October 24, 2013

October 24, 2013

Hati Dia

Amaran : Ini entry luahan perasaan.

HATI.

Selama aku hidup, aku sentiasa cuba kawal hati aku dari terjatuh hati atau tersakit hati atau lain lain yang boleh hati rasa. Aku cukup kesiankan hati aku kerana terpaksa tanggung segala yang aku rasa. Kadang kadang rasa tak adil sebab segalanya aku lepaskan pada hati.

Contohnya, bila amarah menguasai diri, tanpa boleh berfikir menggunakan otak dan logik akal, aku ikut nafsu hati yang berperang untuk hentikan amarah aku. Gaduh dengan orang yang buat aku sakit hati, lemparkan kata kata kesat. Itu yang hatiku mahukan demi hilangkan perasaan amarah aku. Itulah yang dikatakan ikut hati, mati.

Selama aku hidup jugak, aku cuba kawal perasaan dan hati dari terjatuh hati atau dicuri oleh insan bernama lelaki. Kali pertama hatiku dirampas lelaki adalah ketika masih dibangku sekolah. Dan aku percaya itu hanya nafsu hati aku yang cuba hendak mengikut peralihan zaman ketika itu. Semua orang ada couple, aku pun nak jugak. Akibatnya, hubungan yang kononya datang dari hati itu cuma bertahan selama 4 tahun. 

Hasil dari putusnya hubungan yang dari hati itu, aku jadi sakit hati. Aku mula menjaga hati agar tidak jatuh lagi. Aku fokuskan hati cuma pada yang Esa, pasang niat agar tidak lagi memberi hati kepada mana mana lelaki kecuali yang sah bergelar suamiku kelak.

Tapi, hati yang kusangka dah cukup rapi penjagaanya, yang dah aku sangkarkan dan kunci pakai mangga dan rantai besi, berjaya juga dibolos oleh lelaki.

DIA.

Dia lelaki pertama setelah 4 tahun aku cuba kawal dan jaga hatiku. Dia bukan sesiapa, dia tak handsome, dia bukan dari keluarga yang senang, dia tak pernah beri aku perhatian yang lebih dibandingkan dengan lain lain perempuan. Tapi entah kenapa kali pertama perkenalan dengannya, hatiku terus berdegup kencang bak tak sabar sabar untuk keluar dari sangkar yang kucipta. 

Dia sangat istimewa. Dia senang bercerita hal tentang dirinya, buat aku lebih ingin tahu. Kalau lama tak dengar suaranya atau tak nampak batang hidungnya, hati ni cepat je menyulam rindu pada dia. Dan setiap kali bertentang mata dengannya atau mendengar suaranya, hati ni cepat je nak berdegup rasa bagai nak tersembul keluar dari dada. Aku sentiasa rasa nak kelihatan lebih sempurna dihadapannya. Lain. Hati aku rasa lain dan istimewa setiap kali bersamanya.

Sayang, dia tak tahu perasaan yang kusimpan yang masih hangat ke hari ini dan dia tak akan tahu. Aku tak putus putus berdoa agar perasaan yang aku rasa sekarang ni hilang cepat cepat. Bukan sebab aku tak nak berusaha untuk mendapatkan hatinya tapi, bak kata status di fesbuk, "it's complicated". Sangat merumitkan kalau betul dia juga berperasaan yang sama. Aku akan gembira tapi ia merumitkan. Sangat. 

Untuk dia, aku ucapkan terima kasih kerana memberi aku peluang merasa bagai berada di atas awan tiap kali kau senyum padaku, kau berkata kata padaku, kau tunjuk wajah kau padaku. Ketahuilah, setiap apa yang kau lakukan padaku, walau sepatah perkataan 'hai' akan membuat aku tersengih sepanjang hari. Hatiku bagai dihiasi taman bunga, tenang dan gembira. 

Tapi, jangan balas perasaanku. Rumit.

DIA, si perampas HATI.

p/s : Lama fikir nak post ke tak entry ni, but then, tadaaa :)

August 29, 2013

August 29, 2013

DUALISM[A] - 25th Architectural Workshop

Assalamualaikum. Hai.

