat A&R World Cookies. Sila lah singgah ke blog diorang untuk usha lebih banyak kuih raya. Terjah cepat cepat tau memandangkan raya dah nak dekat ni. Kalau lambat melepas pulak.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, korang mesti tertanya tanya siapa 'dia' yang aku maksudkan kan?

Actually kali ni aku nak kongsi perbezaan antara aku dan adik aku yang sekarang berumur 11 tahun. Lebih friendly dipanggil Am. Aku nak merungut tentang apa yang aku takde dulu tapi Am ade sekarang. Faham tak? So guys, let's check me out !

Perbezaan Antara Aku Dan Dia
aku, Am dan Rijal(angah)

1. DUIT BELANJA KE SEKOLAH

Aku dan adik adik semua sekolah kebangsaan pada sebelah pagi dan sekolah agama pada sebelah petang. Masa aku 9 tahun dulu, duit belanja sekolah kebangsaan abah bagi aku RM 1 manakala sekolah agama pulak 60sen je. Tak pernah lebih dan pernah kurang. Kekadang terpaksa buat muka comel seposen semata mata nak duit lebih sebab nak beli aiskrim.

Tapi, masa Am 9 tahun, duit belanja untuk sekolah kebangsaan abah bagi sebanyak RM 2 manakala sekolah agama pulak RM 1. Kalau kurang, Am akan mintak bagi cukup. So memang tak pernah kurang lah duit belanja dia. Sekarang ni pulak duit belanja Am ke sekolah kebangsaan dah naik jadi RM 3 sebab dia dapat no 3 periksa baru baru ni.

2. KOMPUTER

Masa aku 9 tahun, family aku takde beli komputer lagi. Kekadang je umi bawak balik laptop kerajaan kalau umi ade kerja. Time tu memang jakun lah bila tengok laptop. Nak sentuh pun pikir 2 3 kali apatah lagi nak cari game dalam tu. Nak ade akaun facebook, blog, myspace segala jauh sekali lah. Kalau umi rajin, umi tolong bukak game bagi aku main. Bila dapat main game dalam laptop tu rasa heaven gila. Yelah, sebelum ni main patung barbie je memanjang. Besok kat sekolah terus heboh heboh dapat main game pinball kat laptop. Ish ish sadis betul.

Tapi, berbeza dengan Am. Umur 9 tahun, nak bukak laptop bila bila pun ikut suka hati dia je. Main game online kalau boleh nak 24jam. Akaun facebook dan blog wajib ade. Kalau takde tu memang kena ejek ketinggalan zaman lah kat sekolah dia. Selalu jugak berebut nak bukak facebook dengan dia. Leceh betul.

3. PLAYSTATION (PS)

Masa aku umur 8 ke 9 tahun, PS 1 memang famous. Jenuh jugak nak pujuk abah belikan benda alah ni sebab kawan kawan asyik sembang pasal benda ni je kat sekolah. Bila dah dapat tu, komputer dah tak layan sangat sebab kat komputer takde game dragon ball tapi PS 1 ade. 

Tapi, Am yang berumur 9 tahun, PS 2 pun dah tak layan. Dah dikira ketinggalan zaman. Sekarang orang layan PSP je. Boleh bawak ke mana mana, tak perlu sambung kat tv. PS 2 ditinggalkan berhabuk.

4. HANDPHONE

Aku pernah cinta anak monyet masa umur 11 tahun. Time tu, tak pakai handphone. Kalau nak borak borak lepas rindu, pakai telefon rumah je. Sejak ade pakwe tu, setiap kali telefon rumah berdering, aku lah tukang jawab. Takut kalau pakwe telefon, abah yang angkat. Nak makan penampar, boleh lah. Bila umur 12 tahun baru aku dapat memiliki handphone. Pakai Nokia 3310 je. Itupun Pakngah aku yang bagi sebab beliau nak pergi Jerman. Dah dapat handphone tu, bestnya main game bantumi dan space impact. Sadis betul =.=' Masa aku tingkatan 4 baru aku dapat handphone gambar gambar jenama Sony Ericsson G900.

Tapi, Am yang berumur 9 tahun dah pun memiliki handphone sendiri. Tak main lah handphone Nokia 3310 sebaliknya Am ade handphone Sony Ericsson s312. Tak main lah game bantumi segala sebaliknya Am main game race kereta.

5. KEMAHIRAN

Masa umur aku 9 tahun aku dah pandai iron baju, lipat baju, sapu sampah dan macam macam kerja lagi. Kalau tak lipat baju sendiri, memang kena tadah telinga dengar umi membebel. Masa aku umur 10 tahun jugak aku dah pandai berbasikal sendiri pergi sekolah. Abah akan hantar aku pergi sekolah naik kereta hanya bila hari hujan lebat. Kalau hujan renyai renyai jangan mimpi lah nak merasa aircond kereta pagi pagi.

Tapi, Am yang sekarang ni dah berumur 11 tahun tak pernah sentuh pun seterika untuk iron sendiri bajunya sebaliknya aku lah yang jadi orang suruhan untuk iron kan baju Am. Pergi sekolah pulak abah yang hantar. Tak pun kekadang abah suruh adik aku yang lagi sorang hantarkan (Rijal sekarang belajar di tingkatan 5). Memang tak pernah lagi dia merasa penat kayuh basikal ke sekolah.

Ape yang aku cuba sampaikan kat sini ialah betapa manjanya Am dan semua kanak kanak yang sebayanya. Diorang ni, lahir lahir je dah tau macam mana bentuk handphone canggih canggih. Lahir lahir je dah tau tekan tekan keyboard komputer. Lahir lahir je dah tengok tv LCD. Untung betul diorang ni kan?

p/s : Tetiba rasa suci murni je jiwa aku yang berumur 9 tahun dulu. Haha ^^

July 5, 2011

July 05, 2011

Senyum Itu Satu Sedekah

Assalamualaikum.

*Entry ini takde kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Situasi 1

Pada satu malam yang indah lagi permai, aku membuat keputusan untuk mengisi borang kemasukan ke UiTM yang tarikh lapor dirinya makin menghampiri. Sedang aku belek belek borang tersebut, aku terjumpa helaian borang pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Dengan perasaan yang membara dan sedikit excited, aku mengambil keputusan untuk ke hospital X bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

The next morning...

"Abah hantar along pergi hospital ek. Nak buat medical check-up," -suara yang sengaja dilembutkan sambil sengihan panjang mencecah telinga menghiasi wajahku.

"Hmmm..." -takde senyuman di raut wajah abah =.='.

Maka berlalu lah aku dan abah ke hospital X. Abah tinggalkan aku mengurus diri sendiri untuk buat pemeriksaan kesihatan (nak cakap yang diri ni pandai berdikari lerr). Setelah ditinggalkan, aku menuju ke kaunter pertanyaan.

"Kak.. Errr nurse.. Errr cik, kat mana nak buat medical check-up ek?"

"Ikut kiri, bilik nombor 2," -cakap tanpa memandang wajah aku sedangkan mata aku dah naik juling renung akak nurse ni.

Setelah cubaan untuk bertentang mata dengan akak nurse itu tak berjaya, aku berlalu ke tempat yang diarahkan. Ketuk pintu bilik nombor 2 dan terus bukak pintu. Semua mata akak akak dan abang abang nurse pandang semacam kat aku (kata nak bertentang mata tadi). 

