A Trip to Singapore | Part 1

Assalamualaikum. Hai.

Semester yang lepas, aku menjalani practical training, which is takde kelas atau assignment yang boleh memeningkan kepala otak. Aku buat praktikal dekat ARAZ Design Consultant, bosnya Encik Anwar, merangkap lecturer aku. Since bos ni workaholic, kerja aku memang bertimbun sampai overtime hampir tiap malam. Mungkin dengan itu, bos amat berterima kasih kat aku dan rakan rakan trainee yang lain serta staffnya (total kami 5 orang je) jadi bos ajak kami ke Singapore ! Segala kos ditanggung termasuk kalau nak beli souvenir. Baik gila kan bos aku ? Oh tapi ni architectural trip laa, bkn bersuka ria masuk USS. Ciss, kecewa sikit.

Kami gerak ke Johor pukul 10am naik estima, bos yang drive. 10jam perjalanan. Lama gila maybe sebab kami banyak berenti ataupun memang bos yang drive slow sangat. Kematu jugakla bontot aku ni rasanya.

Destinasi pertama bila sampai Johor, kami singgah solat maghrib di UTM Skudai, sambil bos mengimbau kenangan lama dia belajar kat situ dulu. Jealous sebenarnya tengok UTM Skudai yang besar dan cantik bangunan dia nak dibandingkan dengan UiTM aku *sigh. Selesai solat maghrib dan makan malam, kami gerak ke homestay untuk berehat dan tido.

Keesokan paginya, seperti biasa lepas solat subuh tido balik. Terjaga dalam pukul 7.30am. Kelam kabut aku dengan Insyirah siap siap, ingatkan bebudak laki dah siap. Hampa je kitorang bila keluar bilik, tengok Man tengah baring atas sofa lagi. Dekat sejam jugak tunggu bebudak laki siap, lepastu baru gerak untuk breakfast. Cari parking untuk masuk Singapore gila payah masa tu sebab hari bekerja. Mereka yang kerja kat SIngapore dah conquer parking dulu. Last last dalam pukul 11.00am baru selesai segala urusan.

A Trip to Singapore | Part 1
muka eksaited first time jejak kaki kat JB Sentral
dari kiri: bos, Man, Ammar, Habib, Insyirah

Agak frust sebab dekat imigresen tak boleh nak tangkap gambar. Jangan kata nak bergambar dengan abang imigresen yang hensem sorang dua, nak ambik gambar siling pon dia tak bagi. Dengan perasaan frust yang menyelubungi, kami cepat cepat kejar bas untuk ke Woodlands, Singapore. RM1 je sorang untuk bas ke Woodlands. 

Bila dah selesai urusan imigresen, kami ambik bas untuk ke stesen MRT Marsiling. Kami nak dapatkan day pass tiket (Singapore tourist pass), senang nak ke mana mana naik MRT/bas pakai kad tu je. Rupanya hanya kat stesen Angko Mio je yang ada kad tersebut. So dari Marsiling, kami ke Angko Mio. 

A Trip to Singapore | Part 1

Harga kad tourist ni $20 seorang untuk satu hari tapi untuk dua hari, $22. Kami ambik untuk dua hari since kami akan jelajah Singapore ni selama dua hari. 

Destinasi pertama kami melawat stesen MRT Expo. Reka bentuknya yang unik tu memang menarik perhatian kalau nak dibandingkan dengan stesen lain.




A Trip to Singapore | Part 1

A Trip to Singapore | Part 1

Tak lama pun menikmati besi besi di Expo MRT ni. Lepas dah puas bergambar, kami gerak ke National Library. Dalam perjalanan ke library, ade lalu shopping complex bernama Iluma. Design facade bangunan Iluma ni sangat cantik dan unik ! National Library pulak tinggi betul dan macam macam jenis buku ada, boleh dipinjam oleh penduduk tempatan. Tourist tak boleh pinjam la, unfortunately.

A Trip to Singapore | Part 1
national library

A Trip to Singapore | Part 1

A Trip to Singapore | Part 1
iluma

Bila dah puas baca buku di library, kami ke Bugis Street untuk shopping. Bugis Street ni memang street yang paling terkenal dan harga barang yang dijual pun memang berpatutan, range harga souvenir kat Malaysia jugak. Ingatkan kami datang Singapore ni masa hari bekerja so less tourist la tapi taak, ramai gila manusia dalam Bugis Street sampai berhimpit bila nak jalan.

Lepas penat shopping, kami cuba cari surau berdekatan tapi tak jumpa. Nasib baik ada hamba Allah ni baik hati tolong tunjukkan jalan ke masjid. Memang kalau taktau jalan, takkan nampak masjid ni sebab terlindung dan berada dalam bangunan lain.

A Trip to Singapore | Part 1

A Trip to Singapore | Part 1
Bugis Street

A Trip to Singapore | Part 1
terompah ni paling menarik dalam masjid ni. Tak pernah jumpa !

Destinasi terakhir untuk hari pertama ni, dalam perjalanan nak balik, kami lalu Singapore School of Business. 

A Trip to Singapore | Part 1

Balik ke Johor pun guna bas jugak tapi kali ni free sebab guna pass tourist yang dibeli masa mula mula tadi. Sampai je kat homestay, terus telentang, hilang tenaga. Tido dengan harapan esoknya tak terlajak untuk bagun subuh.

Disebabkan entry ni pon aku rasa dah cukup panjang, akan aku sambung kisah trip ni di lain entry. Penat jugak rasanya taip panjang panjang lepas dah lama tak menaip. Bye.

p/s : Esok kena bangun awal, umi buat jamuan breakfast untuk jiran tetangga *buat muka malas*

No comments:

Post a Comment

@aliaamie