May 27, 2011

May 27, 2011

Kisah Hidup Vicky

Hello readers !

Sejak member member semua dah berangkat ke Matrik/IPTA/IPTS, hidup aku jadi sunyi. Takde member nak ajak keluar lepak, takde member nak bergaduh kat fesbuk, takde jugak member nak kongsi cerita. Satu je perkataan yang dapat menggambarkan perasaan tika ini, BOSAN. Disebabkan meter bosan dah nak capai tahap maksimum, maka aku luangkan sedikit masa mengadap blog kesayangan aku ni ^^

Korang korang mesti ade binatang peliharaan kan? Eh, perkataan 'binatang' tu agak agak kasar lah kan. Kita tukar jadi 'haiwan' lah. Kalau takde haiwan peliharaan pun, korang korang mesti ade haiwan peliharaan idaman kan? Erk.. Means, korang nak bela gajah tapi mak bapak tak bagi sebab tak muat nak letak dalam rumah. Gajah tu lah haiwan peliharaan idaman korang. 

Kalau tanya aku, aku teringin nak bela harimau. Yup, serious ! Aku teringin nak bela harimau sebab anak harimau lebih comel daripada anak kucing ^^ Tapi apakan daya, nak jumpa harimau tengah tengah jalan pun susah apatah lagi nak membelanya. 

Waktu aku kecik kecik dalam umur lima ke enam tahun, abah bela ikan. Ade banyak jugak ikan yang abah bela. Tak ingat lah ade berapa. Aku cukup suka tepuk tepuk dinding akuarium biar ikan ikan tu terkejut. Bila time abah cuci akuarium, aku suka main main dengan ikan ikan abah dengan cara membunuh mereka. Aku akan letak ikan yang jadi pilihan atas lantai. Means, jauh daripada air. Rasa macam cool tengok ikan tu menggelupur. Bagi pandangan seorang budak belum akil baligh, aku anggap ikan tu tengah menari. Kalau kantoi dengan abah, memang aku kena sebat tapi tak pernah pulak aku nak serik.

Okay, itu cerita dulu kala. Tahun lepas adik aku yang kecik berumur 10 tahun asyik merengek nak tikus belanda atau lebih popular, hamster. Sampaikan dia layan teddybear macam layan seekor hamster. Akhirnya, umi mengalah tapi umi tak beli pun hamster tu. Sebaliknya, umi ambik daripada member beliau. Member umi memang bela hamster banyak gila. Sebesar anak kucing pun ade. Tak tau pulak kalau spesis lain lain. Member umi offer dua ekor, sekor jantan dan sekor betina. Biar dia beranak banyak banyak. Tapi umi tak mau ade anak anak so ambik sekor jelah. Jantan. Diberi nama Vicky.

Vicky memang tak reti duduk diam sejak hari pertama berpindah ke rumah aku. Puas aku dan adik adik pujuk suruh duduk diam tapi beliau tetap tak nak dengar. Disebabkan Vicky tak reti duduk diam, kami beli sangkar yang besar untuk beliau, bewarna ungu. Biar senang beliau nak lari lari. 

Makanan Vicky memang cepat habis. Tak sangka pulak luaran beliau seekor hamster tapi perutnya menyerupai seekor harimau. Kalau makanan beliau habis, kami ganti dengan coco crunch sementara nak tunggu stok makanan sampai. Minuman pulak, member umi cakap bagi minum air paip je. Tapi kami takut Vicky sakit perut so, kami bagi beliau minum air masak. Baik hati kan kami?

Tetiap hujung minggu kami adik beradik sama sama membersihkan sangkar Vicky. Disebabkan Vicky ni nakal dan buas, sementara nak tunggu sangkarnya bersih, beliau terpaksa dikurung bawah tudung saji. Itupun, beliau cukup buas untuk berlari dengan bawak tudung saji tu sekali. Kekadang kami lepaskan beliau jugak. Mungkin beliau boring asyik memerap dalam sangkar. Bila sangkar dah bersih baru beliau dikurung semula.

