November 16, 2012

November 16, 2012

Kisah Si Mata

Assalamualaikum. Hai korang !

Al kisah suatu hari aku nak tengok cerita Silent Hill di pawagam. Rasa gah gah gitu bila nak tengok cerita yang ade tanda (18). Terasa macam dah dewasa. Al maklumlah, first time nak tengok cerita lapanbolas tahun ke atas. Dalam pawagam, duduk seat F kalau tak silap aku. Sebelah Sya, sepupu aku. Pawagam mana? Biarlah rahsia. Aku dan Sya masuk memang awal tak start iklan pon lagi. So borak borak jela dulu sementara nak tunggu tayangan di skrin.

Tak lama lepas tu, tayangan iklan iklan pon bermula. Aku terkejut beruk sebab tengok skrin wayang kabur gila ! Subtitle nampak macam ade dua. Gambar pon kabur, padahal sepatotnya gambar kat wayang semua HD kan? Aku panik, gelabah. Takkan tetiba aku dah rabun kot? Tadi usha mamat handsome lalu tak kabur pon mata aku? Siap boleh scan lagi mamat tu ada berapa banyak taik lalat, berapa banyak jeragat.

"Sya.. Aku rasa aku dah rabun. Skrin nampak kelabu," - rungut aku. Rasa macam nak nangis. Sya diam jek sambil tersengih sengih. Beberapa saat kemudian, dia hulurkan cermin mata. Cermin mata 3D. Okay. Rasa tertipu. Macam mana aku boleh lupa Silent Hill yang aku tengok ni 3D ? Padahal masa dapat cermin mata 3D tu tadi aku yang semangat belek belek cermin mata tu.

Lepas tengok Silent Hill aku pon dah makin rajin tengok cerita yang bertanda (18) seperti TED. Eh tak, tak. TED tu aku ikut member member aku jek. Bukan sebab aku yang nak tengok sangat. Betul, tak tipu.

**

Al kisah suatu hari aku lambat datang ke kelas structure. Punyalah kelam kabut aku pergi kelas sampai lupa nak pakai kasut. Aku bukan berkaki ayam, tapi aku pakai selipar. Tapi nasib baik lecturer tak nampak. Masa tu pakai baju kurung so, agak terror lah aku sorokkan selipar tu dalam kain baju kurung yang aku pakai. Dengan semangat yang berkobar kobar aku keluarkan buku dan sebatang pen untuk salin nota.

Malangnya aku tak nampak apa yang ditulis di papan putih. Jenuh aku kecilkan anak mata nak kenalpasti apa yang tertulis di depan. Kalau tak nampak, macam mana nak salin nota. Mungkin dakwat marker biru lecturer tu dah uzur. Dah tak berapa nak nampak serinya. Kabur je. Last last member sebelah jadi mangsa untuk aku salin nota darinya.

Kelas Construction Technology. Tak guna papan putih. Sebaliknya guna LCD kat depan. Possibility tak nampak tulisan kat depan tu kurang lah kan. Lega bila pikir dapat menyalin nota dengan lancar. Namun, apa yang diharapkan tinggal harapan je. Sama macam kelas structure tadi. Aku tak nampak apa yang ditulis di skrin. Kabur.

Aku jadi bingung. Tak tau nak bagi alasan apa lagi kat mata yang tak nampak ni. Mula lah aku merungut sorang sorang sebab susah nak salin nota. Aqilah yang duduk kat depan aku dengar rungutan aku.

"Kau rabun kot. Cuba pakai spek aku ni,"

Terasa degupan jantung aku laju gila macam berdepan dengan orang yang dicintai. Berdebar. Tangan terketar ketar sambut cermin mata Aqilah. Aku sarungkan ke mata aku, dan... Jelas ! Tulisan di skrin aku nampak dengan jelas. Rasa macam tak boleh terima hakikat tapi hakikatnya memang aku rabun.

Aku tertanya tanya adakah keadaan mata yang rabun ni berpunca daripada tengok cerita yang bertanda (18) ?

p/s : Jagalah mata anda jangan dibiar dia rabun. LOL

November 15, 2012

November 15, 2012

LAMA

mood : LAMA

Tadi. Bangun tidur pagi tadi (rumah sewa) lewat gila. Macam tak tidur setahun. So bangun pon lewat. Matahari dah LAMA terpacak baru nak terjaga. Rasa malu sekejap. Anak dara, tak elok bebenor bangun lewat. Bangun, blur tak tahu nak buat apa. Kelas dah ponteng memandangkan dah bangun lewat. Memang tak menyempat lah nak datang kelas pagi tadi. Kelas Construction Technology. Maafkan saya, lecturer. Mesti lecturer dah tunggu aku LAMA tapi batang hidung aku tetap tak kelihatan. Boleh bayangkan betapa kecewanya muka lecturer tu menunggu kedatangan aku.

