Kawan

Assalamualaikum. Hai.

Setiap kali result yang tak memuaskan hati aku keluar, aku akan frust menonggeng. Ingatkan dah buat sehabis baik, dah patah tulang jari tangan kaki buat drawing bersungguh tapi tetap result tak ke mana. Aku merungut rasa down, rasa sia sia belajar kat someone ni, then dia reply, "okay lah tu. Aku fail subjek blabla"

Aku cuma mampu diam. Ada lagi mereka yang kurang bernasib baik macam aku, malah ada yang lagi down, lagi kecewa tapi aku taktau. Atau mungkin sebenarnya aku pura pura taktau. Terlalu tamak nak orang jagakan hati aku sampai aku lupa nak jaga hati orang. Maafkan aku, kawan.

Aku kenal Jiha dan Husna masa Form1 satu sekolah SARJANA kat Kg Gajah. Kami mula rapat lepas aku turun kelas masa Form3 dari 3A ke 3B. Mula mula masa turun kelas tu, aku gila kecewa rasa sedih segala. Yelah, first time merasa turun kelas. Rasa macam dah tanak hidup. Tapi bak kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Turun kelas, aku kenal Jiha dan Husna yang kini merupakan dua orang kawan aku yang paling baik.

Aku ada Jiha dan Husna yang cakap tak berlapik kalau kutuk aku, yang kongsi minat yang sama dengan aku, yang aku tau akan sentiasa ada untuk aku. Husna malah sebab rindu sangat lama tak jumpa, sanggup drive sorang sorang dari Seri Iskandar ke Manjung semata nak jumpa aku dan Jiha. Aku cukup berterima kasih sebab dapat kenal dengan diorang ni. Jiha dan Husna.

Kawan

Kawan
*tudung coklat tu Jiha, tudung biru Husna

p/s : sedang berusaha nak diet. Ada tips tak ?


3 comments:

  1. Assalamualaikum. Seronok bla dengan kwn. Boleh kongsi masalah dn sebagainya...

    ReplyDelete
  2. Kawan yg sebenar-benarnya kawan adalah bila dia ada waktu susah dan senang kita :)

    ReplyDelete
  3. saya pun sedang berusaha untuk diet.tapi tak tau yg paling berkesan..kalau boleh bila turun taknak naik2 dah..nak maintain..hehe

    ReplyDelete

@aliaamie