Pernah satu hari, Vicky menghilangkan diri. Dah lah menghilang tak tinggalkan jejak. Nota bunuh diri pun takde. Kelam kabut kami adik beradik mencarinya di tiap sudut rumah tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, kalau beliau meninggal dunia, bangkai beliau akan mengundang selera lalat lalat dan semut semut. Ini akan menjejaskan kebersihan rumah kami diami. Akhirnya, kami berputus asa. Lantaklah Vicky nak mati dibaham kucing sekalipun (padahal dalam hati risaukan keselamatan beliau). 

Tiga hari kemudian kami jumpa Vicky mencicit lari ke arah sangkarnya. Rupa rupanya beliau dah tiga hari tak menjamu selera. Masuk je dalam sangkar terus melantak dengan lahapnya. Kami adik beradik terasa sebal. Pandai pulak binatang ni nak balik bila dah lapar. Kejadian yang sama berulang tiga kali. Tak tau lah macam mana Vicky keluar dari sangkar tu. Sampai hari ni kami tak dapat jawapan. Akhirnya, kami kunci sangkar beliau dengan mangga. Sejak hari tu beliau dah tak keluar dah.

Semakin hari kami semakin sayangkan Vicky. Tapi semakin hari beliau semakin lemah dan uzur. Akhirnya pertengahan bulan Disember tahun lepas kami jumpa beliau mati dalam sangkarnya. Memang sedih kehilangan haiwan peliharaan yang kami sayang tapi apakan daya. Terpaksa terima hakikat yang hidup tetap akan pergi selamanya. Bangkai beliau ditanam di belakang rumah. Kami siap buat tanda supaya kami tak terpijak kuburnya. Kami nak hamster baru, tapi umi tak bagi dah =.='

p/s : Korang ade tak kenangan dengan haiwan peliharaan korang?

May 23, 2011

May 23, 2011

Tragedi : Kemalangan Jalan Raya

mood : menginsafi diri

Pada petang 3 Disember 2010, sedang aku rilek rilek main badminton dengan adik adik, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan aku ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan lori. Beliau yang hilang kawalan ketika menunggang motosikal terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Kehilangan beliau amat dirasai sebab beliau merupakan seorang yang amat baik hati, prihatin, hormat pada orang tua, kaya dengan senyuman dan banyak lagi sifat sifat mahmudah pada beliau. Senang cerita, beliau bukan mat rempit atau mat ganja.

Aku mohon jasa baik korang korang yang muslim untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada beliau, arwah Ahmad Zafrul bin Ahmad Rosman. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. 

*Al-Fatihah*

Hari ni tetiba aku teringat kat arwah dan tetiba tergerak hati nak buat entry tentang kemalangan jalan raya atau lebih famous dalam bahasa Inggeris, accident. Kalau baca surat khabar mana mana pun, tetiap hari mesti ade kes orang meninggal akibat accident. Statistik pada tahun 2009 menunjukkan seramai 6745 pengguna jalan raya yang maut dan 60% daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Sedih kan? Jom aku bawak korang berbincang tentang punca punca kemalangan jalan raya berlaku.

1. TAKDE LESEN

Bab bab takde lesen ni dituju khas buat bebudak yang still bersekolah. Eh, terasa ke? Aku pun pernah buat tapi alhamdulillah tak pernah kemalangan. Tapi sekarang aku ade dah lesen motor dan kereta.

"Alah, leceh lah nak kena ambik lesen. Kerajaan saja nak cekik darah ambik duit rakyat je tu,"

Kita selalu anggap bab ambik lesen ni sebagai perkara yang remeh temeh. Selalu nak buruk sangka. Sedangkan masa proses nak dapat lesen tu lah satu satunya masa untuk mereka mengajar kita tentang peraturan jalan raya, cara cara memandu dengan berhemah dan sebagainya. Bebudak yang takde lesen main bawak je kereta or motor ikut suka hati diaorang. Ade jugak yang jahil tentang peraturan jalan raya, bawak kenderaan kat laluan sebelah kanan. Memang nak tempah tiket ke bawah tanah lah tu.

*Orang orang dewasa yang lesen dah berpuluh tahun pun ade terlibat dalam kemalangan jugak =.='

2. MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU

Siapa pernah memandu melebihi had laju sila angkat tangan dengan bangga. Satu. Dua. Tiga. Empat. Sepuluh. Duapuluh. Okay, tak dinafikan memang ramai yang memandu melebihi had laju especially mereka yang memandu kat lebuh raya dan mereka yang bawak kereta lamborghini, porsche, ferrero rocher ferrari dan kereta kereta mewah yang lain. Memasing nak tunjuk kehebatan memandu. Kalau nak bawak laju laju sangat, pergi lah try kat litar Sepang, takpun litar Go-Kart.

