November 16, 2012

November 16, 2012

Kisah Si Mata

Assalamualaikum. Hai korang !

Al kisah suatu hari aku nak tengok cerita Silent Hill di pawagam. Rasa gah gah gitu bila nak tengok cerita yang ade tanda (18). Terasa macam dah dewasa. Al maklumlah, first time nak tengok cerita lapanbolas tahun ke atas. Dalam pawagam, duduk seat F kalau tak silap aku. Sebelah Sya, sepupu aku. Pawagam mana? Biarlah rahsia. Aku dan Sya masuk memang awal tak start iklan pon lagi. So borak borak jela dulu sementara nak tunggu tayangan di skrin.

Tak lama lepas tu, tayangan iklan iklan pon bermula. Aku terkejut beruk sebab tengok skrin wayang kabur gila ! Subtitle nampak macam ade dua. Gambar pon kabur, padahal sepatotnya gambar kat wayang semua HD kan? Aku panik, gelabah. Takkan tetiba aku dah rabun kot? Tadi usha mamat handsome lalu tak kabur pon mata aku? Siap boleh scan lagi mamat tu ada berapa banyak taik lalat, berapa banyak jeragat.

"Sya.. Aku rasa aku dah rabun. Skrin nampak kelabu," - rungut aku. Rasa macam nak nangis. Sya diam jek sambil tersengih sengih. Beberapa saat kemudian, dia hulurkan cermin mata. Cermin mata 3D. Okay. Rasa tertipu. Macam mana aku boleh lupa Silent Hill yang aku tengok ni 3D ? Padahal masa dapat cermin mata 3D tu tadi aku yang semangat belek belek cermin mata tu.

Lepas tengok Silent Hill aku pon dah makin rajin tengok cerita yang bertanda (18) seperti TED. Eh tak, tak. TED tu aku ikut member member aku jek. Bukan sebab aku yang nak tengok sangat. Betul, tak tipu.

**

Al kisah suatu hari aku lambat datang ke kelas structure. Punyalah kelam kabut aku pergi kelas sampai lupa nak pakai kasut. Aku bukan berkaki ayam, tapi aku pakai selipar. Tapi nasib baik lecturer tak nampak. Masa tu pakai baju kurung so, agak terror lah aku sorokkan selipar tu dalam kain baju kurung yang aku pakai. Dengan semangat yang berkobar kobar aku keluarkan buku dan sebatang pen untuk salin nota.

Malangnya aku tak nampak apa yang ditulis di papan putih. Jenuh aku kecilkan anak mata nak kenalpasti apa yang tertulis di depan. Kalau tak nampak, macam mana nak salin nota. Mungkin dakwat marker biru lecturer tu dah uzur. Dah tak berapa nak nampak serinya. Kabur je. Last last member sebelah jadi mangsa untuk aku salin nota darinya.

Kelas Construction Technology. Tak guna papan putih. Sebaliknya guna LCD kat depan. Possibility tak nampak tulisan kat depan tu kurang lah kan. Lega bila pikir dapat menyalin nota dengan lancar. Namun, apa yang diharapkan tinggal harapan je. Sama macam kelas structure tadi. Aku tak nampak apa yang ditulis di skrin. Kabur.

Aku jadi bingung. Tak tau nak bagi alasan apa lagi kat mata yang tak nampak ni. Mula lah aku merungut sorang sorang sebab susah nak salin nota. Aqilah yang duduk kat depan aku dengar rungutan aku.

"Kau rabun kot. Cuba pakai spek aku ni,"

Terasa degupan jantung aku laju gila macam berdepan dengan orang yang dicintai. Berdebar. Tangan terketar ketar sambut cermin mata Aqilah. Aku sarungkan ke mata aku, dan... Jelas ! Tulisan di skrin aku nampak dengan jelas. Rasa macam tak boleh terima hakikat tapi hakikatnya memang aku rabun.

Aku tertanya tanya adakah keadaan mata yang rabun ni berpunca daripada tengok cerita yang bertanda (18) ?

p/s : Jagalah mata anda jangan dibiar dia rabun. LOL

November 15, 2012

November 15, 2012

LAMA

mood : LAMA

Tadi. Bangun tidur pagi tadi (rumah sewa) lewat gila. Macam tak tidur setahun. So bangun pon lewat. Matahari dah LAMA terpacak baru nak terjaga. Rasa malu sekejap. Anak dara, tak elok bebenor bangun lewat. Bangun, blur tak tahu nak buat apa. Kelas dah ponteng memandangkan dah bangun lewat. Memang tak menyempat lah nak datang kelas pagi tadi. Kelas Construction Technology. Maafkan saya, lecturer. Mesti lecturer dah tunggu aku LAMA tapi batang hidung aku tetap tak kelihatan. Boleh bayangkan betapa kecewanya muka lecturer tu menunggu kedatangan aku.

Mandi. Selesai mandi, konon konon nak buat kerja lah. Esaimen. Tak payah cakap lah memang menimbun mengalahkan pedana menteri punya paper work. LAMA aku menung kat esaimen yang menunggu untuk disiapkan. Last last aku tak sentuh pon. Boleh bayangkan betapa kecewanya esaimen esaimen aku yang terpaksa ditangguhkan. Lagi.

Tengok jam. Masa ni rasanya abah ade kat rumah. Memandangkan esok cuti awal Muharam dan lusa takde kelas, aku buat keputusan nak balik rumah. Eh, tanak balik lah esaimen banyak. Baliklah, esaimen boleh tunggu. LAMA aku buat keputusan muktamad samada nak balik atau tak. Last last buat keputusan nak balik jugak.

"Abah, along nak balik. Boleh datang ambik ? Hehe,"

"Ok. pukul 4 abah sampai,"

Pukul 4. Kemas kemas baju tak sampai 5 minit. LAMA aku tunggu abah sampai namun bumper saga tetap tak nampak nampak. Yelah, belum pukul 4 nak nampak apa. 

Abah sampai lebih kurang 4.05pm. Lari sikit daripada waktu sebenar yang abah rancang nak sampai. Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa kira kira 40minit. Walaupun dah selalu ulang alik Seri Iskandar-Manjung tapi entah kenapa perjalanan pulang kali ni terasa lebih LAMA berbanding sebelum sebelum ni. 

Sampai. Pintu rumah dah tersedia terbukak. Menunggu kepulangan aku barangkali. Happy je rasa bila dah sampai rumah. Letak beg kat dalam bilik, usha angah ngan Am namun hampa mereka takde. Terlalu teruja tunggu aku balik, mungkin. LAMA jugak tunggu budak berdua tu balik rumah. Selagi belum azan maghrib, jangan haraplah nak nampak batang hidung.

Azan. Terpacak budak berdua tu depan pintu rumah. Aku macam happy gila jumpa diaorang. Rindu. Macam aku ni belajar luar negara, dah setahun tak jumpa. Macam tu punya rindu. Budak berdua ni pon tersengih sengih kat aku dengan baju dibasahi peluh. Main bola, mungkin. Am meluru ke arahku, peluk aku. LAMA dia peluk aku. Mungkin dia pon rindu aku macam aku rindu dia. Terharu.

Makan malam. Dah LAMA rasanya tak makan malam sama sama dengan family ku macam ni. Banyak benda di borakkan. Langkah kanan jugak aku balik minggu ni sebab umi buat nasi lemak. Dah LAMA tak makan nasi lemak umi. Nasi lemak yang terbaik tersedap di dunia. 

TAMAT.

p/s : dah LAMA aku tak update.
Follow