Mandi. Selesai mandi, konon konon nak buat kerja lah. Esaimen. Tak payah cakap lah memang menimbun mengalahkan pedana menteri punya paper work. LAMA aku menung kat esaimen yang menunggu untuk disiapkan. Last last aku tak sentuh pon. Boleh bayangkan betapa kecewanya esaimen esaimen aku yang terpaksa ditangguhkan. Lagi.

Tengok jam. Masa ni rasanya abah ade kat rumah. Memandangkan esok cuti awal Muharam dan lusa takde kelas, aku buat keputusan nak balik rumah. Eh, tanak balik lah esaimen banyak. Baliklah, esaimen boleh tunggu. LAMA aku buat keputusan muktamad samada nak balik atau tak. Last last buat keputusan nak balik jugak.

"Abah, along nak balik. Boleh datang ambik ? Hehe,"

"Ok. pukul 4 abah sampai,"

Pukul 4. Kemas kemas baju tak sampai 5 minit. LAMA aku tunggu abah sampai namun bumper saga tetap tak nampak nampak. Yelah, belum pukul 4 nak nampak apa. 

Abah sampai lebih kurang 4.05pm. Lari sikit daripada waktu sebenar yang abah rancang nak sampai. Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa kira kira 40minit. Walaupun dah selalu ulang alik Seri Iskandar-Manjung tapi entah kenapa perjalanan pulang kali ni terasa lebih LAMA berbanding sebelum sebelum ni. 

Sampai. Pintu rumah dah tersedia terbukak. Menunggu kepulangan aku barangkali. Happy je rasa bila dah sampai rumah. Letak beg kat dalam bilik, usha angah ngan Am namun hampa mereka takde. Terlalu teruja tunggu aku balik, mungkin. LAMA jugak tunggu budak berdua tu balik rumah. Selagi belum azan maghrib, jangan haraplah nak nampak batang hidung.

Azan. Terpacak budak berdua tu depan pintu rumah. Aku macam happy gila jumpa diaorang. Rindu. Macam aku ni belajar luar negara, dah setahun tak jumpa. Macam tu punya rindu. Budak berdua ni pon tersengih sengih kat aku dengan baju dibasahi peluh. Main bola, mungkin. Am meluru ke arahku, peluk aku. LAMA dia peluk aku. Mungkin dia pon rindu aku macam aku rindu dia. Terharu.

Makan malam. Dah LAMA rasanya tak makan malam sama sama dengan family ku macam ni. Banyak benda di borakkan. Langkah kanan jugak aku balik minggu ni sebab umi buat nasi lemak. Dah LAMA tak makan nasi lemak umi. Nasi lemak yang terbaik tersedap di dunia. 

TAMAT.

p/s : dah LAMA aku tak update.

September 16, 2012

September 16, 2012

Anarchive Part03

Assalamualaikum. Hai korang !

Rasa rindu nak duduk rumah, lepak sepanjang masa tanpa perlu bebankan kepala otak dengan assignments atau projek. Itulah satu satunya perasaan bila dah bukak semester baru. Maklumlah, dah dua bulan memalaskan diri. Semangat nak belajar tu belum ada. Tunggulah dua tiga minggu lagi. Sorry lecturers. Hee.

Sudah menjadi tradisi dalam family architecture UiTM Seri Iskandar (SI for short), bila Part01 yang baru masuk akan di handle Part03. Memandangkan Anarchive (rujuk sini) dah berusia Part03 pada sem kali ni, kami diberi tanggungjawab untuk meng'handle' Part01 yang bilangannya dua kali ganda bilangan kami. First time kot satu batch tu melebihi 100 orang. Memang nazak rasenya kalau nak jaga sorang demi sorang. 

Baru terasa betapa beratnya tanggungjawab menjaga junior. Baru terasa betapa beratnya tanggungjawab lecturers yang menjaga kami, satu department architecture. Tabik spring to lecturers dan seniors !

