MUSIM MELANCONG (PART 1)


Hai kepada pembaca-pembaca blog aku. Firstly, aku nak ucap ‘HAPPY NEW YEAR’ walaupun rasa macam dah lewat nak mengucapnya. Hehe.

Secondly, aku nak mintak maap kat korang dari hujung ubun-ubun sampai hujung kuku kaki kanan aku kalau-kalau ade antara korang yang terkecik hati tengok aku tak reti-reti nak update blog ni (mengharap ade yang kecik hati ^^). Bukan tak mau update. Hati ni tetiap hari meronta-ronta nak meng’update’ tapi takde kesempatan.

Buat pengetahuan korang, aku kini berada di Pulau Langkawi. Saje nak duduk sini. Aku duduk rumah pakcu aku (with his family). Aku kerja kat sini as kerani akaun. Actually, aku tak banyak kerja pun. Rasa macam makan gaji buta je tau. Haha. Nak dipendek kan cerita, rumah pakcu aku takde internet. So that’s why aku susah nak update blog. Sekian.

Eh, habis? Tak lah !

Sekarang ni semua orang pakat nak tutup buku 2010. Tapi aku nak mintak korang bukak jap buku tu boleh tak? Bukak bahagian bulan Disember. Alah, muka surat terakhir. Bukan susah nak cari pun kan ? ^^

Seperti yang kita tau, bulan Disember lah musim untuk orang melancong. Almaklumlah, sebulan penuh tu kan bebudak sekolah cuti penggal. Ini je lah masa yang sesuai buat seisi family kalau nak melancong. Korang pun mesti melancong ke mana-mana kan? Ade yang ke London, Hong Kong, New York or maybe Jepun? (mengidam nak pergi Jepun ni ! =.=’). Tak pun balik kampung? Alah kurang-kurang pun mesti ade keluar rumah kan? Pergi siber kafe ke, pergi rumah jiran mengurat anak dara dia ke. Melancong lah jugak tu =.=’

Okay sekarang aku nak story ke mana aku pergi masa cuti hari tu.

20 Disember 2010

“BANGUN ! Orang tinggal kang kalau hampa lambat. Pi duduk rumah tok Hamzah !” – tok Hamzah tu jiran depan rumah aku ^^

Suara umi mengejutkan aku dan adik-adik membuat rumah yang kami diami hampir runtuh (ayat bombastik ^^). Almaklumlah, kami adik-beradik bukan suka bangun awal kalau hari cuti. Biasanya paling awal pun pukul 11.00 pg, lepas ayam betina selamat melahirkan sebijik telur. Haha.

Pagi dalam pukul 10.00 tu kitorang sekeluarga pergi ke Kuala Kedah dan naik feri Lada Dua ke Langkawi pada pukul 3.30 ptg.

21 Disember 2010

Ini hari first kitorang kat Langkawi (tahun 2010). Dalam pukul 9.30 pg tu kitorang pergi jeti di Kuah (kalau tak silap aku =.=’) untuk ke Pulau Dayang Bunting.

langkawi
*atas bot 

langkawi
*Pulau Dayang Bunting

Kalau korang tengok betul-betul gambar kat atas ni, bentuk pulau ni betul2 macam bentuk seorang perempuan sedang mengandung dalam keadaan baring. Tangannya diletak atas perut. Betul tak?

Dah sampai kat pulau tu, kami nak ke Tasik Dayang Bunting pula. Kami kena jalan kaki untuk ke tasik tu. Kami telah diberitahu jalan kaki tu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Aku tak kisah lah tapi rupa-rupanya kena naik turun tangga. Memang penat. Sempat jugak lah baju aku basah dulu.

langkawi
*family

Mengikut mitos atau lagenda, Tasik Dayang Bunting terbentuk disebabkan satu kisah tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan manusia.

Faktanya pula, asalnya tasik itu sebenarnya sebuah gua. Disebabkan berlaku hakisan, maka bumbung gua itu runtuh dan terbentuklah sebuah tasik.

Dan menurut kata orang-orang di sini, kalau pasangan yang susah dapat anak, si isteri boleh mandi atau minum air di Tasik Dayang Bunting. InsyaALLAH boleh dapat anak lepas tu. Tak tau lah betul ke tak. Korang nak tau, korang pergi la try sendiri ye. Hehe.

Okay lah. Aku dah penat menaip ni. Nanti kita sambung lagi. Adioss ^^

p/s : sedih lah pasal kawan-kawan semua dah ambik lesen kereta tapi aku? =.=’

Post a Comment

3 Comments

  1. mana pulak kilim..Jeti Pelancongan tu..kat kuah

    ReplyDelete
  2. sronok pegi holiday..

    meh la singah n follow
    http://cinonexcoreyan.blogspot.com/

    ReplyDelete