February 23, 2014

Langit

Assalamualaikum. Hai.

Haritu. Aku jalan jalan, tersepak batu, jatuh tersungkur masuk longkang. Aku gagah, bangun balik, kesat kotoran kat seluar akibat jatuh tadi. Aku pandang langit. Langit cerah, matahari terik, awan kepul kepul, cantik. Macam mengejek aku yg jatuh longkang. Aku jelir lidah kat langit, tanda merajuk.

Haritu. Aku bukak student portal nak chek result last semester. Dupdap jugak lah sebab aku ni bukan budak pandai. Mintak lulus je selalu, tak lebih. Usha punya usha, aku 4 flat. Terus sujud syukur aku masa tu. Bukak tingkap, aku tengok langit. Langit cerah, matahari terik, awan kepul kepul, cantik. Macam turut gembira dengan keputusan exam aku. Aku tersenyum sendiri.

Haritu. Tengah syok syok main game, aku terima satu panggilan yang sangat mengejutkan. Salah seorang saudaraku telah kembali ke rahmatullah akibat accident. Hati yang tengah riang tadi tetiba rasa sakit yang amat. Aku bukak tingkap, pandang langit. Langit yang mendung tadi tetiba turun hujan selebat lebatnya siap kilat sabung menyabung. Bagaikan turut bersimpati dengan berita ini, memujuk hatiku untuk tenang.

Haritu. Cuaca terik sangat. Baru lepas mandi tapi tak sampai sejam dah berpeluh macam baru lepas lari sprint 200meter. Air mineral dalam peti ais entah dah berapa kali ku teguk. Aku tenung langit. Tak berapa lama lepas tu tetiba langit turun hujan selebat lebatnya siap kilat sabung menyabung. Bagaikan tahu tahu je aku nak hujan. Hujan rahmat. Aku sengih je.

Pandang langit, lihat kebesaran-NYA, fikir positif, dan senyum :)

p/s : cerita rekaan semata mata

p/s/s : nebesnyaa lagi seminggu dah nak start praktikal *pitam

5 comments:

  1. Assalamualaikum Alia

    selepas saya baca n3 ini saya pandang ke langit melalui tingkap cermin. tiada kelihatan awan cuma lagit yg membiru. mungkin lagit sama2 mengucapkan terima kasih kepada Alia kerana sudi ziarah PHD ....

    ReplyDelete
  2. pandang dengan mata hati :)

    ReplyDelete
  3. ecehhh. entah kenapa ee rasa post ni sweet gila. haha.

    ee suka tengok langit. kalau part ada pelangi tu. lagi lah. jakun gila. tengok awan duk pikir bentuk apa. takda kerja.

    ReplyDelete
  4. kalo tengok langit waktu tengah hari, cerah je. xde awan. bila ye hujan agak2?

    ReplyDelete
  5. atuk : haha sama2 atuk

    miss chillax : mata hati tak penah menipu :)

    nurulee : tengok langit buat kite pikir macam2 benda, perasaan pun yang bermacam macam

    aswadz : sekarang tgh musim kemarau, dahaga betul utk hujan kan

    ReplyDelete

Follow