January 11, 2014

January 11, 2014

Aku Pilih Architecture

Assalamualaikum.

Jadi cikgu macam umi adalah cita cita aku waktu kecik dulu, masa tinggi tak sampai seratus sentimeter. Cita cita untuk jadi cikgu tak pernah berubah sampailah makin besar, aku perasan yang aku minat melukis. Tambahan pulak bila dah start masuk sekolah, bebudak sekolah aku tak ramai yang pandai melukis. Senang citer, budak kelas aku takde yang terer melukis macam aku lah. So masa tingkatan 3, berubahlah cita cita aku daripada nak jadi cikgu kepada nak jadi arkitek. 

Ye. Arkitek. 

Bukan pelukis.

"Architecture" can mean:
A general term to describe buildings and other physical structures. 
The art and science of designing buildings and(some) nonbuilding structures. 
The practice of the architect, where architecture means offering or rendering professional services in connection with the design and construction of buildings, or built environments. 
The design activity of the architect, from the macro-level to the micro-level 

Aku pilih nak jadi arkitek sebab aku tak berapa jelas nak nampak masa depan seorang pelukis. Tak yakin untuk diri ni jadi berjaya macam Pablo Picasso mahupun Leonardo da Vinci, konon boleh berjaya macam arkitek Norman Foster. Ceh. 

Masa tu aku pikir, arkitek ni kerja dia lukis bangunan ikut suka hati dia je, pastu boleh bina. Aku mula berimaginasi nak bina bangunan diperbuat daripada gula gula macam dalam citer hansel dan gretel. Best tu. 

Masa nak pilih kos lepas SPM, umi punyalah pujuk suruh aku ambik kos berkaitan bahasa atau matematik seperti sains aktuari, akaun dan sebagainya. Tapi aku berdegil, nak jugak ambik architecture. 
Mula mula belajar, kejutan sikit sebab langsung takde lukis bangunan pun. Instead, banyak buat/lukis untuk mengembangkan kreativiti. Seronok. Contoh macam projek kat bawah ni:

Aku Pilih Architecture
menggunakan teknik collage

Aku Pilih Architecture
lukisan abstract hasil lawatan ke Lumut

Tapi bila start semester 3, rasa stress nak mati sebab baru betul betul mengenal dunia architecture. Impian nak bina rumah gula gula jadi impian semata mata sebab baru tahu yang bangunan hanya boleh dibina kalau construction bangunan tu dah betul. Contohnya, dinding akan tahan beban bumbung dan transfer beban ke lantai, lalu ke foundation dalam tanah. Dan, dinding yang dibuat dari gula gula takkan mampu tahan beban.

Aku dah berjaya menempuh 6 semester dalam kos ni, tinggal lagi dua semester untuk aku grad. Kadang kadang rasa menyesal ambik architecture tapi kadang kadang aku enjoy dan rasa lega aku pilih architecture. Aku jugak sentiasa ingatkan diri aku yang kos architecture merupakan pilihan aku sendiri, bukan umi atau abah paksa, dan pilihan aku ni pasti ada hikmah. Mana tahu, nanti aku akan jadi arkitek setanding Norman Foster atau Frank Llyod Wright. Haha. 

p/s : esok last paper, mohon doakan aku.


Follow