Pada sem kali ni jugak disamping busy dengan assignments dan projects, kami akan busy dengan archiday yang merupakan event yang akan di'handle' Part03. Sekali lagi, ini tradisi. Konsep/tajuk archiday kali ni adalah LAMA. 


LAMA yang kami takrifkan sebagai suatu jangka masa (masa lampau), orang yang LAMA (mereka yang tua, mempunyai lebih pengalaman). Bak kata pepatah, mereka yang tua makan garam dulu. LAMA jugak kami takrifkan sebagai putaran hidup, ade turun dan ade naik.

So sekarang ni busy memikirkan idea untuk buat design berkaitan LAMA, jejak kasih super super seniors, dan seniors seniors Shah Alam (SA for short). Berharap sangat archiday kali ni yang kami handle akan mendapat pujian seniors dan lecturers. Biar tersemat di hati archiday kami antara yang terbaik.

Oh tak, tak. Jangan ingat event ni terbuka buat semua ye. Just untuk student arcitecture je. Hehe. So boleh bayangkan tak betapa busynya aku untuk sem kali ni? Rase tak sabar nak habes sem.

Tapi disebalik busy busy tu, actually ade semangat jugak nak mem'busy'kan diri ni sebab kami dah dapat jaket Archisa (Architecture Student Association). Senior Part08 baru bagi jaket ni semalam setelah dua sem kami tunggu. Jaket ni bernilai bukan sekadar pada harganya tapi pada hati kami, architecture students. So korang, wish me luck, wish Anarchive all the best untuk mengharungi liku liku hidup sebagai student architecture Part03. Thanks in advanced =)

Anarchive uitm Part03
*ANARCHIVIANS with our jackets

p/s : wish us luck !

p/s : sedih tetiba bila baca this whole entry :')

August 23, 2012

August 23, 2012

Tradisi Raya

Rasanya tak terlambat lagi aku nak ucap happy raya kat korang korang ni kan. So dengan hati yang lapang dan terbukak aku ucapkan

"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin"

Mintak ampun lah kekalau ade antara entry entry aku sebelum ni buat korang terkecik hati ke limpa ke usus ke. Jangan lah disimpan di hati dan sanubari. Moga dapatlah korang maapkan aku k.

Seperti korang korang yang lain, aku jugak nak simpan kenangan raya tahun ni di blog kesayangan aku ni. Tahun ni raya kat rumah aku jek (sebelah abah). Sangat best sebab dah lama kami tak berkumpul bersama.

Almost everyone celebrated new year by enjoying concerts or went to watch fireworks or just watched live tv shows at home. When I thought I'll be one of these people, maan I was being delusional. I suffered severe headache for two days and when the clock finally hits midnight, on new year's eve, I rushed to the toilet, vomited the meals I had earlier.
Takyah cakap panjang panjang. Enjoy the pictures jela eh?

Tradisi Raya

Tradisi Raya
*sessi bermaafan 

Tradisi Raya
*my family

Tradisi Raya
*adeqku yang galah panjang

Tradisi Raya
*sepupu sepapat

Tradisi Raya
*bergaya dengan spek baru

Tradisi Raya

Tradisi Raya

Tradisi Raya

Tradisi Raya

Tradisi Raya

Tradisi Raya

p/s : salam aidilfitri daripada cikgadis dan keluargaa ^^

August 9, 2012

August 09, 2012

Mereka Nyawaku

mood : sedih mengenangkan Ramadhan yang bakal pergi :'(

Mereka Nyawaku

Mereka Nyawaku

Mereka Nyawaku

Selepas Tuhan dan Rasul-NYA. Selepas umi dan abah. Selepas arwah opah dan atok.

Merekalah nyawaku:

Amirul Rijaluddin bin Azmi
Muhammad Ilham Fahmi bin Azmi
Fakrul Azren bin Azhar
Nurul Syifa binti Azhar
Siti Aisyah binti Azhar
Muhammad bin Azhar
Abdullah bin Ahmad Kamal
Aiman bin Ahmad Kamal
Farah Nabila binti Ahmad Nizam

p/s : along sayang korang semuaa !

p/s/s : Manfaatkan sebaik baiknya Ramadhan tahun ni yang semakin hampir ke penghujung. Semoga kita dipertemukan dengannya semula tahun hadapan =)

August 3, 2012

August 03, 2012

Suatu Hari di Bulan Rmadhan

mood : menginsafi diri

Dalam pukul 5pagi macam tu umi kejut aku dan adik adik bangun sahur. Umi terpaksa ketuk pintu bilik aku berkali kali. Bunyi bising dari ketukan umi tak aku hiraukan. Sebaliknya, aku capai bantal dah tutup telinga. Last last umi naik geram, bukak pintu bilik aku guna kunci pendua. 

