April 28, 2015

April 28, 2015

Putus Asa. Perlu Ke ?

Assalamualaikum. Hai. 

Bukan nak bangga diri tapi aku antara student yang cemerlang masa sekolah. Dengan mind set yang aku-boleh-survive-apape-course-pon, aku pilih architecture sebagai masa depan aku, mengabaikan nasihat umi abah yang suruh ambik course lain. Kononnya sebab aku pandai melukis, architecture lah pilihan terbaik. Kononnya sebab minat. Kononnya.

Bila dah hampir 4 tahun duduk dalam course ni, baru aku tau yang architecture bukan sekadar melukis tanpa ilmu. Bukan sekadar hadiri kuliah 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Bukan sekadar menghafal fakta, atau copy paste assignment dari wikipedia. 

Dan baru aku tau yang budak pandai masa sekolah tak bermakna dia pandai masa universiti. 

Aku ada member yang tak score pun SPM. Beliau macam dah putus asa dalam hidup sebab tak pandai. Tanak sambung belajar sebab takut hanya perabih duit mak ayah. Aku yang masa tu berada di atas (pandai, bijak bestari), brainwash beliau habis habisan. Naikkan semangat beliau untuk terus belajar dan sekarang beliau dekan tiap sem. Aku pulak yang malu nak kongsi result aku kat beliau. Dan sekarang aku pulak yang di ambang maut, nak putus asa, nak berenti. 

Tapi aku dah semester akhir. Perlu ke aku putus asa ?


p/s : Jangan bandingkan result dengan budak tak sama course. Ape kau ingat budak archi belajar bedah mayat ?


Follow