Wishlist #1

Assalamualikum. Hai.

Sebagai manusia biasa dan seorang perempuan (perempuan kan banyak nafsu) memang macam macam benda yang ingin dimiliki. Tapi bila tengok akaun bank, hanya mampu mengesat air mata sebab kehendak tu satu pun tak dapat di-purchase dalam masa terdekat.

Go Pro.


Impian nak memiliki Go Pro ni wujud dalam beberapa bulan yang lalu setelah decided untuk travel ke Bali Januari tahun depan. Masa kecik kecik dulu pernah mengidam nak memiliki dslr and fortunately tak beli sampai sekarang. Bila fikir balik macam membazir je memandangkan aku ni bukan lah fotograper yang profesional dan dslr tu berat untuk di bawa bersama sedangkan Go Pro ni sangat portable dan hasil gambar pun cantik (bagi aku yang bukan fotograper ni lah).

Medifeet.



Medifeet ni jenama kasut kesihatan. Secara kebetulan bulan lepas nak lunch dekat Restoran Simpang Tiga di Ipoh, termasuk pulak kedai Medifeet ni (tapi masa tu hujung bulan so dah takde pitih nak angkut terus). Kasut dia sangat selesa untuk dipakai dan tak sakit walaupun tinggi tumitnya lebih seploh inci (okay, exaggerate je). Lagipun heels aku memang dah nazak nak kena ganti baru hehe.

Helikopter kawalan jauh.



Kecik kecik dulu pernah memiliki kereta kawalan jauh tapi usianya tak dapat nak cecah seploh tahun pun. Sejak pemergian kereta kawalan jauh tersebut, muncul pulak kehendak nak helikopter kawalan jauh tapi umi abah tak pernah berlembut hati untuk bagi. Bila dah besar entah kenapa tak terpikir nak beli benda alah ni sampai lah bila dah bekerjaya, teringat balik kat helikopter ni.

Fossil. 



Aku bukanlah jenis barang barang yang dibeli mesti berjenama tapi memandangkan dah bekerjaya dan mampu ni, apa salahnya memiliki satu dua barang berjenama kan? Jenama aku paling suka ialah Fossil untuk beg dan jam tangan. Perasaan teringin memiliki beg dan jam tangan Fossil muncul sejak dua tiga minggu lepas bila beg yang aku pakai sekarang menunjukkan ciri ciri bakal penghuni tong sampah.

Banyak lagi sebenarnya barang barang idaman tapi kalau senaraikan kat sini memang hujung tahun pun tak habes. Cuma empat perkara di atas menjadi sasaran dalam masa terdekat ni lah. Korang macam mana ? Ada barang barang idaman ? Senaraikan lah, mana tahu esok tetiba muncul depan mata. Haha.

p/s : segala gambar di atas adalah sumber dari Google....bukan hak akuu.

5 comments:

  1. Sekali sekala kita memang harus beri reward kepada diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Go pro tu mmg wishlist lya jgk..tp agk mhl kan.. huhu

    ReplyDelete
  3. remote control heli..menarik, letak kamera..boleh jadi drone..

    ReplyDelete
  4. all the best.. smoga segala yg dihajati dapat dimiliki..

    ReplyDelete
  5. tak pernah dengar pun medifeet?

    ReplyDelete

@aliaamie