Apabila aku menyuarakan hasrat nak menjalani pemeriksaan kesihatan, salah seorang daripada abang nurse menghampiri aku dengan beberapa helai borang dan memberi aku beberapa arahan. Aku mengangguk angguk sambil tersenyum semanis mungkin. Namun, hampa sebab takde senyuman diwajah abang nurse sebaliknya wajahnya masam mencuka. Aku agak mesti beliau baru clash dengan awek sebelum masuk kerja pagi ni =.='

Aku menuju ke kaunter bayaran. Baru aku tau buat pemeriksaan kesihatan kena bayar. Ingatkan free je. Nyesal rasanya tak mintak duit kat abah tadi. 

"akak, saya nak bayar duit untuk medical check-up," -nada suara yang ayu lagi merdu sambil menghulurkan dua keping duit RM10.

Akak yang jaga kaunter bayaran lebih menyebalkan aku. Sepatah haram perkataan pun tak keluar dari mulutnya. Beliau just ambik duit yang aku hulurkan dan menyerahkan resit pembayaran. Okay, sangat menjengkelkan. Lepas buat pembayaran, aku terus menuju ke bahagian nak buat X-Ray dan urine test.

Akak nurse kat kaunter X-Ray sama je perangai macam akak nurse kat kaunter pertanyaan yang mula mula tadi. Beliau bercakap tanpa memandang wajah aku. Ape hodoh sangat ke aku ni? =.=' Pakcik nurse kat kaunter urine test pun miskin dengan senyuman. Walaubagaimanapun, nada suaranya yang agak kebapaan buat hati aku kembali sejuk. 

Lastly, jumpa pakcik doktor untuk buat ujian mata, telinga dan sebagainya. Lepas selesai buat ujian segala, pakcik doktor bukak sebuah buku yang mengandungi nombor telefon pesakit pesakitnya.

"Nombor telefon berapa dik?" -tak nampak pulak senyum ke tak sebab beliau pakai mask.

"017**7***7,"

"Banyaknya nombor 7. Hantu 7 ye?" -kedengaran gelak kecil disebalik mask yang dipakai beliau. Okay, beliau senyum.

Situasi 2

Di suatu petang yang berangin, aku kayuh basikal menuju ke sebuah kedai buku (nak beli buku la, ape lagi). Setelah puas mencari buku yang aku nak tapi tak jumpa, aku bertanya pada salah seorang pekerja di kedai buku tersebut. Pekerja tersebut merupakan seorang perempuan yang aku agak dalam golongan budak sekolah menengah.

"Dik, buku blablabla kat bahagian mana ye?" -soal aku dengan suara yang dilunakkan. Of course, senyuman lebar sampai ke telinga.

Namun, pertanyaan aku sekadar dibalas dengan jari telunjuknya. Jari telunjuknya menghala ke arah salah sebuah rak buku di situ. Takde senyuman. Aku yang baik hati dan berbudi pekerti tak pulak rasa nak balas dendam sebaliknya aku mengucapkan terima kasih padanya.

Nasib baik perempuan yang jaga kaunter bayaran kaya dengan senyuman. Sejuk sikit hati yang membara tadi.

"Terima kasih, sila datang lagi ye," -senyum sampai tak nampak mata langsung (she's chinese).

Situasi 3

Pada satu malam, aku dan beberapa orang kawan membuat keputusan untuk makan malam di luar. Kami menuju ke restoran Z memandangkan restoran tersebut satu satunya restoran yang belum menerima kunjungan daripada kami. Kami datang agak awal so masih belum ramai pelanggan yang datang. Kami memilih sebuah meja yang berdekatan dengan laut untuk menikmati keindahan laut ciptaanNYA. Tak sampai 2 minit, seorang waiter menghampiri meja kami. For sure nak ambik order lah kan. Waiter tu aku andaikan berumur dalam lingkungan 20-an. Maybe budak universiti yang tengah cuti sem.

"Nak makan ape?" -soal waiter tersebut tanpa memandang kami. Errr agak kurang ajar di situ kan? 

Mentang mentang kami budak budak lebih muda so sesuka hati je nak layan kami macam mana. Namun bagi melunaskan impian kami untuk makan di restoran tersebut, kami sekadar bersabar dan follow the flow.

So guys, kalau jadi kat korang situasi situasi di atas takde ke perasaan nak membaham orang? Sebab aku memang ade perasaan sebegitu cuma aku masih mampu bersabar. Seriously, susah ke nak senyum? Kena bayar ke kalau senyum? Boleh mati ke kalau senyum? Especially for those yang kerja waiter, kerja jaga kedai runcit segala. Kalau kita senyum, orang pun akan tertarik dan senang hati nak beli barang yang kita jual. Janganlah biarkan pelanggan kita rasa macam ni,

'Ish, minah ni tak tau etika dengan pelanggan ke? Masam mencuka je muka. Cuka kat rumah dah habis ke? Baik aku blah pi kedai lain je lah,'

Hah, kan dah hilang sorang pelanggan. Kita jugak yang rugi. Lagipun, senyum itu kan salah satu bentuk sedekah, dapat pahala. Itupun tak nak senyum lagi?

Tapi kalau senyum macam mat rempit sengih sengih tengok awek lalu, lupakan je lah. Tak pasal pasal makan penampar pulak kang.

p/s : senyum, tak perlu kata apa apa ^^

July 1, 2011

July 01, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

Hello dear readers !
Pembukaan bulan Julai 2011 aku nak kongsi pengalaman aku dan family ke Phnom Penh, Kemboja pada 26 Jun hingga 29 Jun yang lalu. Asyik cerita pasal melancong je kan aku ni. Dah jadi macam agensi pelancongan pulak. Errr..

Kenapa tajuk letak 'lawatan sambil belajar'? Well, actually my family and I just melancong je ke sana. Tapi sedikit sebanyak dapat pengetahuan tentang sejarah Kemboja. Which means we learned something there (padahal, sejarah negara sendiri pun kureng lagi =.='). Ok guys, let's check me out !

26 JUN 2011

Kami bertolak ke Terminal LCC kira kira pukul 10.30am (dari Tanjung Malim). Agak kelam kabut jugak sebab kami sampai Terminal LCC setengah jem je lagi untuk berlepas. Lambat sebab berhenti makan tengah hari. Padahal atas flight pun ade makan. Memang kuat makan betul kami sekeluarga ni. Hehe. Beza masa antara Malaysia dan Kemboja just 1 jam je. Kemboja lewat sejam dari Malaysia. Perjalanan flight ke Kemboja mengambil masa kira kira 2 jam. Sampai di Phnom Penh airport pukul 4.00pm (waktu Kemboja). Hari pertama kami di Phnom Penh takde jalan jalan sangat. Kami just pergi ke pasar malam memandangkan semua masih letih, sakit bontot duduk atas kapal terbang.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

27 JUN 2011

Hari Isnin ni memang hari paling sibuk melawat sekeliling Phnom Penh. Sarapan pagi di hotel (Marcau Phnom Penh Hotel And Restaurant) just makan roti bakar je sebab hotel yang kami tinggal tu kawasannya bukan kawasan orang Islam. Makanan macam mee goreng or nasi goreng dicampur dengan daging babi. Dalam bilik pun takde tunjuk arah kiblat. Tourist guide je yang bagitau kami mana arah kiblat. Fortunately tourist guide kami orang Islam. Buat pengetahuan korang, hanya ade 4% je orang Islam di Kemboja.

