June 19, 2011

June 19, 2011

Surat Buat Abah

Surat Buat Abah
*Abah dan Umi

Dinding Kelabu,
Atap Biru,
Seri Manjung,
Perak.

19 JUN 2011

Abah,

Abah sehat? Walaupun along dah tau abah sehat ke tak tapi along tetap nak tanya samada abah sehat ke tak. Ape? Abah demam? Makan panadol then baring dalam bilik, tak yah keluar keluar. Dah sehat esok baru keluar nak ke mana mana tau (anak prihatin ni =.=’). Along sentiasa sehat di sini. Terima kasih kat abah lah yang selalu berbuih mulut suruh along makan ubat resdung tiap kali along bersin or hingus meleleh leleh. Terima kasih kat abah yang berbuih mulut suruh along makan panadol tiap kali suara along dah nak jadi macam suara abah (garau).

Abah,

Waktu along kecik kecik dulu suka bergaduh dengan angah. Abah mesti marah, tengking tengking macam harimau mengaum. Kekadang sampai naik tangan abah bagi penampar kat along dan angah. Masa tu along asyik fikir yang abah dah tak sayang along. Asyik fikir yang along ni anak angkat. That’s why abah asyik marah marah.

TAPI...

Semakin usia abah meningkat, abah dah kurang marah marah. Kekadang terlepas jugak amarah abah tu. Semakin usia along meningkat jugak, along dah sedar yang abah marah marah bukan sebab abah dah tak sayang along. Malah sebenarnya abah sangat sayangkan along. Lagipun abah takkan marah kalau bukan sebab along yang buat salah, buat perangai mengada ngada. Betul tak?

Abah,

Waktu along kecik kecik dulu macam macam benda along nak. Kekadang nak patung barbie. Kekadang nak patung otromen. Kekadang nak kereta ferrari. Sampai dah besar ni pun macam macam along mintak kat abah. Abah sedaya upaya cuba memenuhi permintaan along. Abah tak pernah mintak balasan. Along tau, abah mesti penat bela satu satunya anak dara abah ni. Tapi abah tak pernah merungut. Tak pernah mengungkit yang pakaian, makan dan minum along datangnya dari duit abah bekerja.

Abah,

Along tak tau macam mana nak balas jasa abah. Terlalu tinggi pengorbanan yang dah abah lakukan untuk along. Along cuma boleh berjanji yang along akan belajar bersungguh-sungguh dan capai impian along. Biar nanti along ade kerja yang bagus dan dapat sara abah. Dapat bagi segala yang abah nak, lebih daripada apa yang abah dah bagi along. Along nak abah rehat je kat rumah nanti. Tak payah penat penat berkebun nak cari duit lebih.

Abah,

Selama lapanbolas tahun ni along jarang ucap terima kasih tiap kali abah bagi sesuatu kat along. Jarang mintak maap bila along buat salah. Tapi abah mesti tau yang along sentiasa berterima kasih atas segala pemberian abah. Sentiasa mintak maap atas segala kesalahan yang along buat. Along kan anak abah. Mesti abah boleh baca isi hati along kan?

JADI...

Abah,

Along cuma nak berterima kasih kat abah sebab sabar melayan karenah anak abah ni. Along jugak mintak maap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesalahan yang along lakukan. Mintak ampun kalau kalau along sakitkan hati abah. Kalau ade, ketahuilah yang along tak sengaja sakitkan hati abah.

Along sayang abah.

Last but not least,

SELAMAT HARI BAPA, ABAH

Love,
Cik Gadis.
(Your Daughter)

June 14, 2011

June 14, 2011

Pengalaman : Lambaian Kaabah

Pengalaman : Lambaian Kaabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng!

Hope korang sentiasa dalam keadaan sehat walafiat. Entry kali ni agak panjang dan berunsur keagamaan. Agak panjang sebab aku tak nak buat 'part'. Aku nak cerita sampai habis. Korang korang yang bukan Islam pun boleh baca jugak pasal aku just nak kongsi cerita tentang pengalaman aku mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah al-Mukaramah dan ziarah di Madinah al-Munawarah.

