February 21, 2016

A Cheating Husband. Yea or Nay ?

Assalamualaikum. Hai.

Aku ade tengok drama 'cinta si wedding planner' dan 'isteri vs tunang'. Persamaan kedua dua drama ini adalah A CHEATING HUSBAND. Yass, capslock menunjukkan betapa aku benci dengan lelaki yang curang terhadap pasangan samada dia sekadar seorang boyfriend apetah lagi kalau seorang suami. Dan dalam kedua dua drama tersebut si isteri adalah sangat mulia bak malaikat sebab memaafkan suami mereka dan kembali bersama, happily ever after.

Aku takde boyfriend. Apetah laki husband. Takde jugak pengalaman ditipu lelaki, dicurang. So aku mungkin tak layak untuk bagi nasihat to perempuan perempuan mahupun isteri isteri untuk tidak memafkan pasangan anda yang curang but I do have the hak untuk bagi pendapat kan? So bagi aku, a cheating husband is a big NO. Second chance ? Never. Aku rasa aku prefer rasa sakit divorce and hidup sendiri rather than bersama the cheating husband, pretend like nothing happened. 

Punca.

Banyak kat media sekarang ade berita punca pasangan ada affair adalah disebabkan berhubung thru whatsapp, fesbuk dan sebagainya. Yep, aku akui zaman sekarang punya teknologi memang canggih, boleh cari ex ex korang ke lubang cacing, confirm jumpa. Tak perlu upah penyiasat persendirian macam dolu dolu. 

Ini kembali pada diri sendiri memasing lah. Kalau dah berumah tangga tu, we should sedar diri dan jaga batas pergaulan dengan the opposite sex supaya tak timbul masalah hati digoyang orang ketiga.Simple, jangan layan orang ketiga yang cuba mendekati. 

Contoh paling senang ialah contact just perihal kerja dan benda penting seperti nak jemput kenduri. Kalau sekadar mesej seperti "hai, you tengah buat apa?" atau "you dah makan? Makan apa?" tak perlu lah balas. Confirm individu tersebut cuma nak bual kosong dan nak tackle you. Tanya khabar atas dasar kawan lama? Atau bestfriend? Bullshit itu semuaa.

Poligami.

“Nikahilah wanita – wanita yang kamu senangi ; dua, tiga, dan empat. Dan apabila kalian khawatir tidak dapat berlaku adil, maka satu cukup atau budak – budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” 
(QS. An – Nisa (4) : 3).

Ye, memang Islam membolehkan poligami dan isteri yang rela dimadukan akan diberi 'payung emas' ketika di padang mahsyar nanti. Mulia darjat isteri seperti ini dan suami yang mampu berlaku adil. Aku respect actually dekat isteri isteri yang boleh terima dimadukan, berkongsi suami. 

I couldn't even imagine perasaan seorang isteri bila dapat tahu suaminya nak kawen lagi satu. Even if si suami boleh berlaku adil. Tapi sebagai manusia biasa, tahap keadilan tu susah jugak kan kite nak nilai especially perasaan kasih sayang tu. Tak rasa ke macam "he loves her more" ? 

So. A cheating husband. What do you say ? Yea or nay?

5 comments:

  1. Apa pun jika benar-benar berlandaskan syariat Islam akan indah jadinya
    Apa yg jadi sekarang banyak yg melanggar itu yg kebaikan dicari buruk jadinya.

    ReplyDelete
  2. mestilah No..kan..start dr awak kena kawal perhubungan..elakkan dari terjerumus..tp xtaulah aan datang nasib kita camne..

    ReplyDelete
  3. x sanggup kena tipu. once kena tipu... jgn harap daku nak percaya lagi for the 2nd time. kdg2 kena jadi hati kering dgn lelaki ni. x payah nak jadi malaikat sgt. hihi. bunyik mcm kasar. tapi memang u have to..... :)

    ReplyDelete
  4. betul. setuju dengan "kembali pd diri masing2." nak tanya diri tu lahhhhh kena tanya imannya!

    well kakak sy selalu pesan, isteri kena sentiasa insecure. nampak perempuan lain cantik, maka isteri kena cantik jugak, demi suami. plg bahaya sekali, reunion sekolah. isteri kena follow suami, sama gak sebaliknya. tunjuk kat semorang, we're unbeatable. kalau betul syg pasangan kenalah tunjuk betul sygnya. kan?

    lg satu. ayah sy kahwin dua haha. alhamdulillah bahagia. semuanya kembali pd IMAN masing2. mampu ke untuk adil? well, ALLAH knows!

    ReplyDelete
  5. whoaaa! apesal aku tak pernah baca post ni eh? aku pun tak suka weehh. tapi kan aku tak paham kenapa diorang nak terima jugak laki diorang. kalau pasal anak pun come on lah, boleh je dtg jenguk hujung minggu. time ada pun tak pernah nak bg tanggung jawab, dah nak cerai baru sibuk duk cari balik. puihhh!

    ReplyDelete

Follow