Makan kat Horizon Garden, Manjung tadi. Ade sorang cashier lelaki yang sangat familiar. Seingat aku muka that guy macam sorang member satu sekolah. Bukan member kot, sekadar kenalan sebab tak pernah kawan dengan dia pon masa sekolah dulu. Tapi dia takde pulak senyum ke tegur aku ke ape. Aku yang tenung dia bagai nak tekeluar biji mata ni yang jadi malu sendiri. Sedapkan hati, mungkin itu bukan dia. Mungkin pelanduk dua serupa atau mungkin jugak sekadar pelanduk.

Pada 21 - 25 Ogos yang lepas ada architectural workshop kat Universiti Malaya (UM). Tema tahun ni adalah DUALISM[A]. 

"DUALISM[A] discusses architecture on many levels. It proposes that everything in the Universe is a pair of opposites with Kuala Lumpur as its ground." - DUALISM[A] fesbuk

Dah nama pon 'DUA', DUALISM[A] meng-enhance kan ke-opposite-an yang ade dalam dunia ni. Contohnya hitam dan putih, lelaki dan perempuan, fantasi dan realiti, etc etc. Kuala Lumpur as its ground, sebab workshop kali ni kat Kuala Lumpur, kat UM.

Semamngnya menjadi tradisi setiap kali workshop, setiap school of architecture yang ada kat Malaysia ni akan excited dan buat preparation untuk competition dan sebagainya. Tak ketinggalan kami, budak archi UiTM Seri Iskandar.

Start je cuti sem tempoh hari, kami dah start preparation seperti bina installation, buat nama untuk team, cheer, t-shirt team dan sebagainya. Mula mula tu rasa ralat jugak sebab nak kena korbankan cuti yang bukan selalu dapat. Sepatotnya masa cuti lah masa untuk kami berehat, lupakan design tapi cuti kali ni kena kerja untuk DUALISM[A] pulak. Tapi bila dah start kerja, jadi seronok pulak.

Apa yang aku dapat dari masa preparation ni, tak lain tak bukan adalah kerjasama bersama junior dan senior. Kalau sebelum ni rasa takut takut je nak kawan dengan senior, tapi bila join diorang buat preparation DUALISM[A], baru tau diorang ni sempoi je semua. Memang boleh dibuat kawan bergurau, kawan untuk mintak tolong dan sebagainya. 

DUALISM[A] - 25th Architectural Workshop

DUALISM[A] - 25th Architectural Workshop

Sebelum ni aku rasa senior sombong, tak boleh nak berkawan, aku rasa junior gedik, manja, tak boleh kena tegur tapi bila dah bekerja dengan diorang baru kenal hati budi diorang. Diorang semua okay, sempoi, funny and everything. Bila dah habis event ni, dah start rasa rindu kat diorang. Tambahan lagi senior ANTARA Studio, sebab diorang dah last sem. Rasa nyesal tak approach diorang awal awal dulu. Tsk.

Bak kata pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'

Selesai preparation, pada pagi 21 Ogos kami bertolak ke UM dalam keadaan nervous segala sebab bas lambat. Masa diberikan untuk naikkan installation sampai pukul 4pm tapi pukul 12pm kami masih dalam bas, dinding UM belum nampak di mata. Scroll TL twitter, school lain dah naik dah installation diorang, ade yang dah siap. Kami nervous. Sampai UM dalam pukul 1pm lebih jugak, terus bekerja. Takde masa nak rilek rilek. Alhamdulillah, installation siap pada masa ditetapkan.


Macam macam ada dekat workshop ni. Installation setiap school semua gempak. Dibina tengah dataran, buat macam exhibition. Ada jugak gerai gerai jual t-shirt, makan, minuman, souvenirs dan sebagainya. Module yang disediakan pihak penganjur untuk peserta workshop pon menarik seperti urban trail (macam explorace), community service, ice breaking, architectural talk dan sebagainya.