Ape yang aku tau serba sedikit mengenai sejarah Kemboja adalah mengenai kekejaman Pol Pot. Pol Pot merupakan orang Kemboja yang pada asalnya ingin memerdekakan Kemboja dan ingin merampas semula kuasa raja daripada Lon Nol (kalau tak silap). Means, diaorang ni penyokong raja. Tapi lepas Kemboja merdeka pada tahun 1953, Pol Pot jadi gila kuasa. Pol Pot dan orang orangnya membalas dendam pada mereka mereka yang menyokong Lon Nol. Orang yang tak bersalah pun terlibat sama. Macam macam kekejaman yang diaorang lakukan terhadap bangsa sendiri. Kemerdekaan yang rakyat Kemboja peroleh tu tak bermakna apa apa sebab kehidupan diaorang jadi lebih teruk diseksa Pol Pot. Lepas kekuasaan Pol pot jatuh baru lah diaorang ni dapat rasa hidup merdeka. Lebih kurang nak masuk tahun 2000 baru diaorang merdeka betul. Nak tau lebih lanjut, korang google lah ye. Tak reti aku nak cerita dalam bentuk penulisan.

Tempat pertama kami melawat ke Tuol Sleng Genocide Museum kira kira jam 8.00am. Tempat ini di mana Pol Pot menyeksa orang Kemboja yang dianggap belot dengan Pol Pot. Agak ngeri jugak tengok gambar gambar yang disertakan kat situ tentang macam mana Pol Pot menyeksa mereka mereka ni. Ada yang dilemaskan, dicabut kuku, diracun binatang berbisa dan macam macam jenis seksaan lagi.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

Lepas puas usha usha Toul Sleng, kami terus ke Killing Field. Killing Field ni tempat Pol pot bunuh dan tanam orang orang yang selesai diseksa. Orang dewasa dibunuh dengan cara dipukul kepala dengan kayu. Kalau belum mati lagi, akan ditembak. Baby pulak akan dilempar ke arah pokok. Kejam kan ?

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

Then, lebih kurang pukul 2.00pm kami melawat ke istana raja. Kena bayar dalam $6.50. Buat pengetahuan korang orang Kemboja kalau nak masuk melawat apa apa tak kena bayar pun. Hanya pelancong asing je yang kena bayar. Baik hati betul kerajaan diaorang kan? Kawasan istana raja memang luas. Seni bina pun cantik dan unik. Tapi lebih kepada seni bina kuil sebab agama rasmi diaorang ni agama Buddha. On the way nak ke istana raja tu, kami berhenti kejap kat Independent Monumen untuk ambik gambar.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

Bila dah lenguh kaki asyik berjalan je, kami naik kapal menyusuri perairan Sungai Mekong yang bertemu Tonle Sap. Dulu waktu masih sekolah aku belajar pasal Tonle Sap dan Sungai Mekong ni. Akhirnya dapat tengok dengan mata sendiri macam mana keadaan sebenar. Cuma tak sempat pergi Angkor Wat je sebab jauh. Pada sebelah malam pulak kami naik 'tuk tuk' ke restoran untuk makan malam.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

28 JUN 2011

Pagi ni kami sarapan di kedai. Tak sarapan di hotel pun. Lepas sarapan kira kira pukul 8.00am, kami bertolak ke Oudong untuk panjat bukit nak usha usha kuil. Macam macam jenis kuil ade kat atas bukit tu. Tuhan lembu, tuhan monyet, tuhan naga dan lain lain. Seni bina kuil kat sana memang menarik. Sempat jugak lah baju basah dengan peluh nak panjat bukit tu.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

Lepas penat panjat bukit, kami ke Central Market dan Russian Market untuk shopping. Pada sebelah petang pulak kami ke kem askar untuk menembak. First time aku menembak ni memang pengalaman yang bermakna lah bagi aku. Aku menembak guna senapang AK 47 kalau tak silap. Dasyat kan, first time menembak dah pakai AK 47. Haha. Lepas menembak, terus menuju ke restauran untuk makan malam dan balik ke hotel untuk bersiap nak balik pada keesokan hari.

Lawatan Sambil Belajar Ke Phnom Penh

29 JUN 2011

Flight kami dijadualkan pada pukul 8.20am. Memang terpaksa bangun awal pagi nak kejar flight. Sampai Terminal LCC lebih kurang pada pukul 10.50am (waktu Malaysia). Then terus menuju ke Manjung.

p/s : Bila pulak nak ke Korea ni.

p/s/s : sila abaikan gambar yang tak berapa nak berkualiti tu ye ^^

June 19, 2011

June 19, 2011

Surat Buat Abah

Surat Buat Abah
*Abah dan Umi

Dinding Kelabu,
Atap Biru,
Seri Manjung,
Perak.

19 JUN 2011

Abah,

Abah sehat? Walaupun along dah tau abah sehat ke tak tapi along tetap nak tanya samada abah sehat ke tak. Ape? Abah demam? Makan panadol then baring dalam bilik, tak yah keluar keluar. Dah sehat esok baru keluar nak ke mana mana tau (anak prihatin ni =.=’). Along sentiasa sehat di sini. Terima kasih kat abah lah yang selalu berbuih mulut suruh along makan ubat resdung tiap kali along bersin or hingus meleleh leleh. Terima kasih kat abah yang berbuih mulut suruh along makan panadol tiap kali suara along dah nak jadi macam suara abah (garau).

Abah,

Waktu along kecik kecik dulu suka bergaduh dengan angah. Abah mesti marah, tengking tengking macam harimau mengaum. Kekadang sampai naik tangan abah bagi penampar kat along dan angah. Masa tu along asyik fikir yang abah dah tak sayang along. Asyik fikir yang along ni anak angkat. That’s why abah asyik marah marah.

TAPI...

Semakin usia abah meningkat, abah dah kurang marah marah. Kekadang terlepas jugak amarah abah tu. Semakin usia along meningkat jugak, along dah sedar yang abah marah marah bukan sebab abah dah tak sayang along. Malah sebenarnya abah sangat sayangkan along. Lagipun abah takkan marah kalau bukan sebab along yang buat salah, buat perangai mengada ngada. Betul tak?

Abah,

Waktu along kecik kecik dulu macam macam benda along nak. Kekadang nak patung barbie. Kekadang nak patung otromen. Kekadang nak kereta ferrari. Sampai dah besar ni pun macam macam along mintak kat abah. Abah sedaya upaya cuba memenuhi permintaan along. Abah tak pernah mintak balasan. Along tau, abah mesti penat bela satu satunya anak dara abah ni. Tapi abah tak pernah merungut. Tak pernah mengungkit yang pakaian, makan dan minum along datangnya dari duit abah bekerja.

Abah,

Along tak tau macam mana nak balas jasa abah. Terlalu tinggi pengorbanan yang dah abah lakukan untuk along. Along cuma boleh berjanji yang along akan belajar bersungguh-sungguh dan capai impian along. Biar nanti along ade kerja yang bagus dan dapat sara abah. Dapat bagi segala yang abah nak, lebih daripada apa yang abah dah bagi along. Along nak abah rehat je kat rumah nanti. Tak payah penat penat berkebun nak cari duit lebih.

Abah,

Selama lapanbolas tahun ni along jarang ucap terima kasih tiap kali abah bagi sesuatu kat along. Jarang mintak maap bila along buat salah. Tapi abah mesti tau yang along sentiasa berterima kasih atas segala pemberian abah. Sentiasa mintak maap atas segala kesalahan yang along buat. Along kan anak abah. Mesti abah boleh baca isi hati along kan?

JADI...

Abah,

Along cuma nak berterima kasih kat abah sebab sabar melayan karenah anak abah ni. Along jugak mintak maap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesalahan yang along lakukan. Mintak ampun kalau kalau along sakitkan hati abah. Kalau ade, ketahuilah yang along tak sengaja sakitkan hati abah.