30 MEI 2011 - 1 JUN 2011

(30 Mei 2011)Perjalanan bermula pada jam 9.30pm, group Hj Nazam dari Manjung berkumpul di Masjid Daerah Manjung. Habis baca doa selamat, bas start bertolak menuju ke KLIA. Tapi singgah di perhentian A (tak ingat nama) untuk berjumpa dengan group dari Taiping. Total kami semua ade 80 orang.

(31 Mei 2011)Kira kira jam 3.00am kami sampai di KLIA. Lama jugak duduk kat KLIA sampai panas punggung sebab flight dijadualkan pada jam 9.00am. Bila dah announcement, baru kami gerak nak check-in. Kami naik kapal terbang Sri Lankan Airlines ke Colombo untuk transit. Berlepas kira kira jam 10.00am (nobody's perfect. Flight memang tak jalan tepat waktu). Perjalanan ke Colombo mengambil masa selama 3 jam. Sampai di Colombo lebih kurang pukul 11.00am (masa Colombo). Flight ke Jedah sepatutnya pukul 3.00pm (masa Colombo) tapi delay sejam (again, nobody's perfect). Sampai Jedah tak ingat pukul berapa tapi dah maghrib. Dekat Jedah memang kena sabar tahap maksimum. Mamat Arab buat dunno je bila kami tak jumpa bagasi kami. Hampeh. Duduk tunggu bagasi hampir 3 jam jugak. Then baru dapat bertolak ke Madinah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa selama 5 jam.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : di KLIA
atas(kanan) & bawah(kiri) : di airport Colombo
bawah(kanan) : airport Jedah

(1 Jun 2011) Sepatutnya kami sampai Madinah 31 Mei tapi atas sebab sebab lewat dan sebagainya, kami sampai Madinah lebih kurang pukul 9.00am (masa Arab Saudi). Time tu lah first time tengok Masjid Nabawi. Memang cantik dan unik. Hari yang sama jugak kami menziarahi makam Rasulullah dan Jannatul Baqi', tempat dikebumikan para syuhada'. Yang tak bestnya, tak dapat tengok makam Rasulullah betul betul sebab kerajaan dah pagarkan makam baginda.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : makam Rasulullah dalam Masjid Nabawi(raudhah)
lain lain : Masjid Nabawi

2 JUN 2011 - 4 JUN 2011

(2 Jun 2011) Kami menziarah Kota Madinah. Kami pergi ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, dan Bukit Hud. Masjid Qiblatain bermaksud masjid dua kiblat. Masjid ini dinamakan sedemikian sebab sewaktu Rasulullah sedang menunaikan solat Zuhur, dua rakaat yang pertama baginda mengadap Masjidil Aqsa. Kemudian Allah memerintahkan Kaabah sebagai kiblat yang baru maka dua rakaat yang terakhir baginda mengadap Kaabah. Bukit Hud tempat di mana berlakunya perang uhud. Umat Islam tewas sebab tamak kan harta perang dan tidak menurut perintah Rasulullah. Di dalam Gua Hud masih terdapat kesan darah baginda Rasulullah dan berbau wangi. Namun kami tak dapat masuk ke gua tersebut kerana gua itu telah ditutup. Takut berlaku khurafat. Kami jugak singgah di Pasar Kurma. Kurma di sini memang murah murah.

(3 Jun 2011) Kami melawat Bukit Magnet dan Bukit Terbakar. Di kawasan Bukit Magnet, kenderaan tak perlu tekan minyak. Walaupun free gear, kenderaan boleh bergerak. Daya tarikan magnet tersebut boleh menarik bas dengan kelajuan 120km/h. Sampai sekarang kedudukan magnet masih tak dapat dikesan. Bukit Terbakar diberi nama sedemikian sebab sewaktu Rasulullah di Madinah, orang orang kafir tak percaya Rasulullah sebagai utusan Allah. Mereka mencabar baginda membakar bukit tersebut. Batu batuan di bukit tersebut semuanya ringan, kesan terbakar ratusan tahun dahulu.

