April 25, 2016

April 25, 2016

Tazzabar

Assalamualaikum. Hai.

Dugaan menjadi seorang arkitek/designer/photographer atau ape ape kerja yang melibatkan berurusan dengan client memang menguji kesabaran. Pengalaman aku sendiri, aku ade buat freelance design rumah pakngah aku. Tapi biasalah sebagai client dan tuan rumah memang nak rumah yang perfect, cantik macam yang banyak terdapat dalam majalah majalah seperti anjung seri. Dan designer jugak lah yang mengalami kepeningan fikir macam mana nak buat impian seorang client menjadi kenyataan. Sabar jelah.

Setelah hampir sebulan bertungkus lumus cuba mendesign rumah yang perfect buat pakngah akhirnya siap plan dan pakngah bank in upah pendahuluan sebab kerja belum siap sepenuhnya lah kan. Jadi petang tu akupun ke bank nak keluarkan duit nak berjoli dekat bank islam Kangar. Ada tiga mesin atm tapi yang berfungsi hanya dua. Mesin A ade dalam tiga empat orang beratur manakala mesin B ade dua orang tapi mereka kelihatan berurusan sekali so akupun beratur belakang mesin B, belakang dua jejaka itu.

Sambil menunggu jejaka jejaka di depan aku menyelesaikan urusan mereka, seperti biasa aku main henpon, sekadar scroll twitter dan instagram. Namun bila terasa macam dah kesejuta kali aku scroll twitter tapi jejaka jejaka depan aku tak selesai lagi buat aku mula nak naik angin. Mesin A pon orang dah berganti ganti. Jadi aku buat keputusan beratur belakang mesin A pulak yang ada dua tiga orang.

Tak sampai sesaat aku beralih ke mesin A, jejaka jejaka yang aku tunggu bagai tunggu janggut tumbuh tu dah selesai urusan dan keluar dari bank. Dalam hati aku waktu tu Tuhan je yang tahu berapa bakul sumpah seranah aku hadiahkan kepada mereka. Orang pun makin ramai nak guna mesin atm beratur both belakang mesin A dan B. Tinggal lah lagi seorang makcik depan aku nak keluar duit. 

Tapi jantung aku berdegup kencang bila tetiba makcik tu beralih ke mesin A "mesin ni dah habis duit kot, dah tak boleh keluar duit" K.

Dengan air mata yang bergenang (hiperbola je) aku cuba jugak keluarkan duit dari mesin B walaupun semua orang yang beratur di mesin B tadi dah pun beralih arah ke mesin A. Hampa sebab gagal. Dasar mesin tak guna. Akupun beralih beratur belakang mesin A yang dah pun panjang barisannya dengan manusia.

April 16, 2016

April 16, 2016

Terapi Minda

Assalamualikum. Hai.

Aku tak pernah sangka writing would be one of my way to menerapikan minda, menenangkan jiwa dikala hati tengah bergolak marah atau resah atau sedih. Senang nak meluahkan perasaan melalui tulisan instead of menjerit, or baling baling barang or merosakkan harta benda yang tak berdosa yang kau kena ganti balik so kau rugi duit di situ.

Tapi. Bila menulis atau meluahkan kata kata ketika dalam keadaan sedang beremosi, ketika sedang dalam amarah adalah sangat bahaya, memakan diri sendiri dan mungkin mengguris perasaan mereka yang di sekeliling samada aku sedar atau tidak. 

Untuk itu, aku menyusun sepuluh jari jemariku yang gemuk gedempol ini memohon maaf atas segala apa yang aku tulis dalam blog ini, dalam twitter, fesbuk ataupun instagram ada mengguris perasaan kalian semua. Aku tahu apa yang ditulis takkan dapat ditarik balik. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata bukannya boleh ditarik.

Kepada mereka mereka yang berperangai bij seperti aku, anda dinasihatkan untuk menulis diari. Aku pun baru start tulis diari so that bila tiba waktu hati dikacau dan ingin meluahkan ketika beremosi, aku tulis dalam diari instead of di media sosial. Lebih selamat dan berhemah. Boleh curse sesuka hati sebab takde orang lain yang akan baca dan judge. Hihi.

Some people menerapikan minda dengan sports atau exercise di gym atau sekadar hirup udara segar jogging di taman. Bila tengah dalam mood yang tak menentu it's best to busy kan diri dengan berpeluh jugak. You would concentrate in your work out sampai tak sempat nak simpan perasaan amarah tu lama lama. 

Some people especially yang berseni, can paint ke draw ke or simply just conteng conteng dan doodling. Tips untuk menenangkan hati adalah untuk melukis nature macam langit, laut dan gunung ganang.

Some people pi shopping. Golongan ni bahaya. Kalau kaya takpe lah.

April 6, 2016

April 06, 2016

Wishlist #1

Assalamualikum. Hai.

Sebagai manusia biasa dan seorang perempuan (perempuan kan banyak nafsu) memang macam macam benda yang ingin dimiliki. Tapi bila tengok akaun bank, hanya mampu mengesat air mata sebab kehendak tu satu pun tak dapat di-purchase dalam masa terdekat.