Along sayang abah.

Last but not least,

SELAMAT HARI BAPA, ABAH

Love,
Cik Gadis.
(Your Daughter)

June 14, 2011

June 14, 2011

Pengalaman : Lambaian Kaabah

Pengalaman : Lambaian Kaabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng!

Hope korang sentiasa dalam keadaan sehat walafiat. Entry kali ni agak panjang dan berunsur keagamaan. Agak panjang sebab aku tak nak buat 'part'. Aku nak cerita sampai habis. Korang korang yang bukan Islam pun boleh baca jugak pasal aku just nak kongsi cerita tentang pengalaman aku mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah al-Mukaramah dan ziarah di Madinah al-Munawarah.

30 MEI 2011 - 1 JUN 2011

(30 Mei 2011)Perjalanan bermula pada jam 9.30pm, group Hj Nazam dari Manjung berkumpul di Masjid Daerah Manjung. Habis baca doa selamat, bas start bertolak menuju ke KLIA. Tapi singgah di perhentian A (tak ingat nama) untuk berjumpa dengan group dari Taiping. Total kami semua ade 80 orang.

(31 Mei 2011)Kira kira jam 3.00am kami sampai di KLIA. Lama jugak duduk kat KLIA sampai panas punggung sebab flight dijadualkan pada jam 9.00am. Bila dah announcement, baru kami gerak nak check-in. Kami naik kapal terbang Sri Lankan Airlines ke Colombo untuk transit. Berlepas kira kira jam 10.00am (nobody's perfect. Flight memang tak jalan tepat waktu). Perjalanan ke Colombo mengambil masa selama 3 jam. Sampai di Colombo lebih kurang pukul 11.00am (masa Colombo). Flight ke Jedah sepatutnya pukul 3.00pm (masa Colombo) tapi delay sejam (again, nobody's perfect). Sampai Jedah tak ingat pukul berapa tapi dah maghrib. Dekat Jedah memang kena sabar tahap maksimum. Mamat Arab buat dunno je bila kami tak jumpa bagasi kami. Hampeh. Duduk tunggu bagasi hampir 3 jam jugak. Then baru dapat bertolak ke Madinah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa selama 5 jam.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : di KLIA
atas(kanan) & bawah(kiri) : di airport Colombo
bawah(kanan) : airport Jedah

(1 Jun 2011) Sepatutnya kami sampai Madinah 31 Mei tapi atas sebab sebab lewat dan sebagainya, kami sampai Madinah lebih kurang pukul 9.00am (masa Arab Saudi). Time tu lah first time tengok Masjid Nabawi. Memang cantik dan unik. Hari yang sama jugak kami menziarahi makam Rasulullah dan Jannatul Baqi', tempat dikebumikan para syuhada'. Yang tak bestnya, tak dapat tengok makam Rasulullah betul betul sebab kerajaan dah pagarkan makam baginda.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : makam Rasulullah dalam Masjid Nabawi(raudhah)
lain lain : Masjid Nabawi

2 JUN 2011 - 4 JUN 2011

(2 Jun 2011) Kami menziarah Kota Madinah. Kami pergi ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, dan Bukit Hud. Masjid Qiblatain bermaksud masjid dua kiblat. Masjid ini dinamakan sedemikian sebab sewaktu Rasulullah sedang menunaikan solat Zuhur, dua rakaat yang pertama baginda mengadap Masjidil Aqsa. Kemudian Allah memerintahkan Kaabah sebagai kiblat yang baru maka dua rakaat yang terakhir baginda mengadap Kaabah. Bukit Hud tempat di mana berlakunya perang uhud. Umat Islam tewas sebab tamak kan harta perang dan tidak menurut perintah Rasulullah. Di dalam Gua Hud masih terdapat kesan darah baginda Rasulullah dan berbau wangi. Namun kami tak dapat masuk ke gua tersebut kerana gua itu telah ditutup. Takut berlaku khurafat. Kami jugak singgah di Pasar Kurma. Kurma di sini memang murah murah.

(3 Jun 2011) Kami melawat Bukit Magnet dan Bukit Terbakar. Di kawasan Bukit Magnet, kenderaan tak perlu tekan minyak. Walaupun free gear, kenderaan boleh bergerak. Daya tarikan magnet tersebut boleh menarik bas dengan kelajuan 120km/h. Sampai sekarang kedudukan magnet masih tak dapat dikesan. Bukit Terbakar diberi nama sedemikian sebab sewaktu Rasulullah di Madinah, orang orang kafir tak percaya Rasulullah sebagai utusan Allah. Mereka mencabar baginda membakar bukit tersebut. Batu batuan di bukit tersebut semuanya ringan, kesan terbakar ratusan tahun dahulu.

Hari yang sama jugak kami bertolak ke Mekah, lepas solat Jumaat di Masjid Nabawi. Perasaan terasa sayu apabila terpaksa meninggalkan bumi Madinah, berpisah dengan Rasulullah. Hati kami semua berdoa semoga pertemuan dengan Rasulullah kali ini bukanlah kali yang terakhir.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : dalam Masjid Quba'
atas(kanan) : Bukit Hud
bawah(kiri) : Bukit Terbakar
bawah(kanan) : Bukit Magnet

(4 Jun 2011) Kami tiba di Mekah kira kira jam 12.00am. Lepas letak bagasi masing masing, terus menuju ke Masjidil Haram untuk buat umrah yang pertama. Perasaan pertama kali melihat Kaabah tak dapat nak diterjemahkan dengan kata kata. Lahir satu perasaan halus, perasaan terharu, perasaan sayu, perasaan tak sangka dapat pijak lantai baitullah. Perasaan seperti berpisah dengan keluarga selama belasan tahun dan akhirnya dapat bertemu kembali. Korang boleh bayang tak perasaan tu? Seni bina Masjidil Haram jugak sangat unik dan cantik seperti Masjid Nabawi.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : kawasan sai'e safa ke marwah
lain lain : Kaabah dan Masjidil Haram

5 JUN 2011 - 6 JUN 2011

(5 Jun 2011) Kami menziarah Kota Mekah. Kami ke padang Arafah di mana jemaah haji akan berwukuf ketika menunaikan haji. Padang Arafah adalah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa selepas dicampak ke bumi. Sekiranya kita berdoa untuk jodoh di Jabal Rahmah (puncak padang Arafah) insyaALLAH kita akan menemuinya. Selain itu, kami juga melalui Mina dan Muzdalifah. Sekadar untuk melihat kawasan jemaah haji akan bermalam. Pada 6 Jun, kami menunaikan umrah Tana'im jam 6.30am. Buat pengetahuan korang, waktu Subuh di sini adalah pada pukul 4.10am. Kalau 6.30am tu, keadaan langitnya lebih kurang macam pukul 8.00am di Malaysia.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
padang Arafah

7 JUN 2011 - 9 JUN 2011

(7 Jun 2011) Kami ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah. Di Masjid Hudaibiyah kami bermiqat umrah Hudaibiyah. 

(8 Jun 2011)Kami bertolak selepas Zuhur untuk melawat ke Jedah. Singgahan pertama kami di Masjid Kisas untuk solat Asar. Kami jugak dapat lihat kawasan di mana hukum hudud dijalankan. 

(9 Jun 2011) Family aku sekdar jalan jalan sekitar pekan Mekah yang berdekatan dengan hotel kami untuk membeli souvenirs buat saudara mara di Malaysia. 