Bila join workshop ni baru aku tau betapa gilanya bebudak archi. Ingatkan kami di SI je yang gila, rupanya seluruh Malaysia punya budak archi memang gila. Setiap malam ada performance night which is setiap school ada buat performance. Tapi highlight nya ialah selepas habisnya performance night, ramai ramai pergi ke dataran lawan cheers, menari street dance, flashmob dan sebagainya. Happening !

Sesungguhnya, workshop adalah tempat bebudak archi release stress, having fun, berkenalan dengan kenalan baru and everything.



Ini first time aku join workshop archi. Dan aku dapati workshop sangat happening, sangat fun. Harap dapat join tiap tahun sampai grad. Oh ya, tahun depan UiTM SI jadi tuan rumah. Jadi korang korang, bila tarikh dah diumumkan nanti, jemputlah datang ramai ramai. Bukan budak archi pon boleh datang, event ni open. Boleh korang usha apa budak archi buat. Haha.

p/s/s : Jika ada senior especially ANTARA studio yang baca, aku ucapkan selamat maju jaya kat korang and thanks for giving me the opportunity untuk join workshop kali ni, dan opportunity untuk kenal korang. Korang the best ! *ambik tisu, hembus hingus T,T

February 25, 2013

February 25, 2013

Berjuang Untuk Mengalah?

Assalamualaikum. Hai.

Tadi. Pergi Aeon Manjung dengan family. Rutin bulanan kami sekeluarga bila umi abah dapat gaji, mesti pi mana mana mall untuk beli keperluan dapur yang dah habis. Disamping membeli keperluan dapur, anak dara yang sorang ni, serta anak teruna yang dua orang tu macam biasa akan membodek umi abah kami untuk shopping. So, tadi dapat kasut baru dari umi abah. Hadiah birthday katanya. Hehe. 

Berbalik pada tajuk entry kali ni, tengah bosan bosan duduk rumah then tetiba terpikir satu soalan.

"Mengapa mengalah sebelum berjuang?"

Situasi : Pelajaran

Bebudak yang tak berapa pandai (tak berapa pandai ye, bukan bodoh. Bodoh tu tak wujud) bab belajar ni kalau di tengokkan, cepat sangat mengalah. Perkara yang sama terjadi kat aku, sebab aku pon tergolong dalam pelajar yang tak berapa nak pandai. 

Orang pandai baca buku sekali jek dah paham apa yang buku tu cuba sampaikan, dah boleh hapal apa yang ade dalam buku tu. Tapi aku baca buku dekat seploh kali pun masih bengap. Siap boleh pikir lagi samada buku ni cerita pasal Geografi ke pasal komsas (bila tengah baca buku Sejarah).

Masa sekolah dulu, subjek yang paling aku benci adalah Biologi. Bila ujian, periksa tengah/akhir tahun tak pernah lulus. Pernah sampai satu tahap tu, aku fed-up nak belajar Biologi. Ponteng kelas untuk menunjukkan betapa fed-up nya aku. Muka cikgu cikgu Biologi pon aku tanak pandang. Dalam otak cuma pikir, 'habislaah SPM, fail aa Bio aku'.

Tapi nak dekat SPM tu tetiba otak jadi lebih matang, terpikir kenapa aku perlu mengalah sebelum berjuang? Malah aku patot bersyukur dapat masuk sekolah, dapat belajar sedangkan sesetangah orang nak sangat belajar, tapi takde peluang. Start dari situ aku bukak balik buku Biologi, datang kelas, jumpa cikgu kalau ade soalan tak paham. Dan usaha aku tak sia sia bila Biologi aku dapat B+ masa SPM.

Situasi : Sukan

Dua tiga hari lepas pergi hantar Am masuk tournament Squasy peringkat Perak (kot). Dia dijadualkan berlawan dengan seorang pemain yang dua kali ganda lebih besar darinya (badannya). Secara mentalnya, Am dah kalah. Dia asyik pikir yang lawannya hebat. Mulut asyik cakap, 'Am kalah dengan dia nii'

Masa latihan sebelum perlawanan pon dia dah takde semangat, takde mood nak main. Apatah lagi masa perlawanan bermula. Am asyik kehilangan mata kerana kecuaiannya.

