tabung

Monday, May 23, 2011

Tragedi : Kemalangan Jalan Raya

mood : menginsafi diri


Pada petang 3 Disember 2010, sedang aku rilek rilek main badminton dengan adik adik, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan aku ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan lori. Beliau yang hilang kawalan ketika menunggang motosikal terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah lori. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Kehilangan beliau amat dirasai sebab beliau merupakan seorang yang amat baik hati, prihatin, hormat pada orang tua, kaya dengan senyuman dan banyak lagi sifat sifat mahmudah pada beliau. Senang cerita, beliau bukan mat rempit atau mat ganja.
Aku mohon jasa baik korang korang yang muslim untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada beliau, arwah Ahmad Zafrul bin Ahmad Rosman. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. 

*Al-Fatihah*

Hari ni tetiba aku teringat kat arwah dan tetiba tergerak hati nak buat entry tentang kemalangan jalan raya atau lebih famous dalam bahasa Inggeris, accident. Kalau baca surat khabar mana mana pun, tetiap hari mesti ade kes orang meninggal akibat accident. Statistik pada tahun 2009 menunjukkan seramai 6745 pengguna jalan raya yang maut dan 60% daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Sedih kan? Jom aku bawak korang berbincang tentang punca punca kemalangan jalan raya berlaku.


1.  TAKDE LESEN


Bab bab takde lesen ni dituju khas buat bebudak yang still bersekolah. Eh, terasa ke? Aku pun pernah buat tapi alhamdulillah tak pernah kemalangan. Tapi sekarang aku ade dah lesen motor dan kereta.


"Alah, leceh lah nak kena ambik lesen. Kerajaan saja nak cekik darah ambik duit rakyat je tu,"


Kita selalu anggap bab ambik lesen ni sebagai perkara yang remeh temeh. Selalu nak buruk sangka. Sedangkan masa proses nak dapat lesen tu lah satu satunya masa untuk mereka mengajar kita tentang peraturan jalan raya, cara cara memandu dengan berhemah dan sebagainya. Bebudak yang takde lesen main bawak je kereta or motor ikut suka hati diaorang. Ade jugak yang jahil tentang peraturan jalan raya, bawak kenderaan kat laluan sebelah kanan. Memang nak tempah tiket ke bawah tanah lah tu.


*Orang orang dewasa yang lesen dah berpuluh tahun pun ade terlibat dalam kemalangan jugak =.='


2.  MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU


Siapa pernah memandu melebihi had laju sila angkat tangan dengan bangga. Satu. Dua. Tiga. Empat. Sepuluh. Duapuluh. Okay, tak dinafikan memang ramai yang memandu melebihi had laju especially mereka yang memandu kat lebuh raya dan mereka yang bawak kereta lamborghini, porsche, ferrero rocher ferrari dan kereta kereta mewah yang lain. Memasing nak tunjuk kehebatan memandu. Kalau nak bawak laju laju sangat, pergi lah try kat litar Sepang, takpun litar Go-Kart.


*Tapi kalau kat lebuh raya bawak kereta takat 40 ke 60km/h ape kes? =.='


*Lamborghini Gallardo


3.  MAIN CILOK CILOK


Para penunggang motosikal memang famous bab main cilok cilok ni especially kalau jalan raya tengah sesak. Kejap ke kanan kejap ke kiri. Rasa mcam cool je dapat main cilok cilok, menambah kemarahan pada pemandu kereta. Ade jugak yang main langgar je cermin sisi kereta si pemandu sampai patah. Bukannya si pemandu kereta tu boleh kejar kalau jalan tengah sesak kan? Silap hari bulan, tercilok bawah lori tayar duabelas baru padan muka. Baru nak menyesal seumur hidup bila dah patah tangan kaki, tercabut kepala, terburai isi perut.


4.  MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK / MABUK


Memasing nak cepat sampai ke destinasi, tak peduli tentang keselamatan diri dan orang lain. Bila mata dah kabur kabur pun tetap tak nak berhenti rehat. Pikir nak cepat sampai je. Especially mereka yang memandu pada waktu malam.


Mereka yang mabuk sah sah tak ikut peraturan jalan raya. Kalau takde peluang tidur yang panjang akibat kemalangan jalan raya, ade pulak peluang tidur yang singkat dalam lokap bila kena tahan dengan pihak berkuasa.


5.  KENDERAAN TIDAK SEMPURNA SIFAT


Sebelum nak memandu especially untuk pemanduan jarak jauh, kenderaan sebaiknya dihantar ke bengkel untuk diperiksa agar sihat tubuh badannya daripada sebarang penyakit kebocoran atau kekurangan di mana mana. Kalau tak nanti tengah rilek rilek bawak kereta tetiba tayar meletup. Bila check, rupa rupanya tayar dah sepulu tahun tak tukar. Dah haus kering anak tekak dah.


*Pastikan ade 'air bag' dalam kereta.


Okay takat ni jelah yang aku nak kongsi antara punca kemalangan jalan raya. Ada banyak lagi punca puncanya tapi aku rasa lima pun dah cukup nak siapkan satu karangan. Haha ^^


*Antara gambar kemalangan jalan raya
*Sumber gambar : Pakcik Google





p/s : Saya akan masuk UiTM Seri Iskandar pada 3 September 2011. Lambat lagi derr =.='

9 comments:

Puteri Ummi Atilia said...

penah eksiden sebab keadaan kenderaan tak cukup sifat. brek tak makan. time tuh hujan. malam lak tuh. memang laaa.. hoho

Myra Jay said...

semoga roh arwah dicucuri rahmat..

Ngeri tgk pic kemalangan tuh..

Ayie said...

innalillah.. member teman baru kene sodok keta minggu lepas..

shedameor said...

alfatihah :(

yg pnting, saya penah memandu tanpa lesen and excident tp takdela terok. lebam besar buah epal kat peha tak baik2 selama 2 minggu :)

cikguden said...

hati2 di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang. pesanan khidmat masyarakat. hehehe

Hans said...

no 3 tu la selalu punca kemalangan
aku pun baru kehilangan member kau dalam kemalangan jalan raya sebab yang langgar kereta bos dia tu amalkan no 3 tu

Meatball IKEA Halal

alia azmi said...

puteri : ambik iktibar.. len kli kna bg mkn ubat dlu knderaan tu ^^

myra jay : thanks doa kn arwah.. arwah mmg sorang shbat yg baik

ayie : kita yg msih ade ni kna byk2 amal ibadah ^^

shedamor : sy pnah jatuh moto je tnpa sbrang luka.. kebal kot? hehee

cikguden : yup2 btul tu ckgu. sy skong ^^

hans : tak perlu tnjuk cool atau hebat d jalan raya kan ? baru tau lah meatball tu pnah d cop haram ..huu~

sha said...

betul jugak fakta2 yg diberi tu. Suka.. =)

aswadz said...

al-fatihah kpd kawan kamu.

memandu laju2 pun x guna gak. cepat abes minyak dan mencepatkan proses tempahan ke alam perkuburan...