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : ladang unta
atas(kanan) : kawasan hudaibiyah
bawah(kiri) : kawasan Masjid Kisas
bawah(kanan) : pekan Mekah

10 JUN 2011 - 11 JUN 2011

Kami bertolak ke airport Jedah seawal jam 9.00am pada 10 Jun. Kami singgah di Masjid Terapung untuk makan tengah hari. Masjid ini dibina atas Laut Merah. Laut ini lah laut yang dibelah Nabi Musa ketika pemerintahan Firaun dulu. Sampai di airport, sekali lagi kami perlu kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan karenah mamat Arab. Akhirnya kami tiba di KLIA jam 1.30pm(waktu Malaysia) pada 11 Jun 2011.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
Masjid Terapung atas Laut Merah

p/s : perasaan melancong ke Mekah dan Madinah sangat berbeza berbanding melancong ke negara negara lain

May 27, 2011

May 27, 2011

Kisah Hidup Vicky

Hello readers !

Sejak member member semua dah berangkat ke Matrik/IPTA/IPTS, hidup aku jadi sunyi. Takde member nak ajak keluar lepak, takde member nak bergaduh kat fesbuk, takde jugak member nak kongsi cerita. Satu je perkataan yang dapat menggambarkan perasaan tika ini, BOSAN. Disebabkan meter bosan dah nak capai tahap maksimum, maka aku luangkan sedikit masa mengadap blog kesayangan aku ni ^^

Korang korang mesti ade binatang peliharaan kan? Eh, perkataan 'binatang' tu agak agak kasar lah kan. Kita tukar jadi 'haiwan' lah. Kalau takde haiwan peliharaan pun, korang korang mesti ade haiwan peliharaan idaman kan? Erk.. Means, korang nak bela gajah tapi mak bapak tak bagi sebab tak muat nak letak dalam rumah. Gajah tu lah haiwan peliharaan idaman korang. 

Kalau tanya aku, aku teringin nak bela harimau. Yup, serious ! Aku teringin nak bela harimau sebab anak harimau lebih comel daripada anak kucing ^^ Tapi apakan daya, nak jumpa harimau tengah tengah jalan pun susah apatah lagi nak membelanya. 

Waktu aku kecik kecik dalam umur lima ke enam tahun, abah bela ikan. Ade banyak jugak ikan yang abah bela. Tak ingat lah ade berapa. Aku cukup suka tepuk tepuk dinding akuarium biar ikan ikan tu terkejut. Bila time abah cuci akuarium, aku suka main main dengan ikan ikan abah dengan cara membunuh mereka. Aku akan letak ikan yang jadi pilihan atas lantai. Means, jauh daripada air. Rasa macam cool tengok ikan tu menggelupur. Bagi pandangan seorang budak belum akil baligh, aku anggap ikan tu tengah menari. Kalau kantoi dengan abah, memang aku kena sebat tapi tak pernah pulak aku nak serik.

Okay, itu cerita dulu kala. Tahun lepas adik aku yang kecik berumur 10 tahun asyik merengek nak tikus belanda atau lebih popular, hamster. Sampaikan dia layan teddybear macam layan seekor hamster. Akhirnya, umi mengalah tapi umi tak beli pun hamster tu. Sebaliknya, umi ambik daripada member beliau. Member umi memang bela hamster banyak gila. Sebesar anak kucing pun ade. Tak tau pulak kalau spesis lain lain. Member umi offer dua ekor, sekor jantan dan sekor betina. Biar dia beranak banyak banyak. Tapi umi tak mau ade anak anak so ambik sekor jelah. Jantan. Diberi nama Vicky.

Vicky memang tak reti duduk diam sejak hari pertama berpindah ke rumah aku. Puas aku dan adik adik pujuk suruh duduk diam tapi beliau tetap tak nak dengar. Disebabkan Vicky tak reti duduk diam, kami beli sangkar yang besar untuk beliau, bewarna ungu. Biar senang beliau nak lari lari. 

Makanan Vicky memang cepat habis. Tak sangka pulak luaran beliau seekor hamster tapi perutnya menyerupai seekor harimau. Kalau makanan beliau habis, kami ganti dengan coco crunch sementara nak tunggu stok makanan sampai. Minuman pulak, member umi cakap bagi minum air paip je. Tapi kami takut Vicky sakit perut so, kami bagi beliau minum air masak. Baik hati kan kami?

Tetiap hujung minggu kami adik beradik sama sama membersihkan sangkar Vicky. Disebabkan Vicky ni nakal dan buas, sementara nak tunggu sangkarnya bersih, beliau terpaksa dikurung bawah tudung saji. Itupun, beliau cukup buas untuk berlari dengan bawak tudung saji tu sekali. Kekadang kami lepaskan beliau jugak. Mungkin beliau boring asyik memerap dalam sangkar. Bila sangkar dah bersih baru beliau dikurung semula.

Pernah satu hari, Vicky menghilangkan diri. Dah lah menghilang tak tinggalkan jejak. Nota bunuh diri pun takde. Kelam kabut kami adik beradik mencarinya di tiap sudut rumah tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, kalau beliau meninggal dunia, bangkai beliau akan mengundang selera lalat lalat dan semut semut. Ini akan menjejaskan kebersihan rumah kami diami. Akhirnya, kami berputus asa. Lantaklah Vicky nak mati dibaham kucing sekalipun (padahal dalam hati risaukan keselamatan beliau). 

Tiga hari kemudian kami jumpa Vicky mencicit lari ke arah sangkarnya. Rupa rupanya beliau dah tiga hari tak menjamu selera. Masuk je dalam sangkar terus melantak dengan lahapnya. Kami adik beradik terasa sebal. Pandai pulak binatang ni nak balik bila dah lapar. Kejadian yang sama berulang tiga kali. Tak tau lah macam mana Vicky keluar dari sangkar tu. Sampai hari ni kami tak dapat jawapan. Akhirnya, kami kunci sangkar beliau dengan mangga. Sejak hari tu beliau dah tak keluar dah.

Semakin hari kami semakin sayangkan Vicky. Tapi semakin hari beliau semakin lemah dan uzur. Akhirnya pertengahan bulan Disember tahun lepas kami jumpa beliau mati dalam sangkarnya. Memang sedih kehilangan haiwan peliharaan yang kami sayang tapi apakan daya. Terpaksa terima hakikat yang hidup tetap akan pergi selamanya. Bangkai beliau ditanam di belakang rumah. Kami siap buat tanda supaya kami tak terpijak kuburnya. Kami nak hamster baru, tapi umi tak bagi dah =.='

p/s : Korang ade tak kenangan dengan haiwan peliharaan korang?

May 23, 2011

May 23, 2011

Tragedi : Kemalangan Jalan Raya

mood : menginsafi diri

Pada petang 3 Disember 2010, sedang aku rilek rilek main badminton dengan adik adik, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan aku ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan lori. Beliau yang hilang kawalan ketika menunggang motosikal terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Kehilangan beliau amat dirasai sebab beliau merupakan seorang yang amat baik hati, prihatin, hormat pada orang tua, kaya dengan senyuman dan banyak lagi sifat sifat mahmudah pada beliau. Senang cerita, beliau bukan mat rempit atau mat ganja.

Aku mohon jasa baik korang korang yang muslim untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada beliau, arwah Ahmad Zafrul bin Ahmad Rosman. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. 

