Andai Bisa Diundur Masa

Masa itu emas, memang tak ternilai. Kekadang rasa 24jam tu sebenarnya tak cukup untuk sehari. Contoh paling senang, student. Sifat student pemalas macam aku, procrastinate buat assignment, bila eadline esok, harini baru nak siapkan assignment. Masa tu memang berjaga bak burung hantu untuk siapkan assignment, dan sudah tentu 24jam tu tak cukup sama sekali. 

Sebagai manusia biasa, aku memang tak lari dari melakukan kesilapan atau membuat keputusan yang tidak sewajarnya dan ingin sekali mengundur masa ke waktu itu untuk mengubahnya. Kalau orang lain beratur panjang sebelum launching Iphone 7, aku akan beratur panjang untuk time machine punya launching.

Satu ketika yang ingin aku undur dan baiki kesilapan aku adalah perkara yang melibatkan umi dan abah. Kelancangan mulut melawan kata, perbuatan yang tak patut, semuanya ingin aku baiki. Kalau boleh, aku nak jadi anak yang sempurna, with no flaws. 

Pernah satu masa tu tengah mesej dengan abah melalui whatsapp. Akibat emosi yang tak stabil waktu tu, aku telah dengan sengaja membalas mesej dari abah yang aku rasa isi kandungannya mungkin telah buat abah terasa hati. Tapi aku terus hantar mesej panjang mintak maaf lah. Cuma, walaupun aku dah mintak maaf, aku tetap rasa menyesal sangat dan kalau boleh diundur masa, aku takkan hantar mesej sebegitu.

Begitu juga denga satu masa tu aku gaduh besar dengan kawan aku. Semuanya berpunca dari perasaan tak puas hati dan pendam masalah antara satu sama lain. Bila tak dibincang secara baik, timbul lah pergaduhan besar tu yang akhirnya menyebabkan kami tak bertegur bertahun lamanya (sekarang dah baik lah). Andai bisa diundur waktu, akan aku ajak dia berbincang secara elok mengenai masalah kami tu.

Ini antara contoh ketika waktu yang ingin sekali aku undur balik dan perbaiki. Banyak lagi masa masa yang lain yang tak disebut di sini.

Tapi tak. Masa tak boleh diundur. Segala perbuatan dan keputusan yang salah telah dilakukan takkan dapat dibaiki. Sebaliknya, kita perlu belajar dari kesilapan lalu supaya takkan mengulanginya di masa hadapan. Supaya takkan timbul perasaan menyesal di kemudian hari lagi. 

p/s: Reflect yourself. Ada tak certain masa yang ingin diundur?

1 comment:

  1. pengalaman adalah guru terbaik sis

    oklah tu abah sis pandai wassap, abah saya jangan kata wassap, mesej pun dia layan tau haha...dia hanya angkat call saje

    orang yang belajar dari kesilapan tu pandai, tapi kalau orang yang buat kesilapan yang sama berulang2 kali tu bodoh namanye huhu

    kalau boleh diundurkan masa, sy nak bercuti semula di seoul korea hehe

    ReplyDelete

@aliaamie