Okay, aku menyerah. Umi sangat agresif mengejut aku dan adik adik bangun sahur. Aku pergi dapur tengok angah takde lagi. Umi dah malas nak kejut angah yang langsung tak bergerak eventhough umi dah main kompang kat telinga dia, Am dah main ting ting atas katil dia. Angah hilang pahala bangun sahur.

Disebabkan rasa bosan yang amat duduk rumah tak buat ape ape, aku decided untuk keluar berfoya foya. Oh seriously, puasa tak menghalang aku untuk bergerak aktif, shopping ^^ Masa nak balik tu, terserempak dengan beberapa budak sekolah (pakai uniform sekolah) tengah syok merokok, makan nasi tepi longkag. Aku menghampiri,

"Adik, tak elok lah makan tepi longkang ni. Pergi lah makan kat kedai mamak ke ?" -aku nasihat dengan suara yang lemah lembut.

Petang tu rasa macam teringin nak cuci mata kat bazar ramadhan. Aku ajak member aku, Mia. Motif utama ajak Mia sebab dia ade kereta. Haha. Sampai je kat bazar ramdhan rasa macam nak beli semua. Aku sabar tapi Mia tak. Setiap kedai yang kitorang berenti ade je makanan yang Mia beli. Penuh tangan Mia bawak banyak makanan. Ade kuih muih, kebab mebab, roti johnny english, mee, bihun, macam macam lah. Aku terasa nak tegur Mia,

"Kau beli semua ni ada ramai orang ke kat rumah ?"

"Takde lah, aku sorang je kat rumah. Papa dengan mama aku pun takde, balik kampung," -wajah Mia mula berubah.

"Membazir amalan syaitan, Mia," -aku cuba pujuknya dengan suara selembut yang boleh, mengalahkan suara retis retis.

"Kau nak?" -Mia hulur beberapa bungkusan yang dibelinya tadi. Aku sengih sengih.

Malam tu aku pergi terawih kat masjid dekat dengan rumah aku. Jalan kaki je. Setiap langkah ke masjid tu kan diberi ganjaran pahala. Am langkah kecik kecik, nak banyak pahala katanya. Aku gelak sorang sorang je bila dia buat macam tu.

Dah sampai tengok ramai jugak muslimah datang masjid nak terawih. Ade beberapa adik adik belakang aku agak bising. Siap bergambar lagi. Pakai telekung, dalam masjid, ambik gambar buat muncung itik. Duniaa.

"Adik, tangkap gambar tu diam sikit. Ni masjid, bukan muzium," -tegur aku selembut yang mungik sambil senyum sampai ke telinga.

Solat isyak, saf tak sempurna. Makcik makcik yang agak pentingkan diri guna sorang satu sejadah. Sejadah pulak yang rapat, bukan orangnya. Aku selalu rasa geram kalau tengok keadaan saf macam ni sebab masa belajar kat sekolah dulu, ustat cakap syaitan mengisi ruang ruang saf yang tak sempurna tu. Susah lah nak khusyuk.

Dengan rasa yang tak berapa nak rasa, aku cakap kat makcik makcik yang pentingkan diri tu slow slow,

"Makcik, jangan sejadah je yang rapat. Makcik makcik kena bersentuh bahu, rapatkan saf. Kalau tak nanti setan nak semayang sama," -tegur aku dengan senyuman semanis habis. Hampa, makcik makcik tak peduli pun. Buat dunno. Duniaa.

Balik terawih, melantak kuih muih yang dapat daripada Mia tadi. Kenyang hingga sedawa berkali kali. Niat puasa untuk esok, dan terus tidur.

p/s : cerita rekaan semata mata untuk renungan bersama =)

June 29, 2012

June 29, 2012

Dah Setahun

Dah Setahun
*Anarchive (takyah cari aku. aku takde. gila sedih)

Hai korang!

Lega gila bila dah hujung sem. Kelas design pun dah habis which means langit dah kembali cerah buat kami bebudak archi. Tadi ade pelancong asing nama Prof Alan Bridges datang melawat studio kami. Beliau rupa rupanya anak buah Frank Gehry (arkitek yang gila terkenal). Bangga rasanya bila beliau puji studio kami. Dah dua sem studio kami dipuji. Harap harap pencapaian ini dikekalkan. Biar tetiap sem nama studio naik. Bangga kan studio master. Naik kan nama Anarchive. 