Hari yang sama jugak kami bertolak ke Mekah, lepas solat Jumaat di Masjid Nabawi. Perasaan terasa sayu apabila terpaksa meninggalkan bumi Madinah, berpisah dengan Rasulullah. Hati kami semua berdoa semoga pertemuan dengan Rasulullah kali ini bukanlah kali yang terakhir.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : dalam Masjid Quba'
atas(kanan) : Bukit Hud
bawah(kiri) : Bukit Terbakar
bawah(kanan) : Bukit Magnet

(4 Jun 2011) Kami tiba di Mekah kira kira jam 12.00am. Lepas letak bagasi masing masing, terus menuju ke Masjidil Haram untuk buat umrah yang pertama. Perasaan pertama kali melihat Kaabah tak dapat nak diterjemahkan dengan kata kata. Lahir satu perasaan halus, perasaan terharu, perasaan sayu, perasaan tak sangka dapat pijak lantai baitullah. Perasaan seperti berpisah dengan keluarga selama belasan tahun dan akhirnya dapat bertemu kembali. Korang boleh bayang tak perasaan tu? Seni bina Masjidil Haram jugak sangat unik dan cantik seperti Masjid Nabawi.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : kawasan sai'e safa ke marwah
lain lain : Kaabah dan Masjidil Haram

5 JUN 2011 - 6 JUN 2011

(5 Jun 2011) Kami menziarah Kota Mekah. Kami ke padang Arafah di mana jemaah haji akan berwukuf ketika menunaikan haji. Padang Arafah adalah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa selepas dicampak ke bumi. Sekiranya kita berdoa untuk jodoh di Jabal Rahmah (puncak padang Arafah) insyaALLAH kita akan menemuinya. Selain itu, kami juga melalui Mina dan Muzdalifah. Sekadar untuk melihat kawasan jemaah haji akan bermalam. Pada 6 Jun, kami menunaikan umrah Tana'im jam 6.30am. Buat pengetahuan korang, waktu Subuh di sini adalah pada pukul 4.10am. Kalau 6.30am tu, keadaan langitnya lebih kurang macam pukul 8.00am di Malaysia.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
padang Arafah

7 JUN 2011 - 9 JUN 2011

(7 Jun 2011) Kami ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah. Di Masjid Hudaibiyah kami bermiqat umrah Hudaibiyah. 

(8 Jun 2011)Kami bertolak selepas Zuhur untuk melawat ke Jedah. Singgahan pertama kami di Masjid Kisas untuk solat Asar. Kami jugak dapat lihat kawasan di mana hukum hudud dijalankan. 

(9 Jun 2011) Family aku sekdar jalan jalan sekitar pekan Mekah yang berdekatan dengan hotel kami untuk membeli souvenirs buat saudara mara di Malaysia. 

Pengalaman : Lambaian Kaabah
atas(kiri) : ladang unta
atas(kanan) : kawasan hudaibiyah
bawah(kiri) : kawasan Masjid Kisas
bawah(kanan) : pekan Mekah

10 JUN 2011 - 11 JUN 2011

Kami bertolak ke airport Jedah seawal jam 9.00am pada 10 Jun. Kami singgah di Masjid Terapung untuk makan tengah hari. Masjid ini dibina atas Laut Merah. Laut ini lah laut yang dibelah Nabi Musa ketika pemerintahan Firaun dulu. Sampai di airport, sekali lagi kami perlu kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dengan karenah mamat Arab. Akhirnya kami tiba di KLIA jam 1.30pm(waktu Malaysia) pada 11 Jun 2011.

Pengalaman : Lambaian Kaabah
Masjid Terapung atas Laut Merah

p/s : perasaan melancong ke Mekah dan Madinah sangat berbeza berbanding melancong ke negara negara lain
Follow