*Tapi kalau kat lebuh raya bawak kereta takat 40 ke 60km/h ape kes? =.='

3. MAIN CILOK CILOK

Para penunggang motosikal memang famous bab main cilok cilok ni especially kalau jalan raya tengah sesak. Kejap ke kanan kejap ke kiri. Rasa mcam cool je dapat main cilok cilok, menambah kemarahan pada pemandu kereta. Ade jugak yang main langgar je cermin sisi kereta si pemandu sampai patah. Bukannya si pemandu kereta tu boleh kejar kalau jalan tengah sesak kan? Silap hari bulan, tercilok bawah lori tayar duabelas baru padan muka. Baru nak menyesal seumur hidup bila dah patah tangan kaki, tercabut kepala, terburai isi perut.

4. MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK / MABUK

Memasing nak cepat sampai ke destinasi, tak peduli tentang keselamatan diri dan orang lain. Bila mata dah kabur kabur pun tetap tak nak berhenti rehat. Pikir nak cepat sampai je. Especially mereka yang memandu pada waktu malam.

Mereka yang mabuk sah sah tak ikut peraturan jalan raya. Kalau takde peluang tidur yang panjang akibat kemalangan jalan raya, ade pulak peluang tidur yang singkat dalam lokap bila kena tahan dengan pihak berkuasa.

5. KENDERAAN TIDAK SEMPURNA SIFAT

Sebelum nak memandu especially untuk pemanduan jarak jauh, kenderaan sebaiknya dihantar ke bengkel untuk diperiksa agar sihat tubuh badannya daripada sebarang penyakit kebocoran atau kekurangan di mana mana. Kalau tak nanti tengah rilek rilek bawak kereta tetiba tayar meletup. Bila check, rupa rupanya tayar dah sepulu tahun tak tukar. Dah haus kering anak tekak dah.

*Pastikan ade 'air bag' dalam kereta.

Okay takat ni jelah yang aku nak kongsi antara punca kemalangan jalan raya. Ada banyak lagi punca puncanya tapi aku rasa lima pun dah cukup nak siapkan satu karangan. Haha ^^

p/s : Saya akan masuk UiTM Seri Iskandar pada 3 September 2011. Lambat lagi derr =.='

May 8, 2011

May 08, 2011

Beliaulah Ratu Hatiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mak oii blog aku ni dah penuh sarang burung, sarang labah-labah dan sarang binatang-binatang lain termasuk sarang gajah. Lebih kurang dah sebulan jugak aku tak meng'update' blog. Kepada sang perindu, terima kasih sebab rindukan aku ye (ayat orang perasan =.='). 

Sejak dua hari yang lalu, member-member tak habis-habis tanya dapat tawaran universiti ke tak sampai kering air liur aku nak jawab. Almaklumlah keputusan permohonan baru bukak. Sama lah macam masa dapat result SPM kan. Aku bukan nak bangga tapi alhamdulillah aku dapat tawaran matrik dan UiTM. Cuma belum buat keputusan nak masuk yang mana. Biar aku pikir habis dulu daripada buat keputusan terburu-buru dan menyesal di kemudian hari. Sokong tak?

Kepada member-member yang tak dapat tawaran tu, aku nasihatkan tak payah lah nak mencarut kat fesbuk cakap kerajaan tak adil ke cakap yang dapat tu pakai cable car ke ape ke. Peluang ade di mana-mana cuma kita je perlu selongkar hingga ke lubang cacing nak dapat peluang tu. Rezeki korang mungkin ade kat tempat lain. Tuhan dah menjanjikan rezeki untuk setiap hambaNYA yang lahir ke dunia.

Kepada yang dapat pulak, tak payah lah kau nak canang satu dunia dengan riak, takbur dan bangga yang kau dapat tawaran dan memperlekeh mereka yang tak dapat. Sekali Tuhan balas, kau gagal setiap sem baru padan muka.