Anyway, kalau korang tak tau lagi apa tu Anarchive, aku tak kan jemu mahupun bosan untuk menjelaskannya. Anarchive merupakan nama batch aku di tempat aku belajar sekarang, student arkitek UiTM Seri Iskandar. Cool kan nama Anarchive? Hehe.

Aku ingat lagi masa mula mula nak daftar upu. Cita cita aku sejak Form3, aku nak jadi arkitek. Satu je alasan aku nak ambik arkitek masa tu. Aku suka melukis, aku tak suka membaca. Dan dalam pikiran dok pikir, belajar arkitek confirm belajar lukis bangunan segala. Tapi ternyata sangkaanku meleset. Kirim salam kat bangunan, kirim salam kat lukisan (lebih banyak buat model).

Senior.

Masa mula mula masuk sini dulu, kami terus kena berhadapan dengan karenah senior yang pelbagai. Masa induction, macam macam kena buat. Kena buat bunyi pistol lah, kena ambik tandatangan. Macam dah kena regging. Masa jadi kuli untuk event event archi asyik kena marah, kena maki. 

Tapi bila dah setahun ni, kami dah kuat nak hadapi caci maki senior. Dah paham apa yang senior nak. Cuba sehabis baik untuk penuhi apa yang senior nak. With that, senior pon suka nak berkawan.

Kelas Design.

Kelas design pulak kena berdepan dengan karenah lecturer. Pon sama. Design yang dibanggakan, diejek, diperlekeh oleh lecturer. Ada model dikatakan macam sarang semut, ada macam tempat pemujaan sedangkan bagi diri sendiri, kita dah buat sehabis baik. Mula lah rasa down, rasa nak quit. Gila takde ketabahan. Tapi bila review, rasa puas hati mula menyelubungi diri bila tengok hasil kerja dipamerkan. Tak jadi nak quit. Aku masih boleh bertahan. What de?

Tapi bila dah setahun ni, dah paham dah perangai lecturer yang suka kutuk design kami. Kutuk memang kutuk tapi lecturer still tolong untuk improvement. Cuma kena tahan telinga kejap jelah.

Kawan kawan. Bermula dengan 60, sekarang tinggal 58. Sedih.

Mula mula masuk dulu tak kenal sorang pun. Tak tau nak bergaul macam mana. Those group of friends dari KL speaking memanjang. Rasa down aku ni tak pandai speaking. Cari kawan lain. Those group of friends dari Kelate, bahasa Kelate aku tak paham. Ternganga je bila dengar diorang bersembang. Rase terpinggir. Dengan bebudak laki pulak, segannya rasa nak tegur. Lawan jantina lah katakan. Ramai yang handsome pulak tu. Segan!

TAPI.

Bila dah setahun ni, kami dah rapat. Takde lagi jurang bahasa. Budak KL dah pandai cakap bahasa Kelate. Dah tak segan dengan budak laki. Ke'handsome'an diorang pon dah hilang. Saling membantu bab bab design, bab bab nak buat event. Masalah peribadi pun kami tolong antara satu sama lain. Dah macam adik beradik. Tak kurang jugak ade yang dah ehem ehem sesama batch or dengan senior (nak kata kapel, tapi bukan kapel. Ade jugak yang kapel).

Anyway. Dah setahun lamanya aku berpijak pada bumi UiTM Seri Iskandar ni. Nak kata dah banyak pengalaman yang dilalui pun tak boleh. Umur masih setahun jagung. Masih jauh perjalanan. Masih akan timba banyak pengalaman. Mungkin apa yang aku pilih ni jalan yang betul. Mungkin tidak. Aku pun tak tahu. Biar masa jelah yang menentukannya. Tak mustahil bila dah sem 7 nanti tetiba rasa nak tukar kos. Who knows?

p/s : dah macam monolog dalaman pulak entry kali ni =.='


May 14, 2012

May 14, 2012

Gelagat Pawagam

Hai korang!

Beberapa hari lepas aku pi tengok wayang citer Marvel's The Avengers kat Ipoh Parade. Memang superb aa. Tak sanggup nak alih mata daripada skrin, takot terlepas scene yang best best sebab semua scene best. Tapi tengah feeling feeling ade jugak mambang mambang tak beradab. Buat bising dalam pawagam. Lagi orang sound, lagi kuat pulak dia bising. Agaknya first time masuk pawagam kot? Jakun.