Situasi : Cinta

Si Mamat dah lama sukakan Si Minah. Sejak mereka di bangku sekolah lagi Si Mamat dah usha Si Minah. Daripada suka, sayang sebagai kawan lama lama jadi cinta. Tapi Si Mamat tak confident dengan dirinya yang tak se-handsome Orlando Bloom tapi boleh tahan se-handsome Aaron Aziz. Baginya kalau dia confess kat Si Minah, confirm Si Minah reject tanpa pikir dua tiga kali. 

Disebabkan level confident-nya yang rendah, Si Mamat akhirnya hanya mampu melopong apabila Si Minah disunting oleh Si Ali yang tak berapa nak handsome. Baru dia terpikir, 'Ali yang tak hensem pon Minah nak, kalau aku yang se-hensem Aaaron Aziz ni confess dulu, mungkin Minah akan terima'.

Jadi, korang korang janganlah mengalah sebelum berjuang. Malah dulu nabi kita, Muhammad saw tak pernah mengalah dalam perang demi menegakkan Islam. Padahal angkatan perang umat Islam masa tu jauh lebih sedikit berbanding pihak lawan. Baginda juga tak pernah mengalah untuk menyebarkan dakwah Islam walaupun Baginda teruk dikecam mereka yang kafir.

Kita kena usaha dulu, baru tawakal sebab tawakal tanpa usaha takkan dapat hasil yang baik. Dan kalau selepas usaha dan tawakal masih tak dapat hasil seperti yang kita nak, kita kena redha. Sekurang kurangnya kita dah usaha. Secara otomatik, kita akan rasa puas sebab kita dah usaha.

p/s : Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.

February 17, 2013

February 17, 2013

Prestasi

Assalamualaikum. Hai.

Ketahuilah ketika aku menaip entry kali ni, aku berada dalam keadaan yang gila mengantuk. Cuti sem kali ni entah kenapa perasaan mengantuk sering singgah di sanubari padahal baru lepas maghrib. Nak kata siang hari kerja kontraktor bina rumah, kerja macam Spiderman panjat sana sini nak selamatkan orang, takde pon. Aku duduk rumah goyang kaki jek. Penyakit hairan mula singgah di benak bila tak dapat kenalpasti kenapa penyakit mengantuk asyik hadir. Demm -..-

Result untuk student degree UiTM dah keluar dua tiga hari yang lepas. Result aku agak mengecewakan sebab jatuh merudum terguling guling tergolek golek. Subjek yang aku tak suka, Construction Technology, telah menjatuhkan grade aku secara keseluruhan. Aku dapat rasakan subjek ni akan jadi musuhku selama aku belajar di sini. Isk.

Sedih gila rasa macam baru lepas putus cinta. Walaubagaimanapun, aku tetap tak patah semangat, menaruh harapan untuk usaha lebih keras untuk semester baru ni. Berjanji pada diri agar tidak lagi study last minit, hantar esaimen tepat pada masa (azam tetiap sem tapi tak pernah buat -..-).

Ape ape pon, tahniah aku ucapkan kepada rakan rakan yang berjaya, yang lepas dapat result senyum sampai ke telinga. Dan kepada yang kurang bernasib baik (macam aku), yang lepas tengok result, rase nak bunuh diri, rasa nak quit, marilah kita sama sama study lebih kuat untuk semester seterusnya supaya kita boleh beat mereka mereka yang DeanList. Isk sedih lak rasa.


p/s : pointer tak memberi apa apa makna. Yeke? -..-


January 30, 2013

January 30, 2013

Officially Twenty

Yeap, I'm officially twenty at this hour. Mungkin aku tak ingat pukul berapa exactly aku dilahirkan tapi yang pasti tarikh masihi 30 Januari 1993 aku mula mengenal dunia di luar perut umi. Maka, pada 30 Januari tahun ini genaplah umurku 20 tahun. Macam baru semalam jek aku daftar masuk sekolah rendah. Hari ni dah umur 20 tahun. Betapa cepat masa berlalu. Ye kawan kawan, ucapkan lah 'happy birthday' kat aku hari ni. Hehe.