*Al-Fatihah*

Hari ni tetiba aku teringat kat arwah dan tetiba tergerak hati nak buat entry tentang kemalangan jalan raya atau lebih famous dalam bahasa Inggeris, accident. Kalau baca surat khabar mana mana pun, tetiap hari mesti ade kes orang meninggal akibat accident. Statistik pada tahun 2009 menunjukkan seramai 6745 pengguna jalan raya yang maut dan 60% daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Sedih kan? Jom aku bawak korang berbincang tentang punca punca kemalangan jalan raya berlaku.

1. TAKDE LESEN

Bab bab takde lesen ni dituju khas buat bebudak yang still bersekolah. Eh, terasa ke? Aku pun pernah buat tapi alhamdulillah tak pernah kemalangan. Tapi sekarang aku ade dah lesen motor dan kereta.

"Alah, leceh lah nak kena ambik lesen. Kerajaan saja nak cekik darah ambik duit rakyat je tu,"

Kita selalu anggap bab ambik lesen ni sebagai perkara yang remeh temeh. Selalu nak buruk sangka. Sedangkan masa proses nak dapat lesen tu lah satu satunya masa untuk mereka mengajar kita tentang peraturan jalan raya, cara cara memandu dengan berhemah dan sebagainya. Bebudak yang takde lesen main bawak je kereta or motor ikut suka hati diaorang. Ade jugak yang jahil tentang peraturan jalan raya, bawak kenderaan kat laluan sebelah kanan. Memang nak tempah tiket ke bawah tanah lah tu.

*Orang orang dewasa yang lesen dah berpuluh tahun pun ade terlibat dalam kemalangan jugak =.='

2. MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU

Siapa pernah memandu melebihi had laju sila angkat tangan dengan bangga. Satu. Dua. Tiga. Empat. Sepuluh. Duapuluh. Okay, tak dinafikan memang ramai yang memandu melebihi had laju especially mereka yang memandu kat lebuh raya dan mereka yang bawak kereta lamborghini, porsche, ferrero rocher ferrari dan kereta kereta mewah yang lain. Memasing nak tunjuk kehebatan memandu. Kalau nak bawak laju laju sangat, pergi lah try kat litar Sepang, takpun litar Go-Kart.

*Tapi kalau kat lebuh raya bawak kereta takat 40 ke 60km/h ape kes? =.='

3. MAIN CILOK CILOK

Para penunggang motosikal memang famous bab main cilok cilok ni especially kalau jalan raya tengah sesak. Kejap ke kanan kejap ke kiri. Rasa mcam cool je dapat main cilok cilok, menambah kemarahan pada pemandu kereta. Ade jugak yang main langgar je cermin sisi kereta si pemandu sampai patah. Bukannya si pemandu kereta tu boleh kejar kalau jalan tengah sesak kan? Silap hari bulan, tercilok bawah lori tayar duabelas baru padan muka. Baru nak menyesal seumur hidup bila dah patah tangan kaki, tercabut kepala, terburai isi perut.

4. MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK / MABUK

Memasing nak cepat sampai ke destinasi, tak peduli tentang keselamatan diri dan orang lain. Bila mata dah kabur kabur pun tetap tak nak berhenti rehat. Pikir nak cepat sampai je. Especially mereka yang memandu pada waktu malam.

Mereka yang mabuk sah sah tak ikut peraturan jalan raya. Kalau takde peluang tidur yang panjang akibat kemalangan jalan raya, ade pulak peluang tidur yang singkat dalam lokap bila kena tahan dengan pihak berkuasa.

5. KENDERAAN TIDAK SEMPURNA SIFAT

Sebelum nak memandu especially untuk pemanduan jarak jauh, kenderaan sebaiknya dihantar ke bengkel untuk diperiksa agar sihat tubuh badannya daripada sebarang penyakit kebocoran atau kekurangan di mana mana. Kalau tak nanti tengah rilek rilek bawak kereta tetiba tayar meletup. Bila check, rupa rupanya tayar dah sepulu tahun tak tukar. Dah haus kering anak tekak dah.

*Pastikan ade 'air bag' dalam kereta.

Okay takat ni jelah yang aku nak kongsi antara punca kemalangan jalan raya. Ada banyak lagi punca puncanya tapi aku rasa lima pun dah cukup nak siapkan satu karangan. Haha ^^

p/s : Saya akan masuk UiTM Seri Iskandar pada 3 September 2011. Lambat lagi derr =.='

May 8, 2011

May 08, 2011

Beliaulah Ratu Hatiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mak oii blog aku ni dah penuh sarang burung, sarang labah-labah dan sarang binatang-binatang lain termasuk sarang gajah. Lebih kurang dah sebulan jugak aku tak meng'update' blog. Kepada sang perindu, terima kasih sebab rindukan aku ye (ayat orang perasan =.='). 

Sejak dua hari yang lalu, member-member tak habis-habis tanya dapat tawaran universiti ke tak sampai kering air liur aku nak jawab. Almaklumlah keputusan permohonan baru bukak. Sama lah macam masa dapat result SPM kan. Aku bukan nak bangga tapi alhamdulillah aku dapat tawaran matrik dan UiTM. Cuma belum buat keputusan nak masuk yang mana. Biar aku pikir habis dulu daripada buat keputusan terburu-buru dan menyesal di kemudian hari. Sokong tak?

Kepada member-member yang tak dapat tawaran tu, aku nasihatkan tak payah lah nak mencarut kat fesbuk cakap kerajaan tak adil ke cakap yang dapat tu pakai cable car ke ape ke. Peluang ade di mana-mana cuma kita je perlu selongkar hingga ke lubang cacing nak dapat peluang tu. Rezeki korang mungkin ade kat tempat lain. Tuhan dah menjanjikan rezeki untuk setiap hambaNYA yang lahir ke dunia.

Kepada yang dapat pulak, tak payah lah kau nak canang satu dunia dengan riak, takbur dan bangga yang kau dapat tawaran dan memperlekeh mereka yang tak dapat. Sekali Tuhan balas, kau gagal setiap sem baru padan muka.

Hari ni Hari Ibu? Oh, maknanya ak dah terlepas birthday umi dan aku langsung tak wish apatah lagi nak bagi hadiah. Sejak aku kenal mana baik dan mana buruk, tahun ni first time dalam sejarah 18 tahun aku tak ingat birthday umi. Selalunya aku bagi hadiah or AT LEAST wish 'Happy Birthday, Umi'.

DUM !

Rasa macam kena hempap dengan batu sebesar gajah (famous pulak gajah dalam blog aku hari ni =.='). Birthday aku tetiap tahun tak pernah umi lupa walhal banyak benda lain yang lebih penting untuk beliau ingat tapi aku ni yang takde ape-ape hal penting nak diingat, boleh lupa birthday beliau tanpa rasa bersalah? Dapat bayang tak perasaan tu? Perasaan seperti aku seorang anak yang tak berguna, tak reti nak balas jasa orang tua. Warghh, dasyat lah hiperbola kau!

Tapi takpe, dah lega sikit dah ni pasal masa dalam kereta nak pergi shopping tadi aku dah ganti wish 'Happy Belated Birthday'. Haha =.='

"Sorry, umi!"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Lebih lanjut, klik SINI

Hari Ibu dikatakan HARAM disambut? Tapi bagi aku, tak salah sambut dengan niat nak menggembirakan ibu kita supaya mereka rasa mereka dihargai. Janganlah sambut dengan niat nak memuja Mother-Mother sedunia tu. Betul tak? =.='

Bila tengok ramai antara korang yang buat entry pasal ibu, aku pun tak nak kalah dengan korang yang pakat memuji ibu memasing sempena Hari Ibu ni. So dengan cerianya, aku nak meng'glamour'kan ibu aku jugak a.k.a umi tersayang.