Bila di pikir pikir balik, dalam pawagam ade bermacam macam spesis manusia. Lebih kurang sebulan jugak (okay, tipu. Tak sampai sejam pun) aku buat kajian mengenai spesis spesis manusia dalam pawagam. Tapi sebelum meneruskan penaipan, diingatkan entry ni takde kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Okay, let's cekedout!

1. Couple

Manusia spesis ni memang berlambak dalam pawagam. Diorang punya keintiman mengalahkan mereka mereka yang dah ade pertalian yang sah (dah kawen). Biasenye couple banyak tengok citer hantu atau citer cintan cintun. Bila tengok citer cintan cintun, sepanjang masa dalam pawagam tu tangan memasing tak boleh nak lepas. Konon nak feeling.

Pernah sekali aku dapat seat sebelah couple. Citer hantu. Bila tiba scene saspen, si awek menggedik peluk peluk si balak. Tapi tak semua si balak berani. Ade jugak si balak yang menjerit macam langsuir (awkward.....).

2. Golongan bebudak bawah umur

Ade jugak aa nampak bebudak sekolah tengok wayang. Macam mana aku tau diorang budak sekolah? Mana taknya, pagi Isnin pergi tengok wayang pakai baju sekolah. Siap pakai nametag lagi. Nampak sangat ponteng sekolahnya. Sekali toleh kiri kanan ternampak cikgu Hal Ehwal Murid kat seat sebelah. Kan kantoi tu. Haha. Adik adik, lain kali tukar baju dulu ye. Baru tak kantoi. 

Citer ombak rindu pun aku tengok kat pawagam jugak. Kat Ipoh Parade. Seat depan aku ade dalam 6 pasangan bebudak kecik besar adik aku (sekolah rendah). Diorang dating kot. Dressing yang perempuan mengalahkan aku. Dengan eye-liner setebal arang, gincu merah sepekat darah. Bila tiba part censored macam part Aaron Aziz ehem ehem dengan Maya Karin, diorang yang paling kuat bising buat bunyi "phewwit". Pernah jugak aku pi pawagam nampak bebudak kecik pujuk pujuk akak cashier nak tengok citer P18 (tak ingat citer ape). Berani betul bebudak sekarangkan? Dah besar nanti tak tau lah macam mana perangai diorang ni.

3. Golongan remaja

Golongan remaja maksud aku, golongan perempuan dengan kawan kawan perempuannya or golongan lelaki dengan geng geng lelakinya. Tak lupa golongan mat mat rempit dengan geng geng rempitnya.

Golongan perempuan takde masalah sangat kot (ceyy backup kaum sendiri) tapi golongan lelaki ni aku tak paham. Korang nak tengok wayang ke nak tengok perempuan yang tengah tengok wayang. Boleh pulak orang tengah feeling, dia mintak nombor phone. Whatde..?

Golongan mat mat rempit lebih kurang dengan situasi aku masa tengok The Avengers. Bising mengalahkan bunyi enjin motor diorang.

4. Golongan gila kamera

Sebelum lampu pawagam padam, mula aa keluarkan DSLR, BB krim, Ipod, Ipad, Iphone, segala jenis "I" lah nak tangkap gambar. Dah habis tengok wayang pulak, wajib bergambar dengan poster citer yang baru tengok tadi. Gambar tiket wayang paling penting untuk di capture. Bila balik nanti upload kat fesbuk, bukti pi tengok wayang. Derr...

(okay, mengaku aku salah sorang daripada golongan ni =.=')

5. Family

Golongan paling sweet yang ade kat pawagam. Si anak jerit jerit nak popcorn, bukannya concern sangat pasal citer yang tengah ditayangkan. Si anak jerit jerit nak pi toilet. Si emak tanpa merungut, tanpa risau terlepas scene Aaron Aziz, bawak anaknya pi toilet. Bahagia kot!

Citer yang aku pernah tengok wayang with the whole family, citer Hikayat Merong Mahawangsa, 2012 dan Lang Buana. Epic !

p/s : teringin nak tengok wayang sorang sorang dalam pawagam sambil mengunyah popcorn dengan bahagianya. Ape rasanya ye?

April 20, 2012

April 20, 2012

Kisah Dia Dan Squasy

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng! Tak lupa, ANNEYONGHASEYO! 