Go Pro.


Impian nak memiliki Go Pro ni wujud dalam beberapa bulan yang lalu setelah decided untuk travel ke Bali Januari tahun depan. Masa kecik kecik dulu pernah mengidam nak memiliki dslr and fortunately tak beli sampai sekarang. Bila fikir balik macam membazir je memandangkan aku ni bukan lah fotograper yang profesional dan dslr tu berat untuk di bawa bersama sedangkan Go Pro ni sangat portable dan hasil gambar pun cantik (bagi aku yang bukan fotograper ni lah).

Medifeet.



Medifeet ni jenama kasut kesihatan. Secara kebetulan bulan lepas nak lunch dekat Restoran Simpang Tiga di Ipoh, termasuk pulak kedai Medifeet ni (tapi masa tu hujung bulan so dah takde pitih nak angkut terus). Kasut dia sangat selesa untuk dipakai dan tak sakit walaupun tinggi tumitnya lebih seploh inci (okay, exaggerate je). Lagipun heels aku memang dah nazak nak kena ganti baru hehe.

Helikopter kawalan jauh.



Kecik kecik dulu pernah memiliki kereta kawalan jauh tapi usianya tak dapat nak cecah seploh tahun pun. Sejak pemergian kereta kawalan jauh tersebut, muncul pulak kehendak nak helikopter kawalan jauh tapi umi abah tak pernah berlembut hati untuk bagi. Bila dah besar entah kenapa tak terpikir nak beli benda alah ni sampai lah bila dah bekerjaya, teringat balik kat helikopter ni.

Fossil. 



Aku bukanlah jenis barang barang yang dibeli mesti berjenama tapi memandangkan dah bekerjaya dan mampu ni, apa salahnya memiliki satu dua barang berjenama kan? Jenama aku paling suka ialah Fossil untuk beg dan jam tangan. Perasaan teringin memiliki beg dan jam tangan Fossil muncul sejak dua tiga minggu lepas bila beg yang aku pakai sekarang menunjukkan ciri ciri bakal penghuni tong sampah.

Banyak lagi sebenarnya barang barang idaman tapi kalau senaraikan kat sini memang hujung tahun pun tak habes. Cuma empat perkara di atas menjadi sasaran dalam masa terdekat ni lah. Korang macam mana ? Ada barang barang idaman ? Senaraikan lah, mana tahu esok tetiba muncul depan mata. Haha.

p/s : segala gambar di atas adalah sumber dari Google....bukan hak akuu.

April 2, 2016

April 02, 2016

Boros

Assalamualaikum. Hai.

Masa zaman unibersiti, alhamdulillah aku dapat biasiswa JPA. Bebudak JPA memang paling kaya lah dapat rm4000+ untuk satu semester. Namun untuk aku, duit sebanyak itu tak cukup, dan every semester mesti mintak duit tambahan dari umi dan abah (kecuali pada tahun akhir, mungkin sebab dah sedar diri dan pandai berjimat). First time dapat duit gedabak macam tu dan adalah hak aku seratus persen jadi nafsu setan aku untuk boros cukup kuat. Boleh dikatakan hampir setiap minggu sewa kereta, pergi berjoli dan shopping. Jangan tiru perangai setan ini ye adik adik, kesian kat mak ayah (sedu kejap mengenagng kekesalan yang selamanya akan terpahat di hati).

Boros aku takrifkan sebagai perangai setan membuang membelanjakan duit ke arah benda yang sia-sia dan tidak perlu. Contoh yang paling senang, you dah ada handphone samsung yang masih sihat walafiat tapi you tetap beli iphone. Baru ada 'class' kan?

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
(Al-Isra' ayat 26) 

Punca.

Ikut trend.

Perangai boros ni lebih dimiliki oleh mereka yang muda-muda...macam aku. Haha. Bak kata orang, 'budak baru nak up', baru merasa pegang duit sendiri. Nafsu untuk membelanjakan duit tu memang tinggi lah dengan alasan bukan duit makbapak. Perangai nak ikut trend terkini adalah salah satu punca boros berbelanja. Tudung bawal penuh almari tapi bila trend orang pakai shawl, you pun beli shawl penuh almari jugak. Skirt biasa dah berlambak tapi bila trend orang pakai skirt kembang, you pun borong skirt kembang jugak.

Sikap kebendaan.

Some people tak mampu tapi berlagak mampu. Golongan ni sangat cintakan kemewahan. Tak main lah barang bundle atau kedai tepi jalan ataupun pasar malam. Shopping mesti kat shopping mall, barang berjenama Channel ke, Armani ke, Gucci dan sebagainya. Tak main lah minum kopi di gerai kopi Pak Ali tapi mesti di Starbucks.

Kita kena cepat cepat sedar diri bahawa kemewahan ni bersifat sementara. Kalau terlalu boros sekarang kelak memakan diri di hari tua. Muda muda ni lah kita patut berjimat cermat dan menabung demi masa depan. Takkan muda ni nak tinggal dalam istana tapi tua nanti tepi longkang? 
Follow