Umi dilahirkan pada 5 Mei 1966 kat Kelantan (tak tau pulak part mana). Habis sekolah menengah, umi sambung Universiti Malaya. Nak dijadikan cerita, umi memang student yang cemerlang masa zaman beliau belajar. Masuk sini sana, ambik exam dan akhirnya umi menjawat jawatan sebagai seorang guru Kimia. Umi start mengajar kat SMK Dato' Idris dan kemudian tukar ke SMK Pangkalan TLDM hingga ke hari ini. 

Sebagai seorang guru, cara pengajaran umi sangat unik dan berkesan. Buktinya, dah hampir 8 tahun SMK Pangkalan TLDM mencapai target 100% lulus dalam matapelajaran Kimia. Umi jugak disayangi para pelajarnya. Buktinya, hampir setiap tahun beliau dapat surprise birthday party daripada pelajar-pelajarnya. Pernah sekali tu seorang pelajar beliau belanja Mc Donald sebab pelajar tersebut berjaya menempatkan diri dalam IPTA. Special kan? Guru lain takde pulak pelajar tu nak belanja. Bila tiba Hari Guru, memang berlambak hadiah umi dapat sampai penuh satu kereta. Selalunya, aku dan adik-adik berebut nak hadiah yang umi dapat tu. Haha (kepada student umi, sorry ye!). Kasih sayang yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar umi kekadang buat aku jadi tercabar dan cemburu. Takut umi lebih sayangkan anak didiknya daripada aku dan adik-adik!

Sebagai seorang ibu, umi memang penyayang, baik hati dan tegas.

Umi sangat tegas pada aku dan adik-adik terutama hal yang melibatkan pembelajaran kami di sekolah. Umi mahukan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Contoh yang paling obvious, kami adik-beradik tak dibenarkan mengadap lappy ataupun tengok tibi menjelang hari persekolahan. Hujung minggu je boleh. Kekadang ade jugak kitorang curik-curik bukak tibi. Bila kantoi, bergegar satu rumah dengan suara gergasi umi. Mencicit lah kami adik-beradik menyelamatkan diri memasing.

Umi jugak tegas hal-hal berkaitan disiplin. Kami adik-beradik memang dah di'set' kalau nak merayap, mesti balik sebelum pukul 7. Kalau terlebih tu, memang kena mengadap muka garang umi yang pegang rotan lah jawabnya.

Beliaulah Ratu Hatiku
Beliaulah ratu hatiku

Haa, cun kan umi aku. Berani nak cakap tak cun? Kau nak makan penumbuk ke penyepak?

p/s : Nanti Hari Bapa mesti ramai buat entry pasal ayah memasing pulak kan? =.='

March 2, 2011

March 02, 2011

Kerja Part Time

Pejam, celik, pejam, celik, pejam, dan celik lagi, tup tup dah dekat 2 bulan aku duduk Langkawi dengan family pakcu aku. Terasa macam cepat je masa berlalu. Kalau tengok buku Pendidikan Islam budak sekolah, antara tanda-tanda kecik nak kiamat adalah masa terasa berlalu dengan cepat. Jadi janganlah leka sangat dengan dunia, banyakkan amal jariah ye kawan-kawan (tuju pada diri sendiri jugak). 

4 Mac ni aku akan bertolak pulang ke Seri Manjung, rumahku syurgaku. Haha =.=’ . Nanti 5 Mac nak pergi Sarawak pulak. Tahun ni memang banyak betul family aku cuti2 Malaysia. Dalam bulan 5 nanti insyALLAH nak pergi umrah. Bulan 6 nanti pulak nak ke Nompen, Kampucia (tak tau macam mana ejaannya).

“Hang tak ikut lah kami nak pi Nompen nanti. Hang dah sambung study lah,”-adik aku mengusik.

Takpe lah, sure aku ikut punya. Kalau terpaksa, aku rela duduk bahagian tempat letak barang. Kalau time tu aku dah masuk U, nanti aku bagi notis mintak cuti, adik accident. Haha ^^

(Betul2 harap dapat masuk U kot! )

Okay, takpe lah, itu nanti lain kali aku cerita. Sekarang ni nak kongsi cerita tentang kerja aku masa dok kat Langkawi bumi kenyalang ni.

“Ape kejadahnya bumi kenyalang?” -Sorry, bumi Helang =.=’

Aku kerja sebagai travel agent dekat Pantai Cenang. Aku kerja dengan company kawan pakcu aku. Nama company tu, The Blue World Travel. Nama bos aku, merangkap kawan pakcu, Mr Eddie. Aku panggil beliau uncle je. Tak macam korang, kalau jumpa majikan siap kena angkat tabik sambil ucap,

“Selamat pagi bos! ”

Aku tak payah tabik pun, just wish macam ni je,

“Morning uncle. Eh, jambul tu baru buat semalam ye? Hensem lah! ”-ok, itu tipu.

Mula-mula aku nak kerja tu, bos aku mintak aku buat akaun. Alih-alih terlanjur jadi travel agent pulak.Tapi takpe lah, aku rasa lagi senang daripada buat akaun. Kalau aku buat akaun, silap hari bulan boleh bungkus company tu pasal duit asyik shot je. Haha ^^ 

“Travel agent tu kejadah ape, Lia? ”

“Kerja kau pergi melancong je eh? Wah, bestnya,”

Haa, ni antara komen member-member aku bila aku bagitau yang aku kerja sebagai travel agent. Rupanya bengap jugak diorang ni, tak tau travel agent tu apa. Bengap, macam aku (dulu, aku pun tak tau pasal travel agent).

Jenuh jugak lah nak bagi jawapan kat member-member aku pasal kerja aku. Kalau aku kerja jadi cikgu tadika ke, jadi pekebun ke, jadi spiderwoman ke, senang lah sikit nak explain. Tapi demi member yang ketagihkan jawapan, aku cuba lah untuk terangkan sebaik mungkin.

“Kerja aku macam-macam. Aku jual trip ke Siam, jual tiket feri, tiket bas, jual tour macam snorkeling ke, mangrove tour ke, jungle trekking ke, boleh jugak booking hotel untuk guest. Lebih kurang macam tu lah kerja aku,”

“Ooohh, hebat jugak lah kerja kau ni kan,” –time ni, mula rasa nak bangga, hidung pun kembang je ^^

Apa yang membuatkan aku lebih enjoy dengan kerja aku ialah, guest aku semuanya orang luar negara. Ade Adam Lambert, ade Angelina Jolie, ade Jackie Chan,ade Yamapi, ade Lee Hong Ki, ade Shah Rukh Khan, ade Sivaji the boss, ade macam-macam jenis lah. Which means, aku kena banyak speaking omputih lah. Bagus kan? Mana-mana English aku yang broken boleh improve. Tapi tak kurang jugak guest yang bengap English. Dia tak paham aku cakap, aku lagi lah tak paham ape dia cakap. Alih-alih pakai bahasa isyarat.

“You can swim there! Swim!,” –sambil buat gaya kuak lentang.

Aku cukup suka melayan orang putih sebab diorang ni tak banyak soal, tak banyak karenah. Aku jual RM1000, dia pun bayar RM1000. Takde complain ape-ape pun. Sebaliknya, kalau orang lain, especially orang India, Bangladesh dan Arab, memang boleh pening kepala nak melayan. Asyik mintak murah je. Kalau tak puas hati lagi, tiap satu sen, diorang tanya ape kegunaannya. Kalau agak-agak aku dah fedup nak layan, aku balas macam ni je,

“You want discount, just open your own company and you can get out of my office now,” –ok, tipu lagi !