Cantik tak header baru? Header ni gambar bebudak batch aku, Anarchive.

"Anarchive? Hari tu Anarchi?,"

Disebabkan ade kontroversi dengan nama Anarchi, jadi kami telah sepakat untuk menukar nama batch. So here it is. Anarchive. Ape ape pun kami tetap kami tak kira lah ape nama yang kami guna. Kami bersatu, kami satu family. 

Seperti tajuk, entry ni ade kaitan dengan Squasy. Agak agak ape yang bermain lam kepala otak korang? Aku pi tengok pertandingan Squasy? Aku masuk pertandingan Squasy?

Siapa pulak 'Dia' yang aku nyatakan kat tajuk? Dato' Nichole Ann David? Azlan Iskandar?

Okay, cukup lah nak main teka teki. Actually 'Dia' yang aku maksudkan adalah adik aku yang bongsu, Am. Entry kali ni memang entry untuk mempopularkan Am. Kalau Am baca ni, mesti kembang kempis je hidungnye yang memang dah kembang tu =.='

Kisah Dia Dan Squasy
*Am

Am merupakan pemain Squasy kat sekolah. Boleh dikatakan pemain Squasy sekolah yang pertama lah. Sejarah tu. Tahun lepas Am masuk perlawanan Squasy peringkat MSSPk (Majlis Sukan Sekolah Sekolah Perak) dan memperoleh tempat ke-5. Padahal masa tu Am baru mula berlatih Squasy. Baru 3 bulan berlatih dah berjaya dapat tempat ke-5 dalam Perak. Am terpilih untuk compete dengan bebudak top5 untuk dapat main peringkat kebangsaan tapi Am gagal.

Bagi aku, perkara tu agak membanggakan. Tak sangka Am ade bakat, potensi untuk jadi pemain Squasy. Masa aku nak join Bola Tampar and Bola Jaring masa sekolah dulu, start sekolah dah kena berlatih. Baru boleh mahir and dapat top5. Itu pun aku main sukan berkumpulan tapi Am solo kot.

So, memandangkan MSSPk tahun ni aku ikut Am ke Ipoh untuk lawan Squasy terniat di hati nak cerita pengalaman tengok orang main Squasy (Excited macam tengok Dato' Nichole Ann David main je =.='). Let's cekedout !

Hari first which is on 14 Februari (hari kekasih gitu. Muslims, sila jangan sambut valentine). Kitorang sampai pusat Squasy tu seawal jam 7.45am. Mengikut jadual, perlawanan akan start pada pukul 8.00am malangnya dah dekat pukul 9.00am pun still takde pengumumam untuk mulakan perlawanan. Janji Melayu la katakan. Time tu agak membara jugak hati ni memandangkan aku bukan jenis boleh bersabar sangat.

Tak lama lepas tu urusetia buat pengumumam kumpulkan semua peserta untuk buat undi perlawanan. Bila tengok jadual perlawanan, memasing mengeluh. Am dan dua orang lagi kawan sekolahnya hanya akan ade perlawanan padam pukul4.00pm. Truly a waste of time lah kan datang seawal 7.00pg and terpaksa tunggu sampai 9.00pg. So then, kitorang gerak ke rumah Abah Ar who is our uncle. Selama kitorang berada di Ipoh kitorang tumpang rumah Abah Ar dan Abah Ar lah orang yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil Am dari pusat Squasy.

Pada sebelah petangnya, baru Am start lawan. Perlawanan pertama menentang daerah Batang Padang (kalau tak silap aku). Dengan budak Melayu. Am menang 3-0 which is good. Next match (keesokan hari), Am lawan budak Cina dari daerah Kinta. Am menang jugak 3-0 tapi set yang akhir agak sengit (12-14).

Pada 16 Februari, Am dijadualkan berlawan dengan seorang budak India. Budak India tersebut merupakan lawan Am tahun lepas. Semua ahli keluarga kitorang berharap Am dapat kalahkan budak tu. Jenuh sorak lebih lebih sampai hilang suara tapi nasib tak menyebelahi Am. Secara keseluruhan, Am dapat tempat ke-4 tahun ni.