Takde ape ape yang special pon berlaku hari ni tapi hari ni sangat bermakna dalam hidup aku, personally. Angka 20 tu bagi aku cukup besar. Lepas ni dah takde 'teen' di belakang umurku. Selama aku hidup 20 tahun ni macam macam dah berlaku, macam macam dah aku alami. Suka, ketawa, sedih, menangis, kecewa, patah hati dan segalanya lah. Aku pernah bergembira bersama keluarga dan kawan kawan, pernah bergadu dengan kawan sampai putus kawan, pernah bercinta monyet, pernah jugak alami rasa kecewa cinta tak bersambut (cehh).

Pengalaman yang telah aku lalui ni banyak mengajar aku, mendewasakan aku dan menjadikan aku seperti sekarang. Aku kenal siapa kawan dan siapa lawan. Aku kenal erti kekeluargaan, pengorbanan, dan segala jenis erti erti. Ahak.

Kalau ditanya tentang birthday wishlist, tak ada apa yang perlu aku pinta. Tak ada apa yang aku nak. Dengan apa yang aku ada sekarang, keluarga dan kawan kawan, pelajaran, kesihatan, kehidupan yang tak begitu susah, I couldn't ask for more. Aku dah ada apa yang aku perlukan. 

Aku cuma ingin jadi aku yang lebih baik. Aku ingin jadi hamba-MU yang taat kepada-MU, yang tidak alpa pada dunia, yang sentiasa mengingati mati. 

Aku ingin jadi anak yang solehah, anak yang boleh diharapkan, anak yang bertanggungjawab ke atas kedua ibu bapaku, anak yang akan membalas jasa ibu bapaku. 

Aku ingin jadi kakak dan kawan yang boleh dipercayai, yang boleh diharapkan, yang boleh menolong adik adikku dan kawan kawanku ketika mereka kesusahan.

Terima kasih pada Tuhan kerana beri aku peluang menjadi salah seorang khalifah-NYA di muka bumi ini. Terima kasih pada umi kerana telah melahirkan ku, penat mengendongku selama 9 bulan. Terima kasih pada abah sebab membesarkan ku, kerja kuat untuk mencari nafkah buat kami sekeluarga. Aku sayangkan diriku, aku sayangkan umi dan abah, aku sayangkan kehidupanku.

Officially Twenty
*buah hatiku

p/s : Semoga tahun ni lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnyaa 




January 2, 2013

January 02, 2013

Permulaan

Hai korang !

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Tahun Baru' buat korang korang pembaca blog ni. Dah hampir tiga tahun jugak blog ni bernafas di sini tanpa mengalami kecederaan seperti demam, selsema, batuk mahupun senggugut. Diharap korang jugak begitu keadaanya. Tak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketahuilah bahawasanya ketika menaip untuk entry kali ni, aku sedang bertungkus lumus menyiapkan diri untuk exam final. Tapi disebabkan sayang pada blog ini dan sayang pada korang, aku luangkan jugak masa untuk meng'update'. Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku sedar aku layak diberi pujian. Ayat bajet cool padahal malas nak study.

Bagaimana korang sambut tahun baru kali ni ? Tahun baru aku disambut meriah dengan rakan rakan Anarchive. Lebih kurang pada jam 11:00pm 31 Disember 2012 tiga buah kereta milik bebudak Anarchive memecut ke Lumut. Sempat jugak lah tengok sebutir dua bunga api. Lepas singgah KFC untuk beli makan malam, kami memecut ke Teluk Batik. Destinasi untuk mandi laut, buat campfire. Balik tu salah sebuah kereta mengalami perpecahan di bahagian tayar. Tapi nasib baik bebudak lelaki pandai tukar tayar. Ahak.

So guys, let the pictures tell you the story. *konon, padahal malas taip.

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

teluk batik

teluk batik

teluk batik

teluk batik

teluk batik

teluk batik

p/s : Semoga tahun ini dan tahun tahun yang akan datang lebih baik berbanding tahun tahun yang lepas. Amin
Follow