Gila ke aku nak cakap macam tu. Kalau bos aku tau, silap hari bulan, kena buang lah aku. Lagipun, aku kena lah berbudi bahasa. Budi bahasa kan amalan kita, rakyat Malaysia. Kalau bukan kita yang nak tunjukkan betapa berbudi bahasanya rakyat Malaysia, siape lagi nak tunjuk, betul tak? So, untuk memuaskan hati guest aku yang tak puas hati lagi ni, aku just tokok tambah je.

Contohnya, aku explain kat diorang, company yang bagi murah tu sebab takde jaminan keselamatan dan insurans. Then, it’s up to them lah nak terima ke tidak. 

Okay, nak story sikit pasal staf lah. Staf yang aku kenal ade 4 lelaki dan 2 perempuan. Semua baik-baik dan peramah except sorang. Dia ni langsung tak pernah senyum kat aku dan langsung tak pernah macam nak borak-borak kosong dengan aku (betul, tak pernah senyum !). Aku pun tak tau ape masalah dia tapi biar lah, asal dia bahagia. Aku rasa macam nak mengumpat dia lebih-lebih tapi tak baik lah kan, berdosa tu. Aku pun dah berhenti, dah tak kan jumpa dia lagi dah. Ape-ape pun diorang semua baik-baik dan sporting habis. Seriously, aku tak kan lupakan mereka dan kerja pertama aku. Travel agent. Haha ^^

*Gambar office The Blue World Travel
Kerja Part Time langkawi

Kerja Part Time langkawi

Kerja Part Time langkawi

p/s : Agak-agak macam mana lah result SPM aku kan ? (cuak gila!)

January 12, 2011

January 12, 2011

MUSIM MELANCONG (PART 2)


Sejak beberapa hari ni aku tengok bebudak facebook kecoh bercakap pasal penutupan facebook pada 15 Mac nanti. Mula-mula aku takde ambik port sangat ape yang diorang bimbangkan ni pasal aku agak mesti gimik je. Tapi semalam aku baca paper Kosmo hari Isnin ade tajuk kecik kat atas tulih pasal facebook ni siap ade kenyataan daripada pengasasnya lagi.

“Saya mengalami tekanan sejak mengendalikan laman sosial ini (facebook). Saya perlu menghentikannya demi mengelakkan tekanan,”

“Saya tak peduli dengan wang tapi saya mahu kehidupan saya balik,”

Lebih kurang begitulah kenyataan beliau (tak ingat nama dia lah). Oleh yang demikian, anda-anda yang memiliki akaun facebook dinasihatkan melakukan ape-ape yang patot kalau tak nak gambar-gambar atau info-info dalam tu hilang.

Okaylah dah banyak aku melalut. Sekarang aku nak sambung story pasal musim melancong hari tu.

23 Disember 2010

Hari ni family (family aku, pakcu, pakngah) bertolak ke jeti Kuah pada pukul 9.00 pg. Kami naik feri Lada Dua jugak ke Satun, Thailand. Sampai kat jeti Satun, kami disambut macam tetamu kehormat. Siap sangkut bunga lagi tiap sorang. Ketua imigresen jeti pun datang sambut kami. Ni maybe sebab pakcu aku ketua jeti Kuah. Kira orang besar la kot? Hehe. Tapi memang rasa macam special gila lah. Semua orang tengok kami. Haha.

hatyai thailand
*nampak tak bunga kat leher kitorang tu ? haha =.='

Kat jeti, kami minum dulu kat kafe yang ade kat situ. Aku tak ingat ape nama kafe tu tapi memang kafe tu tempat aku dan family akan pergi dulu kalau pergi Thailand. Tengah hari pula, kami makan di Ban Thai Restaurant.

hatyai thailand
*di jeti Satun

Trip pertama kami ke Hatyai untuk kayak. Aku tak ingat lah ape nama tempat yang kami pergi tu tapi kat Hatyai lah. Nak pergi ke sungai untuk kayak tu, kami kena naik jip ramai-ramai. Memang rupa macam tahanan takde permit je ^^. Kayak dia memang best. Kayak yang aku naik adalah kayak yang pertama terbalik masa mengharungi sungai yang berbatu. Panik aku dibuatnya. Haha. Aku duduk dengan pakcu dan pemandu pelancong kami (uncle Din).

hatyai thailand
*naik jip untuk ke tapak kayak

hatyai thailand
*melambai sebelum naik kayak (berdebar kot =.=')

hatyai thailand

Penat berkayak, kami teruskan perjalanan ke Hatyai Ice Dome. Tempat ni lebih kurang macam kat rumah salji kat Genting Highland tapi tempat ni lagi luas dan ade ruang dua musim (musim bunga dan musin sejuk).

Untuk pengetahuan, suhu kat musim sejuk dia adalah -15 oC. Memang sejuk gila. Lagi satu beza dia dengan Genting, kat sini takde limit masa. Suka hati korang lah nak menetap kat dalam tu berapa lama sampai beku pun takpe. Hehe.

Kat ruang musim bunga pulak, bau bunga-bunga yang harum memang menusuk ke kalbu. Untuk pengatahuan jugak, bunga-bunga kat situ semuanya tulen ^^

hatyai thailand
*winter

hatyai thailand
*winter 2

hatyai thailand
*musim bunga

Lepas keluar dari rumah sejuk tu, kami ke Amazing Lantern. Tempat ni lebih kurang macam dekat I-City kat Shah Alam tapi lagi luas dan percuma. Lepas tu baru pergi makan malam. Bila dah habis makan, baru pergi check-in hotel.

hatyai thailand
*amazing lantern

hatyai thailand
*amazing lantern 2

hatyai thailand
*makan malam


24 Disember 2010

Pada pukul 9.00 pg kami check-out dan makan pagi di Thai-Malaysia Restaurant. Sbaik habis makan, kami terus shopping di pekan Hatyai. Lebih kurang sejam shopping, kami bertolak ke Songkla. Di Songkla, kami bergambar dengan duyung. 

Mula-mula aku asyik terbayang betapa cantiknya duyung yang kami nak pergi ni. Sama ada orang yang berpakaian seperti duyung atau ukiran batu seperti duyung. Alah, kalau tengok tv pun duyung mesti cantik punya. Namun, ternyata sangkaan aku meleset bila duyung yang kami nak bergambar ni dah ‘uzur’ rupanya. Haha. Takpe lah, janji duyung.

hatyai thailand
*duyung di Songkla

Lepas puas bergambar dengan duyung, kami pun bertolak ke jeti di Satun semula untuk balik ke Langkawi. Naik feri pada pukul 5.30ptg.

Yelah, dua hari je di Thailand. Tak percaya ke? Hehe.

25 Disember 2010

Hari ni di Langkawi kami makan tengah hari di sebuah pulau. Aku tak ingat lah nama pulau tu apa tapi pulau tu macam tak ramai yang tau ia wujud. Makan kat sini memang best. Makan ala-ala kampung. Makanan pun sedap-sedap.

hatyai thailand

Okay sampai sini je lah aku punya story. Pemelancongan aku tak lah best macam korang yang melancong ke London dan sebagainya tapi aku tetap seronok kerana meluangkan masa dengan family tersayang. Well, itulah objektif sebenar kan?

p/s : 5 mac rancang nak ke Sarawak pulak ^^
Follow