Kisah Dia Dan Squasy

Kisah Dia Dan Squasy

Kisah Dia Dan Squasy
*woot woot, bebudak pompuan kat belakang tu usha Am. HAHA

Kisah Dia Dan Squasy

As a result, Am berjaya menempatkan diri untuk masuk perlawanan Squasy peringkat kebangsaan. Tahun ni kat Penang, berlangsung masa seminggu cuti sekolah bulan Mac hari tu (tak ingat tarikh). Unfortunately, kontigen Perak semua tewas. But still ade la jugak beberapa orang dapat Top 10. 

Okay cerita dah habis. Ape ape pun aku sebagai big sis doakan Am berjaya untuk masa depan pulak.

p/s : Nak ajak sepupu sepapat pi Lost World of Tambun aa. Gian nak main air!

February 5, 2012

February 05, 2012

ANARCHI 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng!

Bile usha balik entry terakhir aku, tengok tarikhnya 5 Nov 2011. Memang dah lapuk bebenor. Bukan labah labah or gajah je yang dah bersarang kat blog ni, maybe big foot pun dah beranak kat sini. Agak agak antara korang korang ni ade yang rindu penulisan aku tak? Tapi tengok kat chatbox takde sape mention pun (*sebak, tarik hingus dalam dalam). So terpaksa sedar diri yang aku bukan Fatin Liyana atau Hanis Zalikha, jauh sekali Avril Lavigne atau Angelina Jolie. Haha. Anyway kalau ade yang tertunggu tunggu entry baru aku tu even sebesar kuman je jumlah korang, sorry diucapkan. Lama menyepi tapi tak dapat nak bagi apa apa alasan sebab alasan aku sentiasa yang sama. Banyak kerja ! Busy meeting sini sana ! Maklumlah, aku kan calon PM Malaysia 2020 =.='

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang kehidupan aku sebagai pelajar architecture (beria spelling English =.='). Kiranye dah dua entry berturut turut jugaklah aku bercerita kehidupan aku. Sorry kalau aku buat korang bosan. Kali ni terasa nak pamerkan ape assignmentss, projectss dan exercises yang bebudak architecture Part01 UiTM Seri Iskandar telah buat yang menyebabkan kitorang tak cukup tidur, kitorang tidur dalam kelas, kitorang digelar burung hantu tak dilupa dimarahi pak guard sebab overtime kat studio.

Tapi sebelum tu, aku nak story sikit kenapa tajuk entry aku letak "ANARCHI" instead of "ARCHITECTURE" or "ARCHI". Ade beberapa antara korang tanya aku berkaitan ni (*bangga jap!). Actually, Anarchi tu nama untuk batch kitorang (Part01) yang telah dicipta bersama demi mencapai tujuan yang setiap batch perlu ada nama.

"Kenapa mesti Anarchi? Anarchi tu bukan maksud dia golongan anti-kerajaan ke?"

Kalau ade antara korang rasa maksud nama batch kitorang ni anti-kerajaan (rujuk Google, taip "ANARCHY"), sila kutuk diri sendiri sebab suke suke main tuduh je. kitorang cipta nama ni berdasarkan maksud sebenarnya iaitu perubahan. kitorang nak buktikan yang kitorang mampu merubah banyak benda ke arah yang lebih baik. Contohnya, kitorang berazam untuk menjadi arkitek setanding Frank Gehry, bina bangunan bersimpang siur kat Malaysia. Huhu.

Okay, kembali pada tujuan asal post entry kali ni. Selama 1 sem kat sini banyak jugak lah assignmentss, projectss dan exercises yang kitorang buat demi memenuhi syarat syarat nak naik sem 2. Kitorang kat sini ade dua kelas design, which are design, drawing and communication (design com) dan design appreciation (design app). Untuk kelas design appreciation, banyak project melibatkan kreativiti memasing manakala design com pulak lebih kepada lukisan teknikal which is lukis berdasarkan teknik lukisan yang telah diajar. Kiranya ade garis panduan. Nak cakap banyak pun rasa macam malas, so korang enjoy the pictures lah yek. Then korang korang yang ambik architecture kat tempat lain tu, boleh usha usha and komen. Tak salah kite berkongsi ilmu ^^

Note : gambar gambar ni diambil masa final review. Kiranya semua assignmentss dikumpulkan, buat macam exhibition. Memang best, wa cakap lu ! Huhu

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

ANARCHIve 2

p/s : rasa rindu pulak perasaan tak cukup tidur, tidur dalam kelas and kena marah dengan pak guard

p/s/s : credit images to : Muhammad Afiq

p/s/s/s : jemput singgah blog member aku ! Alia Ismail
Follow