Hari ni Hari Ibu? Oh, maknanya ak dah terlepas birthday umi dan aku langsung tak wish apatah lagi nak bagi hadiah. Sejak aku kenal mana baik dan mana buruk, tahun ni first time dalam sejarah 18 tahun aku tak ingat birthday umi. Selalunya aku bagi hadiah or AT LEAST wish 'Happy Birthday, Umi'.

DUM !

Rasa macam kena hempap dengan batu sebesar gajah (famous pulak gajah dalam blog aku hari ni =.='). Birthday aku tetiap tahun tak pernah umi lupa walhal banyak benda lain yang lebih penting untuk beliau ingat tapi aku ni yang takde ape-ape hal penting nak diingat, boleh lupa birthday beliau tanpa rasa bersalah? Dapat bayang tak perasaan tu? Perasaan seperti aku seorang anak yang tak berguna, tak reti nak balas jasa orang tua. Warghh, dasyat lah hiperbola kau!

Tapi takpe, dah lega sikit dah ni pasal masa dalam kereta nak pergi shopping tadi aku dah ganti wish 'Happy Belated Birthday'. Haha =.='

"Sorry, umi!"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Lebih lanjut, klik SINI

Hari Ibu dikatakan HARAM disambut? Tapi bagi aku, tak salah sambut dengan niat nak menggembirakan ibu kita supaya mereka rasa mereka dihargai. Janganlah sambut dengan niat nak memuja Mother-Mother sedunia tu. Betul tak? =.='

Bila tengok ramai antara korang yang buat entry pasal ibu, aku pun tak nak kalah dengan korang yang pakat memuji ibu memasing sempena Hari Ibu ni. So dengan cerianya, aku nak meng'glamour'kan ibu aku jugak a.k.a umi tersayang.

Umi dilahirkan pada 5 Mei 1966 kat Kelantan (tak tau pulak part mana). Habis sekolah menengah, umi sambung Universiti Malaya. Nak dijadikan cerita, umi memang student yang cemerlang masa zaman beliau belajar. Masuk sini sana, ambik exam dan akhirnya umi menjawat jawatan sebagai seorang guru Kimia. Umi start mengajar kat SMK Dato' Idris dan kemudian tukar ke SMK Pangkalan TLDM hingga ke hari ini. 

Sebagai seorang guru, cara pengajaran umi sangat unik dan berkesan. Buktinya, dah hampir 8 tahun SMK Pangkalan TLDM mencapai target 100% lulus dalam matapelajaran Kimia. Umi jugak disayangi para pelajarnya. Buktinya, hampir setiap tahun beliau dapat surprise birthday party daripada pelajar-pelajarnya. Pernah sekali tu seorang pelajar beliau belanja Mc Donald sebab pelajar tersebut berjaya menempatkan diri dalam IPTA. Special kan? Guru lain takde pulak pelajar tu nak belanja. Bila tiba Hari Guru, memang berlambak hadiah umi dapat sampai penuh satu kereta. Selalunya, aku dan adik-adik berebut nak hadiah yang umi dapat tu. Haha (kepada student umi, sorry ye!). Kasih sayang yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar umi kekadang buat aku jadi tercabar dan cemburu. Takut umi lebih sayangkan anak didiknya daripada aku dan adik-adik!

Sebagai seorang ibu, umi memang penyayang, baik hati dan tegas.

Umi sangat tegas pada aku dan adik-adik terutama hal yang melibatkan pembelajaran kami di sekolah. Umi mahukan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Contoh yang paling obvious, kami adik-beradik tak dibenarkan mengadap lappy ataupun tengok tibi menjelang hari persekolahan. Hujung minggu je boleh. Kekadang ade jugak kitorang curik-curik bukak tibi. Bila kantoi, bergegar satu rumah dengan suara gergasi umi. Mencicit lah kami adik-beradik menyelamatkan diri memasing.

Umi jugak tegas hal-hal berkaitan disiplin. Kami adik-beradik memang dah di'set' kalau nak merayap, mesti balik sebelum pukul 7. Kalau terlebih tu, memang kena mengadap muka garang umi yang pegang rotan lah jawabnya.

Beliaulah Ratu Hatiku
Beliaulah ratu hatiku

Haa, cun kan umi aku. Berani nak cakap tak cun? Kau nak makan penumbuk ke penyepak?

p/s : Nanti Hari Bapa mesti ramai buat entry pasal ayah memasing pulak kan? =.='
Follow